My Family...My Life

My Family...My Life

Thursday, March 31, 2011

Di sebalik April Fools' Day....

Esok 1 hb April.......
Banyak orang kita terutamanya yang beragama Islam sekarang ni bila tiba 1 April, ada saja benda nakal nak dibuat untuk mengenakan orang. Kononnya 1 April ialah April Fools' Day. Dan kononnya juga hari ni adalah hari yang diperuntukkan untuk membuat perkara-perkara nakal.

Kepada korang yang fikir macam tu, kepala hotak ko aku nak cakap! Korang tu yang "fool". Korang tau tak sejarah di sebalik "hari bengong' ni? Kalau tak tahu, meh aku bagitau supaya korang tau apa sebabnya kita tak boleh sambut April Fool.

Sebenarnya, April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!

Jadi sebagai pesanan akhir, "Tolong jangan sambut April Fool!"


MaMaZuE

Wednesday, March 30, 2011

SMS yg amat menyentuh hati ini....



Assalamualaikum semua..

I'd not been updating my blog for 2 days as time had been quite tight up lately...
Today, something has inspired me to write....just because of an sms which i received from my so called "anak angkat" who is now working as a Legal Assistant in Seremban...& whom i had not met for about a year or so.....

Her sms had brought me into tears...touched by those simple words which was sent 2 me....it was as follows :

"Salam aunty,i always read ur blog..hope everything will be ok..u r a strong woman..i'll try to be like u...tqah syg aunty macam mak tqah sendiri....." 

She is actually a very kind,helpful, loving person with a background full of histories...She had sufferred in her life due to family destruction...She is a bright girl but due to the obstacles faced by her during her school life, she had only managed to take up a diploma in law in one of the local universities. She would really wanted to pursue her studies but she was not financially equipped to do so...I managed to help her out during her diploma studies as i, too have my own obligations but  she managed to get thru it...despite the pain and sorrows which she had to go thru during her studies at that time...I had always given her the courage to move on in times of her difficulties..she always cried upon  my shoulders and told me how she missed the love of a mother...I shared my experiences with her and she notified that she love me so much....OOOOhhh..i missed her  a lot coz she is also a very strong girl  with strong spirit ....There is something special about her  that makes me and my husband will always remember her forever in our life...that "something" is something which i just could not reveal it here.....

She is a girl with strong heart...she has to look after her grandparents whereby her grandfather is now paralized, her kid sister and a kid brother (both comes from different father ) and a sickly mum...
Nevertheless, she has a father but married with 2 or 3 other wives & stayed somewhere else.......OMG...she is really strong..and i just can't imagine how she survives now where she has to bear everything for the family....She is now in charge of the family...
My doa for u.......
 
"Ya Allah, Ya Tuhanku, berikan lah dia kekuatan dan ketabahan untuk melalui segala dugaan dalam menempuhi kehidupan yang begitu penuh dengan ranjau berduri ini..Amin
.
Ya Allah, Ya Tuhanku, rahmatilah dan berkatilah dirinya dan keluarganya dan aku memohon kepada Mu Ya Allah agar dia mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat...Amin

Ya Allah, Ya Tuhanku, murahkan rezekinya dan berikanlah dia ketakwaan dan keyakinan dan semoga dia di pimpin ke jalan yang benar......."  Amin

 No matter how hard life is, we should be very thankful for what had been to showered to us ....

To my dearest girl...& to all the strong women and all the women of strength out there....this is specially dedicated to all of u...



A strong woman works out every day to keep her body in shape ...
but a woman of strength kneels in prayer to keep her soul in shape...
A strong woman isn't afraid of anything ...
but a woman of strength shows courage in the midst of her fear...
A strong woman won't let anyone get the best of her ...
but a woman of strength gives the best of her to everyone...
A strong woman makes mistakes and avoids the same in the future...
a woman of strength realizes life's mistakes can also be God's blessings and capitalizes on them...
A strong woman walks sure footedly ...
but a woman of strength knows God will catch her when she falls...
A strong woman wears the look of confidence on her face ...
but a woman of strength wears grace...
A strong woman has faith that she is strong enough for the journey ...
but a woman of strength has faith that it is in the journey that she will become strong...



 MaMaZuE


Sunday, March 27, 2011

Masa itu Emas....

Assalamualaikum semua.....



