My Family...My Life

My Family...My Life

Wednesday, March 16, 2011

Happy Working to all....

Assalamualaikum and peace to all....



Hari khamis dah ni...mesti ramai tertunggu hari jumaat dan selepas itu hari minggu.....bekerjalah ya bagi yang sedang bekerja tu..i cuti-cuti hari ini dan esok setelah berhempas pulas dalam minggu yang sangat membosankan...terkurung dalam Open Court sambil mendengar kes Jenayah sek.39B yang boleh membawa seseorang itu ke tali gantung....

Memang 3 hari tu memenatkan dan membosankan, terutama apabila when the hearing of this drug case had turned to be a "Class of Bahasa Melayu"....aduuiiiii....bab "penutup kata....& pembuka kata", huruf dalam kurungan atau dalam bulatan, titik, koma semua menjadi isu yang besar....boring giler!!!! Lagi boring bila peguam dok ulang2 soalan yang sama dan menekan saksi supaya menjawab mengikut kehendaknya.....ntah apa2 lah yang disoal..muakk betul....

Betul lah dia dia ditugaskan untuk membela anakguamnya...betul lah jugak dia diberi amanat untuk menyelamatkan anakguamnya..betul lah yang dia juga perlu berhati-hati dalam pembelaannya tetapi adakalanya ia menghabiskan masa sahaja dan perbicaraan ini akan mengambik masa yang agak lama untuk berakhir....what ever it is..he has to proof his case....so he had tried his very best and looked for the loopholes from the prosecution....

Memang betul, setiap yang dihadapkan di Mahkamah tidak semestinya bersalah...The Court too has to be fair in justice....so we have no choice....

Sebab ke kes ini, semua kerja2 lain terbengkalai, mana list harian dan mingguan nak disediakan, mana nota prosiding melalui sistem CRT untuk dihabiskan....dan 2 assignment ini lah yang memerlukan masa untuk penyediaan,mana nak update diary lagi...

Sibuknya la aku minggu ni...partner sorang cuti pulak...so, hr ni and esok, aku cuti pulak..nasib lah korang....kerja-kerja dah dibereskan but left with one that i need to bring some homework...insyaAllah, I will get it done b4 the wkend ends....

Dok kat rumah pun, masih banyak kerja-kerja yang perlu dilangsaikan....4 of my sons are at home except for one who is still struggling for his matriculation final at UITM Kuantan....kesian si angah...anyway, we are planning to meet him 2moro night....maybe dinner with all of them....best jugak tu....

Sory la bagi kengkawan yang sibuk memanjang kat ofis tu....kerja lah denganpenuh semangat....
penat aku yang berulang alik hari hari ni x habis lagi....campur dengan kerja2 yang melambak tu..nak tunggu memang x kan habis lah.......

ok lah....nak sambung relax kan diri ...he he he


Sambil-sambil bersantai tu, meh dengar lagu ni..it's one of my favourites....


After all, life is WONDERFUL, ISN'T IT!!!

 MaMaZuE

No comments:

Post a Comment