My Family...My Life

My Family...My Life

Saturday, March 5, 2011

Renungan pagi Ahad - Bersederhana itu kekayaan yang nyata…...


So, sambil2 membaca artikel ini, dengarlah lagu nasyeed yang merdu dari Maher Zain  ..."Alhamdulillah"...beautiful one....

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah.
..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
  • Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
  • Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala-segalanya...



MaMaZuE
 

Mimpi-mimpi kehidupan......



Seperti orang lainnya, aku juga punya mimpi.
Sebuah mimpi yang sangat indah. Mimpi yang tetap hanya sebagai mimpi.
Aku tidak mampu mewujudkannya. Malah aku tidak punya kemampuan apa-apa.
Apapun yang kulakukan hanya akan membuahkan kegagalan.
Aku tidak berharga. Aku tidak berharga.
Hanya sebutir debu yang tidak berarti di tengah gemerlap dunia.
Biarlah mimpiku berakhir sampai di sini. Aku tidak ingin jatuh lebih keras.
Saatnya meringkuk dalam kegelapan. Sendirian. Hingga diriku lenyap tanpa bekas.


Mungkin seperti itulah sebahagian orang memandang hidup. Banyak sekali orang yang memandang hidup dengan begitu gelap. Mereka menganggap dirinya begitu tidak berharga. Akhirnya mereka kehilangan semangat hidup.
Benarkah saya tidak berharga? Tentu saja diriku berharga. Setiap orang terlahir sebagai pribadi yang special. 

Di dunia ini hanya ada satu-satunya aku, tidak ada satu pun orang lain yang sama persis denganku. Betul? Aku spesial, istimewa.
Lagipula, orangtua kita telah susah payah membesarkan kita dari bayi sampai sekarang. Apakah  segala jerih payah itu hanya untuk menjadikan anaknya seorang yang tidak berguna? Bukankah sebaliknya, ketika kita menganggap diri kita tidak berharga, kita telah menyia-nyiakan perjuangan orang tua kita?
Satu hal lagi yang membuat diri kita masing-masing berharga. Dalam diri kita masing-masing terdapat suatu harta karun yang sangat berharga. Apa itu? Potensi diri, bakat, talent. Sebuah berlian yang perlu dibersihkan dari lumpur. Sebuah pedang yang perlu diasah. Seorang raksasa tidur yang menunggu dibangunkan.
Dan satu hal. Bagaimana orang lain bisa menghargai ku bila aku pun memandang rendah diri ku sendiri. Dunia tidak segitu gelapnya kot. Dunia menjadi gelap ketika aku menganggap dunia ini gelap, dan akan menjadi indah bila aku memandangnya indah. Dan saya berhak untuk memutuskan memandang dunia dari sisi yang indah.
Aku berhak untuk menjadi bahagia. Aku berhak untuk menjadi berharga. Aku berhak untuk mempunyai mimpi. Dan bila punya kemauan, sebenarnya aku mampu mewujudkan semua mimpi-mimpi ku. Sekarang, aku hanya perlu memaksimalkan setiap potensi diri aku, mengasah semua bakat yang ku miliki, membangunkan raksasa dalam diri ku. Aku bisa dan aku pasti bisa!!
Akhirnya, artikel ini aku tutupi dengan penggalan lirik lagunya Mariah Carey yang berjudul “Hero” dengan video nya sekali....semoga terhibur.......:)
There’s a hero if you look inside your heart.
You don’t have to be afraid of what you are.
There’s  an answer if you reach into your soul.
And the sorrow that you know will melt away.
And then a hero come along with the strength to carry on.
And you cast your fears aside and you know you can survive.
So when you feel like hope is gone, look inside you and be strong.
And you finally see the truth that a hero lies in you.......

Siapakah sang “hero” ? Anda sendiri lah “hero” tersebut, dengan segala potensi dan keistimewaan yang anda miliki ..........

 YOU, YOURSELF IS THE 

HERO....

STAND ON YR FEET


MOVE ON



 MaMaZuE




Anak perlukan kasih sayang....


Selamat petang semua.....srtikel ini ditulis untuk mengelakkan diri aku yang suka tidur waktu petang..esp lepas kenyang perut.....so sambil mengemas yang tak habis-habis ni, marilah kita sama-sama membaca artikel yang mungkin tidak membosankan petang yang sunyi ini.....sambil-sambil mengemas ini, tercetus di fikiran untuk menulis .....saje nak cerita pasal anak-anak kita yang amat perlukan kasih sayang..kasih sayang yang  tidak berbelah bagi....so, mari kita sama-sama hayati artikel yang menarik ini.....