Hari ini, rasa macam nak cakap pasal masa .  Masa yang sesungguhnya amat berharga pada setiap insan di muka bumi ini. Terutama di hujung minggu, sepatutnya aku duduk berehat dan bersantai sahaja kerana masa-masa lain terutama waktu bekerja adalah terlalu padat dan amat kekurangan masa untuk merehatkan minda.  Tetapi aku duduk kat rumah ni menghabiskan kerja-kerja pejabat yang mungkin tidak dapat diselesaikan pada waktu pejabat yang terlalu suntuk terutama apabila terikat masa di dalam "open court" untuk membantu di dalam pendengaran kes.  Aku bukan lah seorang dato' hakim tetapi kami adalah merupakan seseorang yang penting untuk berada bersama di dalam sesuatu prosiding Mahkamah. Akibatnya kerja-kerja lain menjadi tertangguh dan akan berhimpun seperti gunung ganang yang tinggi. If nak perkatakan mengenai kerja ini, memang lah tidak akan ada akhirnya. Setiap hari, ada sahaja yang baru...

Terkadang masa yang ada sesakali tidak dimanfaatkan, kadang masa pergi dengan begitu sahaja, walau pepatah cukup petah membicarakan, masa itu emas.

Pepatah mengatakan lagi

" Masa itu seperti pedang, jika kita tak memotongnya ia akan memotong kita"

Mengapa saya berbicara tentang masa???

Kerana masa inilah yang sedang berjalan, tidak akan sesekali mengundur. Segala apa yang telah berlalu, tidak mungkin dapat dikembalikan walau sesaat. Dengan sepenuh hati, setulus jiwa ingin mengukir kata-kata sebagai permata, walau ia tidak berkilau dalam hati semuanya.

Masa inilah yang sedang membawa saya menulis coretan ini, kerana kehadirannya amat berharga walau sesaat. 24 jam itu dimiliki oleh semua orang, kitalah yang selayak mengaturnya. Apakah ia dijalan kebaikan atau sebaliknya. 24 jam yang diberi ALLAH ini dalam sehari adalah kita hargai. Soroti lah apa yang kita sedang lakukan dalam 24 jam ini.

Manfaatnya banyak atau sedikit???(Pertanyaan untuk diri ini juga)

 
Berapa potong ayat AL-Quran yang kita baca sehari?? seimbangkah ia..

 
Kembali ke negeri abadi kelak, 24 jam ini yang akan ditanya,Apakah yang telah kita habiskan dengan masa? ALLAH....

Mungkin sejajar arus modenisasi, kemajuan juga serba serbi. Jadi masa mungkin lebih singkat. Kadang2 leka bergym, kadang2 berfacebook,kadang2 berblog ,dan juga banyak lagi kadang2 yang merintis kemungkinan tentang masa itu.

Tak mengapa, tak salah semua itu, tapi sekali lagi cuba kita hayati manfaatnya banyak atau sedikit?? banyak memberi kebaikan atau keburukan?




Sensitiflah tentang masa, masa emas itu perlulah kita nilainya dengan nilai yang paling berharga.

Bagi pelajar, ramai terlepas hantar assgment kerana masa itu...
Bagi pekerja, ramai yang lewat datang kerja kerana masa itu...
Bagi manusia ramai yang melewatkan menunaikan amanah TUHAN kerana masa itu...

Kerana masa itu..ramai yang mungkin boleh terlepas segala2nya. Mungkin juga nyawa dengan izinNYA. Tak ingin mencoret panjang, kerana ia mungkin perkataan yang berulang2.

KERANA MASA ITU...


~Sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak yang melalaikan~

P/s : Seutama2 pesanan ini untuk diri ini.


Saturday, March 26, 2011

Benih taQwa....

 Assalamualaikum semua....mehlah kita cakap pasal TAQWA...mungkin topik ini agak membosankan kerana bunyinya macam kurang menarik maka mungkin ramai kurang hendak membacanya tetapi ia banyak memberi pengajaran kepada kita agar menjadi lebih bertaqwa & berilmu.....al-maklumlah kita mungkin sama-sama cetek mengenai bab seumpama ini...dengan berkongsi ilmu, kita akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah Subhanahu Wata'ala....


Taqwa itu ada benihnya. Untuk ia memberi manfaat dan kebaikan, benih taqwa itu mesti ditanam hingga ia tumbuh menjadi pokok yang ada batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan akhir sekali buahnya. Buah taqwa itulah hasil yang boleh dinikmati di dunia dan di Akhirat. Kalau benih taqwa itu disimpan dan tidak ditanam maka ia tidak akan tumbuh. Maka tidak akan ada hasil atau buahnya untuk dinikmati.

