My Family...My Life

My Family...My Life

Friday, February 25, 2011

Kisah susu ibu...menarik cerita nih...



Haaa....ni kisah  benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca ! Citer dia camni .....   

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka  ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak  pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak  lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka  melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi  menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.

Pada waktu tersebut,  tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia,  sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang  dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan  darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya  le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar  orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada  penyelesaiannya di dalam Al-Quran. 

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak  tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang  kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu  tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir  tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ?  Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir  tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat  ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai  ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama  ter sebut. 

So, setelah dapat  keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau  apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda  bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di  dalam susu ibu.

Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang  mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki  tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,  maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2  kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta  pusaka. 

Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan  'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak  perempuan ! Jadi dalam soal harta pusaka dan sebagainya...



......MaMaZuE.....

2 comments:

  1. So, I ada 5 anak lelaki..dat means kandungan kalsium dan zat galian adalah 2 kali ganda banyak nyer dari anak-anak perempuan...sbb tu lah anak-anak lelaki lebih gagah dan hebat..x perlu nak tambah2 kalsium lagi dah...

    ReplyDelete