this song "for the longest time" by Billy Joel that had brought us 2gether till this day....
Assalamualaikum to all... & Salam Sejahtera...
Alhamudulillah dan bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia nya..dapat kita bersama dengan entri pada hari ini...iaitu pada 3hb April, 2011
Alhamdulillah dan aku sungguh berasa amat bersyukur juga kerana pada hari ini genaplah usia perkahwinan ku 23 tahun
Agak lama juga usia perkahwinan ini kerana anak yang sulung pun telah menjangkau umur 21 tahun ...
Kejayaan sampai ke usia ini amatlah dibanggakan tetapi semua ini juga adalah berkat kasihsayang, kesabaran, keyakinan, keredhaan dan kesefahaman yang ditanam pada diri kami yang mengikat tali perkahwinan ini supaya menjadi kukuh sekukuhnya
Segala badai , segala permasalahan , segala pertelingkahan, segala gangguan syaitan, segala bencana yang telah berlaku, kami anggap ianya sebagai pengajaran,sebagai ikhtibar, sebagai panduan, sebagai dorongan, sebagai kekuatan untuk menjadi pasangan yang bahagia hingga kini dan selama-lamanya
Kami merasakan sepanjang 23 tahun perkahwinan, ini kami telah tidak melakukan apa-apa pembaziran dalam kehidupan membina sebuah rumahtangga kerana telah dikurniakan dengan 5 orang jejaka perkasa untuk menyeri dan seterusnya berbakti kepada kami berdua...
OOHh....tanpa anak perempuan , kami tidak juga menghadapi masalah....tiada apa yang patut dirungutkan kerana rasanya anak-anak lelaki kami juga pandai mengemas rumah, pandai memasak, pandai membasuh baju, pandai serba serbi....hasil didikan kami berdua....well, it's not that easy but it pays....
Di masa-masa akan datang, kami berserah kepada Allah Subhanahuwata'ala ...
semoga mereka sentiasa mengingati kami sebagaimana kami mengingati mereka
semoga mereka sentiasa menghargai kami sebagaimana kami menghargai mereka,
semoga mereka sentiasa berkasih sayang di antara mereka sebagaimana kami memberi kasih sayang yang sejati dan tanpa berbelah bagi, sama rata kepada mereka,
Semoga mereka mejadi anak-anak soleh, sebagaimana kami telah pupuk kan hal-hal kegamaan kepada mereka...
InsyaAllah, Allah mengetahui segala-galanya, semoga doa-doa kami di makmulkan dan semoga perhubungan kami dieratkan...
Redha dengan apa yang ada...
Redha dengan kepayahan yang diberikan
Redha di atas segala-galanya....
Tiada perkahwinan yang tiada persengketaan....
Malah setiap persengketaan telah mengajar kami tentang erti sebuah kehidupan.....
Harta dan wang ringgit tidak menjadi ukuran
tetapi kehidupan dalam kesederhanaan , kepercayaan dan kesabaran adalah
kunci segala-galanya...
ALHAMDULILLAH....
......hasilnya....
as long as we have memories...
Yesterday remains...
as long as we have hope...
Tomorrow awaits..
as long as we have LOVE....
EACH DAY IS NEVER A WASTE....
mAmAzUe
No comments:
Post a Comment