IBU BAPA sekarang membeli kasih sayang anak dengan wang. Kebanyakannya bermurah hati memberi wang tetapi agak ‘berkira’ untuk meluangkan masa bersama seisi keluarga. Inilah rungutan anak yang ibu bapa sering terlepas pandang kerana bagi mereka, wang itu antara punca bahagia.

Tiada siapa dapat menafikan kuasa dan kepentingan wang, tetapi kerana terlalu mengejar impian yang mahu memberi kesenangan serta kesempurnaan hidup, banyak nilai diketepikan, terutama untuk perkembangan rohani anak.

Namun tidak ramai ibu bapa mahu menerima rungutan anak dengan fikiran terbuka. Sebagai orang dewasa, ibu bapa berasa mereka lebih arif mengenai kehidupan dan soal kebahagiaan, tetapi ramai terlupa anak juga ada pendapat dan keperluan sendiri.

Bagi kebanyakan ibu bapa, kemewahan dan kesenangan diberi perlu dibalas dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Walaupun ia dianggap insentif, tetapi insentif dalam bentuk wang bukan amalan sihat kerana boleh menyumbang kepada pembentukan sifat mementingkan kebendaan.

Pada masa sama, ada ibu bapa tidak kisah jika anak jarang ada di rumah tetapi mulai bimbang apabila prestasi pelajaran mereka merosot.

Kemerosotan pelajaran antara tanda awal kekusutan fikiran anak sebelum mereka terbabit dalam pelbagai masalah sosial lain seperti rempit, kegiatan tidak bermoral atau lari dari rumah, kata Perunding Psikologi Pusat Perubatan Pantai, Dr Khairi Rahman.

Cara paling baik ialah berbincang bersama anak untuk mengetahui punca tekanan mereka. Masalahnya, anak remaja pula tidak mahu bercakap dengan ibu bapa, terutama apabila menyentuh soal peribadi.

“Ini sebabnya ibu bapa perlu mengenali kawan anak dan ibu bapa mereka, termasuk mempunyai nombor telefon serta mengambil tahu aktiviti harian anak. Mungkin ramai tidak sedar, anak sebenarnya gembira jika ibu bapa sukakan kawan mereka.

“Mempunyai hubungan baik dengan golongan muda ada manfaatnya kerana kita boleh merisik masalah anak kita melalui kawannya. Bagaimanapun, ibu bapa perlu ada kemahiran untuk menembusi ‘benteng’ persahabatan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari, ia tidak datang sendiri.

“Biasanya anak yang dilayan seperti ‘kawan’ lebih mudah berbincang dengan ibu bapa. Ini antara cara baik untuk mendekati anak, tetapi ‘persahabatan’ itu perlu dimulakan sejak mereka kecil.

“Namun perlu diingat, anak yang membesar mempunyai pandangan sendiri terhadap sesuatu perkara. Jika dirasakan ibu bapa ‘tidak berguna’, anak akan menjauhkan diri, tetapi tanpa disedari mereka ada kecenderungan untuk mengikuti jejak langkah dan mengulangi perkara sama dilakukan ibu bapa,” katanya.

Antara kesilapan yang sering terjadi ialah apabila ibu bapa memberi wang tanpa banyak soal setiap kali anak meminta. Bahkan, ada ibu bapa pula bertanya berapa banyak wang dikehendaki. Ini adalah kesilapan yang mesti dielak kerana ia boleh mendorong kepada penipuan..

Soal selidik yang dijalankan Readers Digest beberapa tahun lalu mendapati, anak merungut kerana ibu bapa memberi terlalu banyak wang tetapi tidak sanggup meluangkan masa bersama mereka. Ini menunjukkan selain kesenangan hidup, anak masih mahu ibu bapa memberi perhatian kepada mereka setiap hari, walaupun seketika.

Gejala Tanggang Moden

Isu remaja dan anak muda terbabit dalam masalah sosial tidak pernah sudah. Hampir setiap hari ada saja berita kurang menyenangkan disiarkan di akhbar..

Daripada menipu dan ponteng sekolah kepada keganasan ke atas orang tua hinggalah lari mengikut teman lelaki; semuanya menimbulkan kebimbangan ibu bapa, terutama yang mempunyai anak remaja.

Perkara ini tidak hanya berlaku kepada remaja di bandar kerana banyak laporan menunjukkan ia turut membabitkan remaja luar bandar.

Ada ibu bapa bertanya bagaimana anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang dan diberi pendidikan agama boleh sampai hati menjadi ‘Tanggang’?

Dr Khairi berkata, banyak faktor menyebabkan perkara itu dan satu daripadanya datang daripada ibu bapa. Ada kala anak jadi kurang ajar apabila mereka memandang rendah ibu bapa yang kurang berpendidikan dan berpendapatan rendah.