Benih akan hanya tinggal benih. Benih tidak akan berguna kepada sesiapa kalau ia tidak ditanam dan tidak tumbuh hingga mengeluarkan buah. Begitu juga kalau benih itu ditanam di tempat yang salah seperti di tanah yang tidak subur, di tanah berlumpur, di tanah berpasir atau berbatu. Pokoknya tidak akan tumbuh. Kalau tumbuh pun, ia tidak akan subur dan tidak akan menghasilkan buah.

Rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Bagaimanakah dapat kita tanam benih taqwa ini hingga tumbuh batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya. Kalau kita tidak pandai menanam benih taqwa ini, bagaimanakah kita hendak dapat pokok dan buahnya? Setelah kita faham rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan, termasuk rukun-rukun tambahan atau rukun dalam rukun di dalam rukun-rukun itu, macam mana hendak kita buat supaya ianya mendatangkan hasil.

Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak akan menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.
Untuk mempastikan benih taqwa itu ditanam sampai tumbuh dan melahirkan pokok dan buah, itulah kerja kita setiap hari. Dari bangun tidur hingga kita kembali tidur. Dalam kerja dan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita oleh kerajaan atau jemaah, sama ada sebagai pengarah, pegawai, pengurus, kerani, petugas, guru dan sebagainya di berbagai bahagian dan jabatan. 

Kalau kita bertanggungjawab, tidak curi tulang, tidak buang masa, kerja kita bersungguh-sungguh, ada kasih sayang, tetamu dan pelanggan dilayan dengan baik, berkerja pula di atas syariat Tuhan kerana takut dan cinta Tuhan, maka itu menanam benih taqwalah namanya. Ia akan melahirkan batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah taqwa. Itu baru tugas kita yang rasmi. Apatah lagi dalam apa yang kita buat di dalam hidup kita seharian yang berbentuk tidak rasmi. Di sini lagi banyak benih taqwa yang dapat kita tanam. Contohnya, kalau nampak sampah di premis, kita buang. Kita nampak duri, paku, serpihan kaca atau najis diperjalanan, kita buang. Kita mentadbir dan mendidik keluarga. Kita berjiran. Kita berkawan. Itu semua adalah menanam benih taqwa.

CONTOH AMALAN SEHARIAN UNTUK MENANAM BENIH TAQWA
Bila kita keluar berkereta setiap hari lepas subuh dan tiba di persimpangan jalan, hati kita berkata, “Di sini aku hendak dapat taqwa. Aku akan beri laluan kepada orang.”
Itulah taqwa. Tetapi jika kita berkata, “Ikut undang-undang, ini aku punya laluan. Buat apa aku beri laluan pada orang lain.”

Betullah itu kalau mengikut undang-undang. Tetapi kita tidak akan dapat taqwa sebab kita tidak mahu korbankan hak kita untuk orang lain.

Kemudian kita terlihat pula ada orang berjalan kaki. Kita pun berkata, “Ini peluang untuk dapat taqwa.” Maka kita tumpangkan dia. Itulah taqwa. Kita tolong orang. Kita berkhidmat untuk orang. Kita hiburkan orang. Mungkin dia sudah letih dan sudah berjam-jam membuang masa menunggu bas. Kita jalan lagi. Kita angkat tangan kepada orang. Lebih-lebih lagi kita ucapkan, “Assalamualaikum.” Itu taqwa lagi. Di persimpangan jalan pun sudah berapa banyak amalan taqwa yang boleh kita buat.

Kemudian, kita singgah di gerai untuk minum. Duit ada lebih sedikit. Kita belanja orang sebelah minum. Lagi besar dapat taqwa. Di gerai itu, ada nasi lemak, ada lauk ikan, lauk daging dan ayam. Dengan nasi lemak dan lauk-pauk itulah kita boleh dapat taqwa kalau kita jamu dan belanja orang makan. Tetapi pernahkah kita diajar begitu? Sanggupkah kita berbuat begitu? Tahukah kita bahawa itu taqwa? Sudah banyak kali kita dengar khutbah Jumaat, “Ittaqullah!” “Bertaqwalah kamu kepada Allah!” Tetapi tidak ada kefahaman dan penghayatannya.

Umat Islam bukan sahaja dilarang bermusuh tetapi diminta berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya. Itulah batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah di atas benih taqwa. Bila bertemu orang yang kita tidak kenal, tersilap cara kita bercakap dengannya, kita minta maaf dan kita merendah diri kepadanya. Itulah taqwa. Bukan susah sangat hendak cari taqwa. Apabila orang pula bersalah dengan kita dan dia tidak meminta maaf, kita berkata pada Tuhan, “Saya hendakkan taqwa, maka saya maafkan orang itu.” Insya-Allah kita akan mendapat taqwa walaupun orang itu tidak meminta maaf. Ini yang digalakkan. Kita berjiran. Bila ada makanan lebih, kita beri kepada jiran.

