My Family...My Life

My Family...My Life

Friday, February 4, 2011

Merisik dan bertanya khabar......




"Kami datang hanya nak jalan-jalan dan bertanya khabar " tetapi terkejut jugak bila didapati ada 3 bekas iringan yang dibawa......aduuuuiiii...macam-macam hal....

Aku diberitahu untuk berkumpul di rumah mertua untuk masak-memasak dan makan beramai-ramai sempena hari cuti ini...juga diberitahu terdapat  kumpulan 3 beranak dari Melaka untuk datang jalan-jalan sambil bertanya khabar....salah seorang dari mereka ini adalah rakan adik ipar bongsu ku....wah !!! ini mesti ada maksud yang tersurat dan tersirat  walaupun tidak secara rasmi....

Kami tidak pun menyediakan apa-apa bekas untuk dibalas secara rasmi...niat di hati, datang dan sempena waktu tengah hari, kami ajak makan nasi sahaja lah...


Al maklumlah, dengan musim yang tidak menentu ni, tak adalah hidangan yang istimewa...nak dapat ikan yang fresh pun susah waktu gini...hidangan ringkas kami hanyalah ayam kampung masak lemak cili padi, sayur pucuk paku goreng dan ikan goreng sahajalah nampaknya....

Tidak sempat lah nak menyediakan kuih muih....hanya ada kuih tepung pelita (aku beli), dan kuih akok (aishah beli)...ha ha ha....walau bagaimanapun,,,,meriah lah gak....terutama apabila kebanyakan adik beradik suami ku balik untuk memeriahkan suasana tengah hari jumaat ini....


selepas berborak , bergelak ketawa & berkenal sapa..maka dengan rendah dirinya emak si empunya diri telah memberitahu hajat utama mereka ke sini.....

kan dah kata....memang ada niat untuk menyunting si "mass mek bunga"  ni....
oh..rupanya dah disediakan dengan sebentuk cincin untuk di sarungkan ke jari mass mek bunga...apa-apa aje lah....

mulalah perincangan untuk menetapkan satu tarikh pertunangan antara mereka berdua.....wahhh.....ada jamuan lagi lah ni...apa-apa pun kita tunggu bab yang akan datang.....sebab cerita ini akan bersambung....

sebagai kakak ipar, aku mendoakan agar mass mekbunga ni di tetapkan hati dan perasaan terhadap jejaka idaman nya si jamaludin sahak...
semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga berjaya tiba ke kemuncak nya...
maksud ku ke jinjang pelamin.....



 hanya satu saja peringatan untuk mereka berdua....
walaupun telah kenal berpuluh tahun, selagi tidak tinggal di bawah satu bumbung, selagi itu lah kita tidak mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.....
bersedialah kamu berdua menghadapi masa-masa yang akan datang bersama....
kita hanya merancang, Allah sahajalah yang menentukan......

No comments:

Post a Comment