“Usah cepat salahkan anak. Kita juga kena tengok pada cara ibu bapa bercakap dengan anak. Contohnya ramai bercakap begini: “Aku kerja keras hendak bagi kau makan” dengan nada marah. Penggunaan perkataan ‘aku’ dan ‘kau’ menghilangkan kedudukan tinggi seorang ayah.

“Selain itu nada ketika bercakap dalam keadaan marah tidak menimbulkan rasa insaf pada anak, sebaliknya boleh membuahkan kebencian dengan keadaan keluarga. Ketiadaan unsur kasih sayang dalam percakapan dan perlakuan juga boleh membuatkan anak memberontak.

“Anak mungkin berfikir, sudahlah hidup serba kekurangan, keadaan di dalam rumah juga selalu tidak aman dan dipenuhi dengan kata-kata marah. Sebagai penyelesaian, anak melepak di luar atau mana-mana tempat yang dianggap lebih nyaman dan mampu menenangkan hati,” katanya.

Jika ayah bercakap dengan nada marah, ibu perlu menjadi penyelamat keadaan. Bukan dengan memenangkan mana-mana pihak, tetapi menjadi orang tengah dengan bercakap secara lembut kepada anak. Nasihat yang disampaikan secara lembut dan berhemah lebih mudah diterima dan meresap ke dalam hati.

Untuk dihormati, ibu bapa perlu pandai menghormati anak. Kehormatan itu tidak datang sendiri, sebaliknya perlu dicari. Caranya ialah dengan menetapkan disiplin di rumah yang diamalkan sejak anak kecil.

“Sifat bersih dan teratur penting dalam membentuk kesejahteraan rumah tangga dan menarik minat anak untuk duduk di rumah. Jika rumah berselerak, fikiran juga jadi berserabut dan anak akan lari ke tempat lain yang dirasakan lebih selesa.

“Ibu bapa yang mengamalkan hidup berlandaskan tuntutan agama juga biasanya lebih mudah mendapat rasa hormat anak. Sebagai contoh, ibu bapa yang mendirikan solat sebaik masuk waktu secara tidak langsung memberitahu anak bahawa mereka mempunyai disiplin.

“Bersolat bukan sekadar memenuhi tugas sebagai hamba, tetapi ia mempunyai banyak fadilat lain, kerana untuk menunaikan ibadat, rumah perlu bersih. Kebersihan, kepatuhan orang tua terhadap suruhan Allah serta percakapan yang lemah lembut akan menjinakkan hati anak untuk menghormati mereka,” katanya.

Disiplin di rumah yang mudah seperti makan bersama, makan di meja makan dan memberi tugas kepada anak untuk membantu ibu atau ayah menyiapkan dan mengemas meja makan juga memupuk rasa tanggungjawab anak.

Makan bersama seisi keluarga perlu dijadikan aktiviti harian. Ia boleh membentuk hubungan antara ibu bapa dan anak. Walaupun bercakap ketika makan dianggap kurang sopan mengikut budaya kita, ketika inilah antara waktu sesuai untuk mengetahui aktiviti harian anak.

“Jangan sesekali amalkan konsep layan diri di rumah. Apabila konsep ini wujud, anak akan memilih untuk makan sendirian dan apabila bersendiri, mereka biasanya lebih suka makan depan televisyen. Ini amalan yang sangat tidak sihat bukan kepada hubungan keluarga, tetapi pada tahap kesihatan jangka panjang,” katanya.

Teladan

Ramai ibu bapa sukar menerima hakikat apabila ada orang mengadu atau memberitahu keburukan anak mereka. Mereka tidak percaya anak kesayangan terbabit dalam gejala sosial. Kebanyakannya percaya anak mereka baik dan kepercayaan ini tertanam kukuh dalam fikiran.

Sikap penafian ini tidak membawa kebaikan. Ibu bapa harus menyiasat sama ada aduan yang disampaikan benar atau sebaliknya. Jangan mudah menerima cakap orang, tetapi jangan pula menolak semuanya.

Apabila jiran mengadu perilaku anak, kita sepatutnya berterima kasih kerana ia menandakan masih ada orang prihatin terhadap anak penduduk setempat.

Mereka secara tidak langsung menjadi ‘mata tambahan’ yang membantu memerhatikan anak kita seperti diamalkan penduduk di kampung.

Jika anak berbuat salah, usah marah tetapi beri kritikan membina dengan menunjuk atau memberitahu cara betul. Ramai ibu bapa marah apabila anak melakukan kesilapan, tetapi tidak mengajar langkah yang harus diambil. Ini membuatkan anak terus mengulangi kesilapannya.

Beri pujian apabila anak berkelakuan baik. Kebanyakan orang kita lokek hendak memuji anak, sedangkan anak anda memerlukan pujian sebagai galakan.