Kalau dia bersalah, kita maafkan dia. Kita jaga keperluannya.
Dengan jiran pun sangat banyak sifat taqwa yang boleh kita miliki. Kalau kita terbuat salah, sama ada sedar atau tidak, kemudian ada kawan menasihati kita, maka kita berterima kasih kepadanya dan pada Tuhan. Itulah taqwa. Jangan pula kita marah, herdik atau menghina dia kerana menasihati kita. Itu sombong namanya. Bagaimana kita boleh jadi sombong walhal menerima nasihat itu adalah taqwa.

Kita ke pasar membeli ikan. Kebetulan kita ada duit lebih. Apa salahnya kita belikan orang sebelah kita dua, tiga ekor ikan demi untuk mendapat taqwa. Peluang di depan mata kita tidak ambil. Kita hendak cari taqwa di surau dan di masjid sahaja. Benih taqwa boleh tumbuh di mana-mana bukan sahaja di surau dan di masjid.
Benih taqwa boleh tumbuh dalam kehidupan seharian, di pasar, di gerai, di kedai, di jalanan, di pejabat, di sekolah, waktu bertemu dengan kawan, dengan jiran, dengan madu malahan di mana dan dengan sesiapa sahaja. Dalam melaksanakan tugas rasmi dan tanggungjawab kita boleh dapat taqwa. Dalam membuat kerja tidak rasmi pun kita boleh dapat taqwa.

Dalam kita menegakkan hablumminallah, iaitu sembahyang, puasa, baca Quran, wirid dan zikir, kita boleh dapat taqwa. Dalam kita menegakkan hablumminannas seperti berniaga, bermasyarakat, berjiran dan bekerja, kita pun boleh dapat taqwa. Malahan peluang untuk mendapat taqwa di bidang hablumminannas lebih luas dan lebih banyak dan ia berlaku sepanjang masa. Dari sekecil-kecil amalan hinggalah kepada yang sebesarbesarnya. Yang penting kita berbuat sebanyak mungkin amalan makruf dengan kesedaran bahawa Allah melihat dan memerhati kita dan keredhaan-Nyalah yang kita harapkan. Besar atau kecil amalan tidak menjadi persoalan. Keikhlasan dan penghayatan itulah yang menjadi pokok.

Kesilapan Umat Islam Kini
Kenyataan yang berlaku pada umat Islam hari ini, dari hidup sampai mati, ke mana pun dia pergi, dia hanya membawa benih taqwa sahaja. Benih itu tidak pun ditanam. Dia hanya membawa rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan. Tetapi itu semua tidak pernah diamalkannya betul-betul atas dorongan cinta dan takutkan Tuhan. Setiap hari ada peluang untuk melakukannya. Peluang yang Tuhan bagi untuk beramal selalu diabaikan dan disia-siakan. Adakah ini boleh menjamin keselamatan di Akhirat? Adakah kita rasa bila berjumpa Tuhan nanti kita akan selamat? Sedangkan yang kita bawa hanya benih yang belum ditanam dan belum menghasilkan buah. Apakah Tuhan akan terima?

Di sinilah orang yang beribadah tertipu dan orang yang mengaji dan belajar pun tertipu. Dari hidup sampai mati, ke mana mereka pergi, mereka membawa benih sahaja. Sebab itu keindahan Islam tidak nampak dalam kehidupan kerana tidak ada pokoknya, tidak ada batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya. Yang ada hanya benihnya sahaja yang belum pun ditanam. Kalaupun ada yang menanam benih taqwa ini, ditanam pula ditempat yang salah. Maka benih itu tidak tumbuh. Kalau tumbuh pun, ia terbantut dan lama-lama mati. Tidak tumbuh juga pokok taqwa.

Itulah silapnya. Kita sudah diajar bahawa agama itu di surau dan di masjid sahaja. Kita sudah diajar hendak dapat taqwa di surau dan di masjid sahaja. Kita telah diajar bahawa taqwa itu hanya sembahyang, puasa, zakat, haji, baca Quran, wirid, zikir, doa dan iktikaf di masjid sahaja. Ini adalah salah. Ini ajaran dan fahaman yang sempit. Ini sudah memisahkan agama dari kehidupan. Walhal bukankah agama itu Addeen atau cara hidup (way of life). Cara hidup tidak terhenti setakat di surau dan di masjid sahaja.

