My Family...My Life

My Family...My Life

Saturday, October 6, 2012

LoNg TiMe No HeAr

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh to all....





sesungguhnyer dah lama sungguh x update status kat blog ni tetapi hari ini tiba2 terpanggil untuk menulis setelah sekian lama x berblogging...rasanyer entri terakhir aku adalah pada bulan Julai 2011..

Perggghhhh memang dah lama...

terlalu banyak perkara yang dah berlaku dari tahun lepas hingga ke 2012....tahun 2012 pula dah semakin hampir tamat....ini pun dah masuk bulan Oktober...

Masa berjalan dengan begitu pantas..sepantas kilat...hari berganti hari..bulan berganti bulan dan dalam masa 2 bulan lagi kita akan berganti tahun pula...umur semakn meningkat dan masih tidak tahu samada amal ibadat kita sudah mencukupi tak sebelum menemui noktah kehidupan...

setiap hari kita melalui masa 24 jam dan hanya masa berehat hanya lah selama 6 jam sahaja iaitu semasa waktu kita tido...itupun kalau tido awal...masa selebihnya kita berada di pejabat, masa berulang alik ke tempat kerja (if macam aku ni 2 jam dah terbuang begitu saja kerana being on the road), masa beribadat dan masa untuk makan serta minum...
kalau during waktu bekerja ni memang tiada istilah "REHAT"....

hujung minggu pulak, kadang2 kena bawak balik kerja yang x berhabisan kat ofis ke rumah...tp actualli..masa tu lah nak g marketing, beli barang dapur, nak masak untuk yang tersayang dan mengemas rumah...walaupun aku ni ada bibik, aku masih melakukan perkara2 ini di rumah..bukan macam orang lain yang berlagak macam "MEM" bila ada bibik kat rumah...SORRY lah ya..memang ramai yang macam tu...but NOT ME....


Sebab tu lah aku lebih suka menghabiskan masa bersantai di rumah ku yang serba sederhana ini dari berjalan-jalan ke sana ke mari....sebab aku dah penat driving to and fro ke office setiap hari yang jaraknya adalah lebih kurang 130 km pergi balik...penattt oooi...apa lagi di usia yang akan mencicah ke 50 an ujung tahun ini...

Anyway, setakat ini sahaja lah entry aku buat kali ini...if dipanjangkan umor aku akan tetap menulis untuk menghilangkan stress di kepala ini...ini pun baru siap dengan tugasan untuk membantu my Honourable Judge menyediakan speechnya untuk satu convention about biodiversity di Hyderabad India minggu depan...selagi Y.A. tak pergi selagi itu lah aku ni akan menjadi sibuk memanjang....nak buat camne...

Sekiannn.....



....MaMaZuE...