My Family...My Life

My Family...My Life

Thursday, February 24, 2011

Bila Al Quran Mula Bersuara.....




Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritemu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....




Sesungguhnya apa yang tercatit di dalam artikel di atas mempunyai banyak persamaan kepada apa yang berlaku kepada diri kita sendiri...kita membaca Al-Quran apabila perlu dan memang jarang-jarang dilakukan...sekiranya ada pun, hanya surah-surah tertentu pada waktu-waktu tertentu..padahal, semasa kecil kita telah pun dididik dan diajar secara terperinci mengenai cara-cara yang betul untuk membacanya....dengan bunyi-bunyian tajwid yang merdu..sehingga ada yang telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dengan meriah sekali... contohnya, aku sendiri melalui majlis khatam Al-Qur'an dengan meriah sempena perkahwinan kakak sulong ku.....memang bertuah rasa diriku pada waktu itu...

Setelah masa berlalu dan setelah mendapat kerjaya dan kemudian mempunyai keluarga sendiri, kita semua semakin leka dan lalai dari meneruskan bacaan Al-Qur'an...Surah Yassin menjadi lebih popular di kalangan kita kerana kita sememangnya akan terus membaca Surah Yaasin kerana mengingati Malam Jumaat dan membacanya semasa majlis arwah dan tahlil....apa jadi dengan surah-surah yang lain yang terkandung di dalam Al-Qur'an itu....Secara terus-terang dinyatakan di sini, bahawa mungkin kita akan terangkak-rangkak membacanya sekarang...Subhanallah...

Aku sentiasa memohon ke hadrat Allah-Subhanahuwataala agar anak-anak ku tidak akan lupa akan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan menasihati mereka agar terus membacanya walau hanya pada 1 malam dalam 1 minggu agar mereka tidak terus melupakan Al-Qur'an dalam menjalani kehidupan seharian....Amalan ini hendaklah dilakukan sehingga mereka dewasa dan sehingga mereka menjadi khalifah kepada keluarga sendiri....wallahualam...

Rasulullah S.A.W bersabda....

 Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya, ia akan datang pada hari Qiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang-orang yang membacanya...
Bacalah 2 surah yang bercahaya iaitu
Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran..
Kerana sesungguhnya kedua-duanya akan datang pada hari Qiamat seperti 2 mega yang menaungi 
atau
seperti 2 awan yang melindungi di atas kepalanya 
atau
seperti 2 gerombolan burung yang bersaf-saf
kedua-dua surah ini akan membela pembacanya..

 Riwayat Muslim



.....MaMaZuE.....