Taqwa itu boleh didapati di mana-mana. Taqwa itu boleh didapati di dalam kehidupan. Taqwa itu ibarat intan berlian yang Tuhan taburkan dan campakkan ke dalam kehidupan. Taqwa itu merata-rata. Terpulanglah kepada kita untuk mencari dan mengutipnya. Hanya sama ada kita mahu atau tidak mahu sahaja. Kenapa kita hanya mahu mengutip intan berlian itu di surau dan di masjid sahaja? Bukankah surau dan masjid itu tempat yang kecil dan terhad? Padahal banyak lagi intan berlian yang bertaburan di dalam kehidupan di luar surau dan masjid. Ini kita tidak kutip. Bukankah ini membazir dan merugikan namanya?

Pemimpin dan ulama menyarankan supaya umat Islam jadi kuat. Kita kena faham, kuatnya umat Islam itu mesti dengan taqwa. Umat Islam tidak boleh jadi kuat dengan quwwah (kekuatan lahir) semata-mata sama ada kekuatan yang berbentuk ilmu, ekonomi, teknologi dan lain-lain. Taqwalah sumber kekuatan umat Islam yang sebenarnya. Umat Islam akan kuat apabila mereka kuat dengan Tuhan. Macam mana umat Islam hendak jadi kuat sedangkan pemimpin, ulama dan seluruh umat Islam dari atas hingga ke bawah tidak faham apa erti taqwa, tidak faham apa itu hakikat taqwa, tidak tahu kelebihan dan peranan taqwa dan tidak tahu bagaimana hendak mencapai dan mendapat taqwa.

(Petikan dari UsahaTAQWA.com )


MaMaZuE

Friday, March 25, 2011

Something to share....Today's menu...


"Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one so that when we finally meet the right person, we will know how to be grateful for that gift."

"When the door of happiness closes, another opens, but often times we look so long at the closed door that we don't see the one which has been opened for us."

"The best kind of friend is the kind you can sit on a porch and swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had."
"It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives."
"Giving someone all your love is never an assurance that they'll love you back! Don't expect love in return; just wait for it to grow in their heart but if it doesn't, be content it grew in yours. It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone, but it takes a lifetime to forget someone."
"Don't go for looks; they can deceive. Don't go for wealth; even that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright. Find the one that makes your heart smile."
"Dream what you want to dream; go where you want to go; be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you want to do."
"May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, enough hope to make you happy."

"Always put yourself in others' shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the other person, too."
"The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way."
 "Happiness lives for those who cry, those who hurt, those who have searched, and those who have tried, for only they can appreciate the importance of people who have touched their lives. Love begins with a smile, grows with a kiss and ends with a tear. The brightest future will always be based on a forgotten past, you can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches."

"When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so that when you die, you're the one who is smiling and everyone around you is crying."


 MaMaZuE

Hidup bagaikan roda....


Assalamualaikum semua....


hari ini memang aku rasa terlalu panjang...terlalu penat tapi aku masih nak berkongsi karya yang elok-elok untuk semua...agar kita dapat merenung dan merenung apa yang terbaik untuk kita lakukan sementara mentari masih bersinar, sang rang bulan masih bercahaya dan langit masih membiru....

Hidup ini bagaikan roda. Sekarang berada di atas dan akan sampai masa berada di bawah. Kerana kehidupan ini satu perjalanan yang singkat, untuk menuju satu alam kehidupan yang lebih panjang dan tiada pengakhiran. Sekarang didunia, akan sampai masa berada di akhirat. Dalam masa yang singkat di dunia ini, kita dapat melihat keadilan demi keadilan yang Allah tunjukkan.

Siapa yang taat dia yang Berjaya..
Siapa yang Ingkar, itulah orang yang rugi..

Namun, persoalan yang timbul. Orang yang tidak taat juga boleh berjaya dan cemerlang. Walaupun bergelumang dengan pelbagai maksiat dan kezaliman, masih berada di tempat teratas, disanjung, dikenali, dihormati dan amat gah di mata manusia.

Gah hanya di mata manusia, namun gah kah dia pada pandangan Allah..? jika dia terhormat di dunia, itu bukan jaminan untuk dia terhormat di akhirat kelak. Kerana akhirat itu bukan dibeli dengan kezaliman, bukan diperdagangkan dengan kemaksiatan. Jika kemaksiatan yang menjadi pemberat kepada ‘timbangan’, maka tunggulah pembalasan maha dahsyat dari Rabb yang Maha adil itu..

Dia Maha AdiL..
Hamba ‘Terpuji’ di dunia.. maka ‘Terhina’ di akhirat..
Jika tidak taat..!
Bergelumang dengan maksiat..!
Tidak bertaubat..!