Menyentuh isu remaja kahwin lari mengikut teman lelaki yang banyak dilaporkan akhir-akhir ini, Dr Khairi berpendapat, ia dipelajari daripada orang dewasa dan pengaruh media. Walaupun membimbangkan, masalah ini boleh dibendung melalui hubungan baik antara ibu bapa dan anak.

Untuk memupuk hubungan baik bukan payah tetapi ia memerlukan kemahiran keibubapaan, terutama dalam percakapan. Perkara pertama perlu dilakukan ialah meluangkan masa berkualiti bersama anak, tidak kira sesibuk mana pun kerja anda.

“Bentuk suasana mesra apabila bersama anak. Ini boleh dilakukan dengan mengajak anak berbual atau melakukan bersama perkara yang disukainya. Jika anak membaca, perhatikan apa dibacanya. Anda boleh galakkan anak berbincang mengenai sesuatu isu dengan bertanya pendapatnya dan mengapa dia beranggapan demikian.

“Tengok juga bagaimana mereka berinteraksi dan berkomunikasi, cara dia membantu orang lain dan gerak badan atau reaksi apabila disuruh melakukan sesuatu kerja. Daripada pemerhatian ini anda boleh menegur, memperbetul atau memuji anak.

“Namun kebanyakan ibu bapa lupa mengenai perkara ini akibat kesibukan mencari rezeki. Sebenarnya ibu bapa mempunyai pilihan sama ada mahu menjadi teladan kepada anak atau sebaliknya.

“Perancangan ini perlu dibuat sebaik mempunyai anak dan bukan selepas anak melepasi umur remaja kerana pembentukan akhlak pada peringkat ini lebih sukar,” katanya.

Anak juga memerhati dan mentafsir cara anda melayan ibu bapa anda. Jika hubungan anda dan ibu bapa kurang baik, ada kemungkinan hubungan anda dan anak juga jadi begitu apabila tua kelak.

Malah, jika hubungan anda dan ibu bapa bermasalah, anak boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak merapati dan menghormati anda suami isteri.

Pada masa sama, rancang percutian bersama anak. Percutian di dalam negara secara bersederhana sudah memadai. Jika tidak dapat cuti lama, anda boleh membawa anak berkelah. Ia terbukti dapat membantu mengeratkan hubungan anak beranak dengan babitkan mereka secara langsung dalam penyediaan program keluarga itu.

Bagi ibu bapa yang lebih berani, anda boleh mengadakan sesi perbincangan ‘hati ke hati’ bersama anak. Pada sesi ini beri anak peluang untuk mengkritik anda atau meluahkan ketidakpuasan hatinya dan anda perlu menerimanya dengan hati terbuka.

“Jangan marah apabila dikritik anak, sebaliknya jadikan perbincangan itu sebagai laluan untuk memperbaiki diri masing-masing. Memang ia bukan mudah, tetapi kaedah ini boleh membuatkan anak lebih menghormati anda sebagai ibu atau bapa,” katanya.


Semua ini untuk peringatan kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana.....jangan lah pulak tidak langsung memarahi anak-anak kerana terlalu menyayangi mereka....tetapi if anak-anak yang dah meningkat dewasa...tidak payah lah kita menjerit terpekik2 memarahi mereka atau memukul mereka....kerana mereka pun ada maruah dan ada perasaan malu kepada kawan-kawan atau jiran-jiran..tunjuk ajar lah mereka dengan cara yang terbaik dan kita pun mestilah menjadi contoh yang terbaik untuk mereka...


Lebih-lebih lagi bagi diriku, yang mempunyai 5 orang anak-anak lelaki yang sekarang ini semuanya dah menjadi remaja dan hampir remaja.....Alhamdulillah, semua menjadi anak-anak yang baik dan tidak mendatangkan masalah besar di sekolah atau di kolej mereka....Alhamdulillah, mereka akur dengan tunjuk ajar yang kami berikan kepada mereka selama ini....Alhamdulillah...walaupun mereka tidak sehebat orang lain tetapi mereka adalah hebat di mata kami.....Walaupun, aku tidak mempunyai seorang pun puteri di dalam kehidupan ku, Alhamdulillah, mereka semua masih boleh membantu di dapur, mengemas rumah even memasak....Aku sungguh bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakan aku 5 anak-anak lelaki yang prihatin dan peka dengan hal-hal keugamaan dan disiplin.....InsyaAllah, setakat ini, tiada seorang pun di antara mereka yang merokok, merempit, melepak, menganggu anak dara orang (anak dara orang kacau anak teruna aku ada lah....he he he)...mereka senada seirama....bila semua mereka ada di rumah, mereka lebih suka duduk bermain bersama-sama sehingga sekarang.....itulah anak-anak kami....
 






....you are the love of my life......

MaMaZuE