My Family...My Life

My Family...My Life

Wednesday, February 23, 2011

Ditujukan khas kepada sesiapa yang belum terfikir nak bentang sejadah....




Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang.

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

sekadar peringatan kepada diri sendiri, kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan muslimin dan muslimat..
luangkan masa sekejap untuk berwuduk, memakai telekong (bagi wanita), membentang sejadah dan mengerjakan ibadah yang merupakan tiang agama kita...
sebelum kita kehabisan waktu dan kehabisan tenaga...
kerana esok mungkin tidak akan muncul dalam diari kehidupan kita..
so, beringatlah....
sementara kita masih sihat,
sementara kita masih bernyawa,
sementara kita masih segar,
sementara kita masih ingat
Allah memerhati gera-geri kita 
setiap saat, setiap detik, setiap minit
setiap waktu.....

 .....MaMaZuE....

1 comment:

  1. Just remind to ourselves that Allah is watching us day and nite..perform our prayers without any hesitation as to get the contentment of life...
    Always be thankful for what is bestowed upon us...InsyaAllah...

    ReplyDelete