Kerana Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana..
Allah Tahu apa yang makhluknya kerjakan, tiada sedikit pun yang ‘terkecuali’ dari pengetahuannya, sekalipun setiap kocakan air, setiap daunan yang berguguran, tidaklah berlaku tanpa pengetahuan Allah s.w.t. SubahanaLLaH..

Oleh kerana Allah Mengetahui apa yang kita perbuat, Allah Tahu apa yang ada di dalam hati kita, sekalipun lintasan-lintasan hati, maka tidak sepatutnya manusia angkuh dan bangga dengan ‘kesenangan Hidup’ yang dimiliki. Hingga mengatakan.. ‘biarpun aku bergelumang dengan maksiat, aku tetap hidup senang.aku berjaya dalam hidup.’
Maka, menjadi suka kepada maksiat, menjadi semakin zalim dan akhirnya segala sifat ‘mazmumah’ menjadi ‘darah daging’, sehingga satu tahap merendah-rendahkan orang-orang yang taat kepada Allah. ‘Sembahyang 5 waktu pun tak kaya-kaya’.

AstaghfiruLLaH..


Ingatlah.. Kita bukan hidup seorang diri. kita berkeluarga dan berketurunan. Hari ini kita berjaya, kita gah. Namun, pernahkah terfikir akan Anak-anak, cucu-cicit dan keturunan seterusnya pasti akan terkena ‘tempias’ sikap suka bermaksiat dan zalim pada hari ini. Jangan sekali-kali menganggap Allah itu ‘terlepas pandang’ terhadap perlakuan hamba-hamba-Nya.

Allah Maha Perkasa..
Allah Maha kuat..
Allah Maha Hebat..

Jika Dia ingin menimpakan ‘balasan’, melempiaskan ‘kemurkaan’, Dia berkuasa melakukannya pada bila-bila masa. Jadi, bertaubat adalah satu-satunya jalan terbaik. Allah masih tidak memberi ‘kesusahan’, ‘kemelaratan’ dan ‘kejatuhan’ kerana Allah Maha Penyayang, Dia memberi Peluang demi Peluang, Kesempatan demi Kesempatan agar kita sentiasa melakukan ‘Penghijrahan’ dalam kehidupan.

Tidak sepatutnya seorang hamba menjadi angkuh dan lupa diri, taatlah kepada Allah ketika susah dan senang. Ingatlah Allah ketika dalam bahagia atau ditimpa bencana. Cintalah Allah tika Disanjung dan Dicaci manusia. . dengan itu, Allah pasti akan ‘membantu’ kita ketika susah, ‘mencintai’ kita ketika disisihkan manusia.. ‘memujuk’ kita ketika ditimpa musibah..

Sebaliknya jika kita tidak ‘taat’ kepada Allah ketika ‘senang’, tidak ‘cinta’ kepada Allah ketika ‘disanjung manusia’ dan lupakan Allah ketika bahagia.. maka akan tiba saat kita ‘susah’ yang tiada sesiapapun ingin membantu, saat ‘dipulaukan’ tiada siapa yang ingin menyayangi dan saat ditimpa ‘bencana’, tiada sesiapa yang ingin ‘simpati’… manusia tidak peduli, Allah menjauh dan membiarkan hamba-Nya mendapat ‘pembalasan’ kerana keangkuhan diri.

“Sesal dahulu Pendapatan..sesal Kemudian tidak berGuna”

Kembali kepada Allah, agar Allah ‘menyediakan’ tempat ‘kembali’ yang sebaik-baiknya buat kita..

Bagi hamba yang merasakan diri selalu berada dibawah, teruslah taat kepada Allah. Bersederhanalah dalam kehidupan, jangan berlebih-lebihan,kerana berlebihan itu menyebabkan kita lupa diri. Dunia ini sementara dan hanya persinggahan untuk kita beramal dan menujukkan kecintaan kepada Allah. Janganlah terpedaya kepada tipu daya syaitan, yang selalu mengaburi ‘kejahatan’ dengan ‘kebaikan’. Sedangkan, yang ‘mungkar’ itu nyata, yang ‘ma’ruf’ itu juga jelas.

Sila kita ‘membijaKKan’ diri dalam memilih Jalan Hidup..
Memohonlah kepada Allah agar selalu beroleh hidayah dan sentiasa dalam Pimpinan-Nya
^^Peace No WaR^^
 
 
MaMaZuE

Thursday, March 24, 2011

Tolong la baca artikel ini dan renungkan..malam pertama kita di alam kubur....jgn dok ingat malam pertama yang lain jer!!!





