My Family...My Life

My Family...My Life

Thursday, June 30, 2011

Fadhilat Bulan Rejab.....

KELEBIHAN BULAN REJAB 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.....memang bulan Rejab dah nak habis tetapi masih belum terlambat bagi semua muslimin dan muslimat untuk mengetahui dan munkin insyaAllah boleh dipraktikkan nya pada tahun hadapan sekiranya umur dipanjangkan dengan kesihatan yang lebih......



Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.


Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).


* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.


* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).


* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.


* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.


* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.


* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.


* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.


* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.


* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.


* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.


* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.


* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:


* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.


Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.


Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.


Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.


Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:


* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.


Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.


Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Alhamdulillah...
SELAMAT MALAM

mAmAzUe

Tuesday, June 28, 2011

Peristiwa Israk Mikraj- 27hb Rejab 621 Masehi (29hb Jun 2011)


 Selamat menyambut Israk dan Mikraj kepada semua muslimin dan muslimat.....



27 Rejab 621 Masehi.

Pada malam tanggal ni lah peristiwa Israk Mikraj berlaku, di mana Rasulullah telah menunggang seekor binatang bernama Buraq, and went through a magical journey throughout the whole night. It was in this night, that he travelled from Masjidil Haram to Masjidil Aqsa. It was in this night that he passed by and saw a whole lot of historical places and events. It was this night too, that he travelled to the heavens. And finally, faced God, the Almighty. Untuk mendapatkan kelebihan dan nikmatnya, marilah kita bersama-sama berpuasa dan banyak2 lah berdoa untuk mendapatkan keberkatan dan hidayah dari NYA......

Saya nak share dengan semua orang tentang sejarah hari ini. Sebab, saya ni cetek la sangat ilmu agama. Jadi, pagi-pagi tadi ke search engine and found this blog that told the story of this historical event. Semoga kita semua dapat menghayati peristiwa Israk Mikraj ini, dan menguatkan lagi iman kita semua. Bagi saya, setelah membaca article ni, memang terang dan nyata yang kita jarang sangat meletakkan akhirat sebagai fokus harian kita, termasuklah saya ni. Kita lebih pentingkan dunia. Akhirat tu yang hakiki. So, berkejarlah untuk yang hakiki itu. I hope everyone will benefit from this article.

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama laluterangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: 

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. 

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. 
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. 

S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
Ada banyak peristiwa yang belaku disebalik peristiwa isra mikraj ini dan yang paling utama peristiwa di “Fardukan Solat Lima Waktu” terhadap kaum muslimin. Jadi kepada yang tidak tahu bila solat difardukan maka Isra Mikraj lah yang membawa kepada fardunya solat lima waktu.

mAmAzUe

Monday, June 27, 2011

Berapakah Nilai Seorang Perempuan Bergelar Isteri

Assalamualaikum kepada semua suami dan bakal suami.....


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......


Beruntungnya seorang wanita sebab dia ada rahim, oleh itu dia bekerja dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari tapi orang2 zaman sekarang beruntung dapat 180 hr...masa time2 aku beranak dulu, dapat 40 hari jer..if nak tambah apply cuti sendiri....nasib badannnnn.....
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami... "offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee (tak peduli),
Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....
Semua Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung
Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Allah SWT beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,
Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

*** Ya Allah..
Mudah-mudahan aku  menjadi seorang isteri yang solehah dan terbaik untuk suamiku.....Aminnnn

mAmAzUe

Saturday, June 25, 2011

Sometimes we bury hurts and pretend they did not happen......

Hi everyone...just thot of sharing this piece with u....very nice..hope all of u'll enjoy reading it...just take a minute or two !!!!



Sometimes we bury hurts and pretend they did not happen, except they can resurface every so often, or we go to visit the graveside and spend time with our hurts.

Sometimes we carry our hurts with us like a big burden and so they weigh us down.

They never let us be free, they affect how we relate to others.

BUT our awesome God is waiting to set us free from our hurts.

He is able to help us work through those hurts and how they have affected our lives.

It is a process, but freedom from the hurt is achievable.

We can move forward.

HEALED AND WHOLE:

One day I dug a little hole,
and put my hurt inside
I thought that I could just forget
I'd put it there to hide.
But that little hurt began to grow,
I covered it every day
I couldn't leave it and go on
It seemed the price I had to pay.

My joy was gone,
my heart was sad,
pain was all I knew.
My wounded soul enveloped me
Loving seemed too hard to do.
One day, while standing by my hole,
I cried to God above
And said, "If You are really there,
They say, You're a God of love!"

