My Family...My Life

My Family...My Life

Tuesday, May 24, 2011

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam.....



Assalamualaikum ...peringatan pada malam ini...terbaca artikel ini & rasa amat trtarik dengannya dan harap dapat berkongsi sesuatu sebagai panduan kita dalam kehidupan harian sebagai suami dan isteri.....


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.....

So, apa lagi, marilah kita sama-sama amalkannya agar kehidupan rumahtangga menjadi lebih terselah dan cerah sentiasa...di samping itu kita dapat mendidik anak-anak kita yang semakin remaja untuk melakukannya setelah mereka sendiri berumahtangga kelak...akhlak yang mulia akan menyinari kerukunan alam perkahwinan yang mungkin telah kita lalui untuk selama 20 tahun atau lebih...sesungguhnya  semakin lama alam perkahwinan ini, semakin ada perasaan sayang-menyayangi, cinta-mencintai dan bukan sekadar melepaskan keperluan sahaja....semakin tua, semakin sayang..itulah sepatutnya diamalkan oleh kita semua...betul tak ????  

 Tak kiralah kalau suami memang kepala angin atau terlalu berang, kita terima lah dirinya seadanya...dan redha dengan pilihan yang kita buat....layaaaaaaaaaaaaaaaannnjer kerenahnya dan banyak-banyaklah berdoa agar beliau akan menjadi lebih memahami dan pandai menjaga hati diri kita jua...InsyaAllah...



 MaMaZuE