My Family...My Life

My Family...My Life

Saturday, March 12, 2011

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


Assalamualaikum.....sebelum kita memulakan aktiviti pagi hari ini, cuba kita renungkan apa yang boleh kita lakukan supaya hari ini menjadi lebih baik dari hari semalam...

Walaupun dah dekat pukul 10 lebih pagi tetapi masih belum terlambat sekiranya kita dapat mempraktikkan sebahagian dari apa yang terkandung dalam article ini untuk renungan semua.....untuk pagi-pagi yang akan datang....
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup `cas bateri' saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani berubah untuk kecemerlangan hidup.  

So..camne?? ok kan....kerana pagi adalah permulaan hari..mulakan hari anda dengan keceriaan dengan penuh kesyukuran....syukur terhadap kenikmatan yang telah dikurniakan kepada kita....syukur kerana kita masih dapat bernyawa dan masih boleh bersama orang-orang yang tersayang!!!!

 MaMaZuE

Will you forgive me....


 
Adrift in a sea of sadness
lost in my thoughts
Jokes can be taken so harsh
when meant to be taken lightly

A slip of the tongue is all it takes

and suddenly you're alone
boxed in a world of fears
a world of tears

Cruelty is it's game

life it's name
ever changing, rapidly sweeping you along
like a roller coaster you can't stop
and as you spin wildly spin
out of control
scenes from earlier on this ride of life
flash through your mind

The walls are closing in

The room begins to spin
you fall to your knees and
beg for it to stop
you beg and plead for
forgiveness knowing
that you were wrong

You've been to bossy,

said too much,
you say it will never happen
again and you know
that you'll do anything
in your power to keep it
from happening again
you love these people
and can't fight
like this with them
so you plead for forgiveness. 
 
 
 
We all make mistakes
Some small, some big
But no matter the size
We all learn from them

Harmless trials

Careless experiments
Foolish decisions
Spiral downward

Who would’ve known

That one tiny mistake
Could make me realize that
I’m a completely different person

Rebellious

Stupid
I was thinking
I wasn’t me

But five days is what I need

To make sure I don’t make this mistake again
Five days to myself, to clear my head
To rewind back to the old me

Happy

Cheerful
Hopeful
Smart

Tiny mistakes really make you realize

That you’ve been goin down the wrong path
So turn around and go back
That’s what I’m doing

No more mistakes

No more bad decisions
No more foolishness
Just me. 
 
 
this song is specially dedicated to 
one of them....


MaMaZuE