Hari ni aku nak ajak kengkawan semua membaca sebuah buku yang sangat2 la menariknye. ianya boleh memberi kita kesedaran dan keinsafan agar sentiasa bersedia dan menyediakan amalan kebaikan untuk bekalan kita semasa disanaaaa nanti. Meremang bulu roma dan tetiba sahaja merasakan diri ini begitu hampir dengan malam pertama di alam lain....dan bagaimanakah keadaan kita semasa itu....tetiba sahaja kita akan terus merasa insaf akan diri sendiri, cubalah kita perbaiki apa kekurangan kepada diri kita ini....

(Aku petik dari buku tersebut)

Malam pertama…
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam KuburPernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..”
Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?
Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.


So, rakan-rakan sekalian, marilah kita ingat akan kematian kerana lambat laun waktu ini akan kita lalui...penuhkan lah dada kita dengan amalan-amalan yang mulia dan berbanyak2 lah membaca Al-Qur'an serta berzikir kepada NYA...dan semoga kita semua melalui jalan-jalan yang tidak berliku sebagaimana kita lalui di dunia yang penuh dengan pancaroba ini...dunia semakin tua, alam semakin uzur, maka kita perlu beringat sesama sendiri akan ketibaan waktu-waktu itu.... waktu yang tidak kita ketahui bile ia akan tiba..dan waktu itulah kita akan meratap kesedihan dan kepiluan yang teramat kerana akan meninggalkan semua hartabenda termasuk orang-orang yang tersayang...waktu itulah yang akan menentukan masa hadapan kita di alam yang lain tanpa ibu bapa, tanpa anak-anak, tanpa saudara, tanpa rakan-rakan...kita hanya akan bergantung kepada keimanan dan ketakwaan kita serta amalan-amalan yang telah kita laksanakan di dunia ini...

Marilah kita sama-sama memanjangkan doa dan sama-sama berkongsi ilmu akhirat....Astaghfirullah,,,,Hentikan lah penyebaran video-video yang tidak senonoh melalui FACEBOOK...kerana ia adalah tontonan ramai dan ramai pengunjung laman FACEBOOK adalah kanak-kanak sekolah...

Semua yang baik datangnya dari Allah Azza Wa Jalla, segala yang kurang baik adalah dari kelemahan diri aku sendiri..

Semoga Allah mengurniakan kita taufik dan hidayah, kebahagiaan yang hakiki, keampunan dan keredhaanya, keimanan dan ketakwaan yang murni dan tulus, ilmu yang bermanfaat, faedah dari umur, barakah dalam semua usaha dan ibadah, diberi husmul khatimah(pengakhiran terbaik)...Doa ku agar Allah memberkati hidup kita dengan teman-teman yang jujur membimbing ke jalan yang lurus dan ikhlas memelihara iman kita,bukan sebaliknya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Junjungan Rasulullah S.A.W., keluarga dan para sahabat baginda.....AMIN...


sekadar renungan dan peringatan kepada insan


MaMaZue





Tuesday, March 22, 2011

Tiada nasihat yang berharga dari nasihat yang baik...untuk anak-anakku




Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dapat menjaga tatasusila,
Dalam masyarakat hidup ceria,
Pergi dan datang orang bercerita

Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dirimu selalu dalam pengawasan,
Amalan,
Tindakan,
Perjalanan lancar ketahuan,
Agak tercicir dan cacat amalan.

Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang bertakwa,
Supaya jasad dan rohani,
Bersih sentiasa
agar terhindar noda dan dosa,
biar badai ribut melanda
jiwa mantap,
roh berkota

Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang amanah
Sebab banyak ranjau duri dan onak mengancah,
Kuatkan hati tidak gundah,
Gelap mata dek habuan impian tersanggah

Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang sabar,
Supaya rasa gelisah terus berputar,
Sifat gelojoh, rakus, haloba, mengumpul harta dan takhta,
Kerana ia punca merana,
Biar hidup serba sederhana,
Namun di kalbu tersemat segala
Mutiara budi,
Bersinar sentiasa,
Jadilah hidupmu mulia
Atau hatimu sebagai syahid.





 

Sunday, March 20, 2011

When getting older....years from now on....

            

Story one:
           An elderly gentleman, had serious hearing problems for a number of years.
           He went to  the doctor and the doctor was
           able to have him fitted for a set of hearing aids that
           allowed the gentleman to hear 100%.
           The elderly gentleman went back in a month to the doctor and
           the doctor said, "Your hearing is perfect. Your family must
           be really pleased that you can hear again."
           The gentleman replied, "Oh, I haven't told my family yet. I
           just sit around and listen to the conversations. I've
           changed my will three times!"

