Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dapat menjaga tatasusila,
Dalam masyarakat hidup ceria,
Pergi dan datang orang bercerita
Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dirimu selalu dalam pengawasan,
Amalan,
Tindakan,
Perjalanan lancar ketahuan,
Agak tercicir dan cacat amalan.
Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang bertakwa,
Supaya jasad dan rohani,
Bersih sentiasa
agar terhindar noda dan dosa,
biar badai ribut melanda
jiwa mantap,
roh berkota
Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang amanah
Sebab banyak ranjau duri dan onak mengancah,
Kuatkan hati tidak gundah,
Gelap mata dek habuan impian tersanggah
Wahai anak-anakku,
Jadilah insan yang sabar,
Supaya rasa gelisah terus berputar,
Sifat gelojoh, rakus, haloba, mengumpul harta dan takhta,
Kerana ia punca merana,
Biar hidup serba sederhana,
Namun di kalbu tersemat segala
Mutiara budi,
Bersinar sentiasa,
Jadilah hidupmu mulia
Atau hatimu sebagai syahid.
No comments:
Post a Comment