Assalamualaikum.....dalam kepenatan sepanjang hari ini, rasanya masih ada tenaga untuk menyumbang entri ke blog kesayangan aku hari ini...jom baca pasal mengeluh ni...seronok jugak sebab memang merata-rata sepanjang hari kalau kat ofis memang adalah suara-suara yang penuh dengan keluhan termasuk diri ku ini akibat terlalu banyak kerja....kerja-kerja yang tidak mungkinn boleh habis dalam masa 8 jam bekerja...
......apatah lagi, career macam aku ini...if dah dok dalam court mendengar perbicaraan sepanjang hari, pagi dan petang, macam mana nak habis kerja harian...memang tidak akan siap punya..tertangguh pulak keesookan hari...aduiiiii..ni pun dah start mengeluh ek....
Mudah sekali bagi kita untuk menemukan orang-orang mengeluh. Nampaknya mudah sekali untuk mengeluh. Selalu ada saja bahan yang dikeluhkan.
“Hari ini sial sekali…”
“Aduh, hari ini kedai ku sepi…”
“Hampeh...hari ini aku dimarahi…”
“Hujan pulak dah…Huh!”
“Hari ini panas teriknya.....”
Dan seterusnya….
Demikian pula di Facebook, mudah sekali kita menemukan update status yang bernada keluhan dan bermaksud negatif.
“Hari ini membosankan ”
“Orang itu sombong…Grrr”
“Panaasss banget hari ini… :( ”
“ Pelajaran yang membosankan… @@ “
Dan lain-lain…
Pertanyaannya, apakah mengeluh membuat kita lebih bahagia?
Disedari atau tidak, semakin kita mengeluh, ternyata membuat kita rasanya semakin “menderita” . Demikian juga dengan orang yang mendengar keluhan kita, apakah mereka senang mendengar orang mengeluh? Atau mereka juga “tertular” emosi negatif, jadinya malah ikut-ikutan mengeluh ?
Seandainya aku mau mengurangi mengeluh dan memperbanyak kata-kata positif, apakah aku akan lebih bahagia?
Dan bila disuruh memilih, aku lebih senang mendengar kata-kata positif atau mendengar orang mengeluh? :)
Akhirkata, kita sendiri pun sokmo mengeluh....apabila terlalu banyak kerja, kerja x dan nak siap, asyik berbicara siang dan malam, merungut nak masak apa, merungut nak pakai apa...dan macam-macam lagi.....itulah yang di namakan manusia.....keluhan adalah satu perasaan....perasaan yang tidak boleh dipisahkan dari diri kita sendiri...w/apa pun, kita hendaklah sendiri menyedari bahawa mengeluh adalah satu perbuatan yang tidak baik untuk diamalkan....bila mengeluh, kita adalah dalam keadaan yang penuh dengan frustrations yang akan menganggu perjalanan kehidupan kita.....
Jadi, sebaik-baik nasihat adalah lebih baik kita banyakkan berdoa dan bersyukur kepadaNya daripada terus menerus mengeluh kebosanan atau mengeluh kesepian atau mengeluh kekecewaan... Beringatlah bahawa segala musibah yang berlaku ke atas kita, adalah ujian Allah semata-mata iaitu untuk menguji sejauh mana keimaman dan kesabaran kita....Di sebelah permasalahan, akan tetap ada hikmah dan ganjaran yang akan dikurniakan....oleh itu, kita hendaklah menjadi insan yang penuh dengan kesabaran walaupun kesabaran ini ada had-hadnya....Hilangkan rasa stress dan kemurungan kita dengan membaca Al-Quran, melakukan sembahyang sunat, berzikir dan berdoa kepada NYA.....
MaMaZuE
Sebagai insan yang biasa, kita memang tidak dapat mengelakkan diri kita dari mengeluh dan merungut....tp apalah salahnya kita hentikan tabiat buruk ini dan menjadi insan yang penuh dengan kesabaran.....
ReplyDelete