My Family...My Life

My Family...My Life

Thursday, March 24, 2011

Tolong la baca artikel ini dan renungkan..malam pertama kita di alam kubur....jgn dok ingat malam pertama yang lain jer!!!





Hari ni aku nak ajak kengkawan semua membaca sebuah buku yang sangat2 la menariknye. ianya boleh memberi kita kesedaran dan keinsafan agar sentiasa bersedia dan menyediakan amalan kebaikan untuk bekalan kita semasa disanaaaa nanti. Meremang bulu roma dan tetiba sahaja merasakan diri ini begitu hampir dengan malam pertama di alam lain....dan bagaimanakah keadaan kita semasa itu....tetiba sahaja kita akan terus merasa insaf akan diri sendiri, cubalah kita perbaiki apa kekurangan kepada diri kita ini....

(Aku petik dari buku tersebut)

Malam pertama…
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam KuburPernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..”
Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?
Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.


So, rakan-rakan sekalian, marilah kita ingat akan kematian kerana lambat laun waktu ini akan kita lalui...penuhkan lah dada kita dengan amalan-amalan yang mulia dan berbanyak2 lah membaca Al-Qur'an serta berzikir kepada NYA...dan semoga kita semua melalui jalan-jalan yang tidak berliku sebagaimana kita lalui di dunia yang penuh dengan pancaroba ini...dunia semakin tua, alam semakin uzur, maka kita perlu beringat sesama sendiri akan ketibaan waktu-waktu itu.... waktu yang tidak kita ketahui bile ia akan tiba..dan waktu itulah kita akan meratap kesedihan dan kepiluan yang teramat kerana akan meninggalkan semua hartabenda termasuk orang-orang yang tersayang...waktu itulah yang akan menentukan masa hadapan kita di alam yang lain tanpa ibu bapa, tanpa anak-anak, tanpa saudara, tanpa rakan-rakan...kita hanya akan bergantung kepada keimanan dan ketakwaan kita serta amalan-amalan yang telah kita laksanakan di dunia ini...

Marilah kita sama-sama memanjangkan doa dan sama-sama berkongsi ilmu akhirat....Astaghfirullah,,,,Hentikan lah penyebaran video-video yang tidak senonoh melalui FACEBOOK...kerana ia adalah tontonan ramai dan ramai pengunjung laman FACEBOOK adalah kanak-kanak sekolah...

Semua yang baik datangnya dari Allah Azza Wa Jalla, segala yang kurang baik adalah dari kelemahan diri aku sendiri..

Semoga Allah mengurniakan kita taufik dan hidayah, kebahagiaan yang hakiki, keampunan dan keredhaanya, keimanan dan ketakwaan yang murni dan tulus, ilmu yang bermanfaat, faedah dari umur, barakah dalam semua usaha dan ibadah, diberi husmul khatimah(pengakhiran terbaik)...Doa ku agar Allah memberkati hidup kita dengan teman-teman yang jujur membimbing ke jalan yang lurus dan ikhlas memelihara iman kita,bukan sebaliknya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Junjungan Rasulullah S.A.W., keluarga dan para sahabat baginda.....AMIN...


sekadar renungan dan peringatan kepada insan


MaMaZue