Assalamualaikum semua....
hari ini memang aku rasa terlalu panjang...terlalu penat tapi aku masih nak berkongsi karya yang elok-elok untuk semua...agar kita dapat merenung dan merenung apa yang terbaik untuk kita lakukan sementara mentari masih bersinar, sang rang bulan masih bercahaya dan langit masih membiru....
Hidup ini bagaikan roda. Sekarang berada di atas dan akan sampai masa berada di bawah. Kerana kehidupan ini satu perjalanan yang singkat, untuk menuju satu alam kehidupan yang lebih panjang dan tiada pengakhiran. Sekarang didunia, akan sampai masa berada di akhirat. Dalam masa yang singkat di dunia ini, kita dapat melihat keadilan demi keadilan yang Allah tunjukkan.
Siapa yang taat dia yang Berjaya..
Siapa yang Ingkar, itulah orang yang rugi..
Namun, persoalan yang timbul. Orang yang tidak taat juga boleh berjaya dan cemerlang. Walaupun bergelumang dengan pelbagai maksiat dan kezaliman, masih berada di tempat teratas, disanjung, dikenali, dihormati dan amat gah di mata manusia.
Gah hanya di mata manusia, namun gah kah dia pada pandangan Allah..? jika dia terhormat di dunia, itu bukan jaminan untuk dia terhormat di akhirat kelak. Kerana akhirat itu bukan dibeli dengan kezaliman, bukan diperdagangkan dengan kemaksiatan. Jika kemaksiatan yang menjadi pemberat kepada ‘timbangan’, maka tunggulah pembalasan maha dahsyat dari Rabb yang Maha adil itu..
Dia Maha AdiL..
Hamba ‘Terpuji’ di dunia.. maka ‘Terhina’ di akhirat..
Jika tidak taat..!
Bergelumang dengan maksiat..!
Tidak bertaubat..!
Kerana Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana..
Allah Tahu apa yang makhluknya kerjakan, tiada sedikit pun yang ‘terkecuali’ dari pengetahuannya, sekalipun setiap kocakan air, setiap daunan yang berguguran, tidaklah berlaku tanpa pengetahuan Allah s.w.t. SubahanaLLaH..
Oleh kerana Allah Mengetahui apa yang kita perbuat, Allah Tahu apa yang ada di dalam hati kita, sekalipun lintasan-lintasan hati, maka tidak sepatutnya manusia angkuh dan bangga dengan ‘kesenangan Hidup’ yang dimiliki. Hingga mengatakan.. ‘biarpun aku bergelumang dengan maksiat, aku tetap hidup senang.aku berjaya dalam hidup.’
Maka, menjadi suka kepada maksiat, menjadi semakin zalim dan akhirnya segala sifat ‘mazmumah’ menjadi ‘darah daging’, sehingga satu tahap merendah-rendahkan orang-orang yang taat kepada Allah. ‘Sembahyang 5 waktu pun tak kaya-kaya’.
AstaghfiruLLaH..
Ingatlah.. Kita bukan hidup seorang diri. kita berkeluarga dan berketurunan. Hari ini kita berjaya, kita gah. Namun, pernahkah terfikir akan Anak-anak, cucu-cicit dan keturunan seterusnya pasti akan terkena ‘tempias’ sikap suka bermaksiat dan zalim pada hari ini. Jangan sekali-kali menganggap Allah itu ‘terlepas pandang’ terhadap perlakuan hamba-hamba-Nya.
Allah Maha Perkasa..
Allah Maha kuat..
Allah Maha Hebat..
Jika Dia ingin menimpakan ‘balasan’, melempiaskan ‘kemurkaan’, Dia berkuasa melakukannya pada bila-bila masa. Jadi, bertaubat adalah satu-satunya jalan terbaik. Allah masih tidak memberi ‘kesusahan’, ‘kemelaratan’ dan ‘kejatuhan’ kerana Allah Maha Penyayang, Dia memberi Peluang demi Peluang, Kesempatan demi Kesempatan agar kita sentiasa melakukan ‘Penghijrahan’ dalam kehidupan.
Tidak sepatutnya seorang hamba menjadi angkuh dan lupa diri, taatlah kepada Allah ketika susah dan senang. Ingatlah Allah ketika dalam bahagia atau ditimpa bencana. Cintalah Allah tika Disanjung dan Dicaci manusia. . dengan itu, Allah pasti akan ‘membantu’ kita ketika susah, ‘mencintai’ kita ketika disisihkan manusia.. ‘memujuk’ kita ketika ditimpa musibah..
Sebaliknya jika kita tidak ‘taat’ kepada Allah ketika ‘senang’, tidak ‘cinta’ kepada Allah ketika ‘disanjung manusia’ dan lupakan Allah ketika bahagia.. maka akan tiba saat kita ‘susah’ yang tiada sesiapapun ingin membantu, saat ‘dipulaukan’ tiada siapa yang ingin menyayangi dan saat ditimpa ‘bencana’, tiada sesiapa yang ingin ‘simpati’… manusia tidak peduli, Allah menjauh dan membiarkan hamba-Nya mendapat ‘pembalasan’ kerana keangkuhan diri.
“Sesal dahulu Pendapatan..sesal Kemudian tidak berGuna”
Kembali kepada Allah, agar Allah ‘menyediakan’ tempat ‘kembali’ yang sebaik-baiknya buat kita..
Bagi hamba yang merasakan diri selalu berada dibawah, teruslah taat kepada Allah. Bersederhanalah dalam kehidupan, jangan berlebih-lebihan,kerana berlebihan itu menyebabkan kita lupa diri. Dunia ini sementara dan hanya persinggahan untuk kita beramal dan menujukkan kecintaan kepada Allah. Janganlah terpedaya kepada tipu daya syaitan, yang selalu mengaburi ‘kejahatan’ dengan ‘kebaikan’. Sedangkan, yang ‘mungkar’ itu nyata, yang ‘ma’ruf’ itu juga jelas.
Sila kita ‘membijaKKan’ diri dalam memilih Jalan Hidup..
Memohonlah kepada Allah agar selalu beroleh hidayah dan sentiasa dalam Pimpinan-Nya
^^Peace No WaR^^
MaMaZuE