Story two:
           Two elderly gentlemen from a retirement center were sitting
           on a bench under a tree when one turns to the other and
           says: "Slim, I'm 83 years old now and I'm just full of aches
           and pains. I know you're about my age. How do you feel?"
           Slim says, "I feel just like a newborn baby."
           "Really!? Like a new born baby!?"
           "Yep. No hair, no teeth, and I think I just wet my pants."

Story three:

           An elderly couple had dinner at another couple's house, and
           after eating, the wives left the table and went into the
           kitchen. The two gentlemen were talking, and one said, "Last
           night we went out to a new restaurant and it was really
           great. I would recommend it very highly."
           The other man said, "What is the name of the restaurant?"
           The first man thought and thought and finally said, "What is
           the name of that flower you give to someone you love? You
           know . . . The one that's red and has thorns."
           "Do you mean a rose?"
           "Yes, that's the one," replied the man. He then turned
           towards the kitchen and yelled, "Rose, what's the name of
           that restaurant we went to last night?"

Story four:
           Hospital regulations require a wheel chair for patients
           being discharged. However, while working as a student nurse,
           I f ound one elderly gentleman already dressed and sitting
           on the bed with a suitcase at his feet, who insisted he
           didn't need my help to leave the hospital.
           After a chat about rules being rules, he reluctantly let me
           wheel him to the elevator.
           On the way down I asked him if his wife was meeting him.
           "I don't know," he said. "She's still upstairs in the
           bathroom changing out of her hospital gown."

Story five:
           Couple in their nineties are both having problems
           remembering things. During a checkup, the doctor tells them
           that they're physically okay, but they might want to start
           writing things down to help them remember
           Later that night, while watching TV, the old man gets up
           from his chair. "Want anything while I'm in the kitchen?" he
           asks. "Will you get me a bowl of ice cream?"
           "Sure."
           "Don't you think you should write it down so you can
           remember it?" she asks.
           "No, I can remember it."
           "Well, I'd like some strawberries on top, too. Maybe you
           should write it down, so's not to forget it?"
           He says, "I can remember that. You want a bowl of ice cream
           with strawberries."
           "I'd also like whipped cream. I'm certain you'll forget
           that, write it down?" she asks.
           Irritated, he says, "I don't need to write it down, I can
           remember it! Ice cream with strawberries and whipped cream -
           I got it, for goodness sake!"
           Then he toddles into the kitchen. After about 20 minutes,
           the old man returns from the kitchen and hands his wife a
           plate of bacon and eggs. She stares at the plate for a moment.
           "Where's my toast?"
Story six:
           A senior citizen said to his eighty-year old buddy:
           "So I hear you're getting married?"
           "Yep!"
           "Do I know her?"
           "Nope!"
           "This woman, is she good looking?"
           "Not really."
           "Is she a good cook?"
           "Naw, she can't cook too well."
           "Does she have lots of money?"
           "Nope! Poor as a church mouse."
           "Well, then, is she good in bed?"
           "I don't know."
           "Why in the world do you want to marry her then?"
           "Because she can still drive!"

Story seven:
           Three old gals are out walking.
           First one says, "Windy, isn't it?"
           Second one says, "No, it's Thursday!"
           Third one says, "So am I. Let's go get a beer."

Story eight:
           A woman was telling her neighbor, "I just bought a new
           hearing aid. It cost me four thousand dollars, but it's
           state of the art. It's perfect."
           "Really," answered the neighbor. "What kind is it?"
           "Twelve thirty."

Story nine:
           Morris, an 82 year-old man, went to the doctor to get a
           physical.
           A few days later, the doctor saw Morris walking down the
           street with a gorgeous young woman on his arm. A couple of
           days later, the doctor spoke to Morris and said, "You're
           really doing great, aren't you?"
           Morris replied, "Just doing what you said, Doc: 'Get a hot
           mamma and be cheerful.'"
           The doctor said, "I didn't say that. I said, 'You've got a
           heart murmur; be careful."

           One more . . .!

           A littl e old man shuffled slowly into an ice cream parlor
           and pulled himself slowly, painfully, up onto a stool. After
           catching his breath, he ordered a banana split..
           The waitress asked kindly, "Crushed nuts?"
           "No," he replied, "Arthritis."

So...just wishing that we won't grow old to be like one of them....i don't intend to live until 80's or 90's..it will be hell of a time....hopefully, we are as strong as we are now....at heart, in the soul and mind....if i were to live up to that age,hopefully,  i'll still be a facebooker, a googler, a blogger and whatever in connection with the internets to gain more knowledge and get more information about life and life after death....more tazkirah to be read...more religous books by the side of the bed...May God gives me the full strength to move on and on......amin...

MaMaZuE