My Family...My Life

My Family...My Life

Thursday, January 20, 2011

Hadiah Malam Jumaat

Salam Jumaat buat para sahabatku sekalian.


**Sambil baca artikel, sambil dengar lagu ni, best wooo...Maher Zain "Open Your Eyes"



Post kali ini mungkin agak berlainan dari biasa sedikit. Tapi ia benar-benar menarik minat saya untuk mengetengahkan kisah ini kepada anda semua. Kemungkinan ada sebahagian dari kita yang telah membaca artikel ini...Tidak salah sekiranya membacanya lagi....Sesungguhnya manusia itu sering lupa. Dan pada waktu yang sama juga kita juga dituntut untuk megejar kebahagiaan dunia apatahlagi persediaan untuk bekalan ke akhirat. Daku sering lalai maka acapkali daku lalai maka kejutkanlah daku..sedarkanlah daku segera agar dapat kukembali kepada dunia yang nyata ini dan sekaligus mengukir bait-bait doa buat yang telah pergi.
Apalagi yang harusku layarkan agar mereka gembira tika itu?? maka sudah tentunya doa seorang insan yang kerdil ku hadihkan buat mereka pada setiap malam Jumaat..Mungkin dengan cara begini hatinya akan berasa tidak sabar menanti hari yang penuh kebahagiaan ini.

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

“Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?” tanya Salih Al Mazy. “Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?” tanya pemuda itu. “Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?” tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :”wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.” Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

“Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.” kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. “Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup".

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata ,

“Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu."

” “Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.” katanya lagi. “Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?” tanya Al Maizy.
“Ya, Tahu.” “Apa tandanya ?” “Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata “Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.”
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan  merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

Jadi, renung-renungkan lah.....

Malam Jumaat adalah malam segala-gala malam....sedekahlah surah Yassin kepada arwah-arwah yang tersayang yang telah meninggalkan kita semua di pentas alam yang sementara ini....Adalah dalam kerugian kepada muslimin dan muslimat yang tidak tahu membaca ayat-ayat Quran terutama surah Yassin....sekurang-kurangnya kita yang hidup ini dapat membantu mereka-mereka yang telah tiada di sisi kita sekarang ini...

"Successful people think differently than unsuccessful people"

"Ungkapan ini berusaha menjelaskan bahawa perbezaan utama antara orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah pada cara mereka berfikir. Mereka yang berjaya adalah mereka yang
selalu menggunakan kekuatan berfikir untuk terus memperbaiki hidupnya sehingga lebih baik.

Orang-orang yang berjaya ini adalah mereka yang memiliki cara
berfikir positif. Cara berfikir orang yang berjaya adalah:

Big picture thinking bukan small thinking
Cara berfikir ini menjadikan mereka terus belajar, banyak
mendengar dan terfokus sehingga minda mereka menjadi luas.

Focused thinking bukan scattered thinking
Sehingga dapat menghemat waktu dan energy, rintangan dan
halangan dapat mereka atasi.

Creative thinking bukan restrictive thinking
Proses berfikir kreatif ini meliputi: think-collect-create-correct-
connect.

Realistic thinking bukan fantasy thinking
Memungkinkan mereka meminimalkan risiko, ada target & plan,
security, sebagai catalyst dan memiliki Kredibiliti.

Strategic thinking bukan random thinking
Sehingga simplifies, customize, anticipation, reduce error and
influence other; dapat dilakukan.

Possibility thinking bukan limited thinking
Mereka dapat berfikir bebas dan menemukan solution bagi
situasi yang dihadapi.

Reflective thinking bukan impulsive thinking
Memungkinkan mereka memiliki integriti clarify big picture,
confident decision making.

Innovative thinking bukan popular thinking
Menghindari cara berfikir yang awam untuk meraih sesuatu
yang lebih baik.

Shared thinking bukan solo thinking
Berkongsi pemikiran dengan orang lain untuk mendapatkan hasil
yang lebih baik.

Unselfish thinking bukan selfish thinking
Memungkinkan mereka bekerjasama dengan pemikiran orang
lain.

Bottom line thinking bukan wishful thinking
Berfokus pada hasil sehingga dapat meraih hasil berdasarkan
potensi pemikiran yang dimiliki.

So, the moral of this presentation is that all of us should think like a successful person think...eventhough you are not successful yet....
Therefore, work extra hard, work dilligently, fully committed with your job or your studies coz these will lead you to the stairway in reaching success....Set your goals and determine your own motivation.....When we do the best we can, we never know what miracle is wrought in our life, or in the life of another....

"DON'T WAIT FOR YOUR SHIP TO COME IN : SWIM OUT TO IT"

"HAPPY READING"