And just like that,
He was right there,
And just put his arms around me
He wiped away my tears,
his hurting child there was no safer place to be.
I told Him all about my hurt,
I opened up my heart
He listened to each and every word
to every sordid part.

I dug down deep and got my hurt
I brushed the dirt away
And placed it in the Master's hand
and healing came that day.
He took the blackness from my soul
and set my spirit FREE!
Something beautiful began to grow
where the hurt used to be.

And when I look at what has grown
Out of my tears and pain
I remember every day
to give my hurts to GOD
And never bury them again.

Have faith in our loving God.
There is nothing in this world
too big for our LORD

Author Unknown



mAmAzUe

Don't be afraid of making mistakes..Problems? No Problems!!!!!


Peace to all....



An interesting article about LIFE IS GREAT......

Life is so great, full of blessings and opportunities. Live in peace and be happy; regardless of whatever happens to you or around you, no problem!

As long as we live, everybody goes through circumstances; some of these circumstances are called problems by some people. If we think we have problems and that we will live in misery because of them, we are right. If we think the circumstances or challenges we have to face are the result of our erroneous choices and actions and they can be fixed, we also are correct. It is a choice and our attitude is what determines our results; it is entirely up to us. At the end, everything is and will be OK. Your attitude determines how you feel physically and mentally and how successful our lives become.

As long as we visualize life's challenges as bigger than us, we will not be able to overcome them, to grow nor improve. There is no problem in making mistakes, at all. All of us make mistakes, but the real problem is not being aware of them.

Awareness is the first step to solve problems and to progress. We don't have to feel useless, incapable, depressed, or failures when we make mistakes. As a matter of fact, all problems and mistakes are opportunities. We find balance by making mistakes, they give us experiences and the opportunity to improve our lives, they are part of our growth, and they are teaching us that next time we need to do it differently.

Making mistakes doesn't make us useless, incapable, worthless or failures unless we quit. When you have a problem or make a mistake, just get up and keep going; at the end of the tunnel there is always light. Don't be afraid of making mistakes. What really affects your performance are the fears and doubts, and wasting your time thinking about something that already happened.

We all are here to learn, nobody is perfect. Instead of focusing on the problems in the past, focus on the results you want. The more time you spend thinking and doing what you want, the better you feel and the closer you are to accomplishing it. Be confident! Never, never, never hesitate! Mistakes are opportunities in disguise. Making a mistake is only telling us that we need to learn something new, that it is time to change, and change is growth.

In order to grow and reach harmony, life will always put us in the place where we need to be, and as many times as we need, until we learn the lesson. If things are not going the way you want, life, through our problems, is telling us that we need to change our attitude, the way we are thinking, feeling and acting. As Albert Einstein said, "A problem can not be solved with the same mind that created it".

The only way to solve any problem is to be aware of it and understand it. So, if you want all aspects of your life to be in harmony, to change and improve, put yourself in a different environment, in a different mind frame. Educate yourself, learn as much as you can and dare to do new things. Say to yourself, "I am bigger than my problems, fear and doubts, and I have everything it takes to succeed".

Be responsible and become part of the solution. Give and don't depend on others but yourself. Face your life without fear, with confidence and don't run away from your problems, because as long as you don't solve them, they will always be there chasing you; it doesn't matter where you go. If you want to prevent, avoid and be able to solve all your problems, the confused, conflictive and poor person within you needs to die and you have to become a winner, a problems solver.

Love without thinking about it, give the best of you, appreciate what you have, live in peace, smile, and be happy regardless any circumstance.

YOU DESERVE IT!

 

 

 

Better keep the word or never do so.......

We can see a lot of people who give out plenty of offerings and promises with good things. But 90% of these promises will not happen anymore.  People in the other end of-course will be fascinated with the unforgettable offerings. This may shake their normal life too. Sometimes the whole future might be depending on these offers. These promises are like the advertisement of Hell ( Just Kidding :-) )

We can see these types of promises among business people, higher authority of organizations and crooked people like that. But sure this is not the boundary of these promises. We can see it anywhere anytime. :-) .
So what is the reason?? Yes, This is for some personal needs or profitable decisions. Anyway in one or other way profit is the only intension of these offers.

At last what will happen?? Here come the three different eccentric characters.
Some people consider the promises as if they were the curry leaves in curries. They will never turn to the offers and just give up after the specific need that they previously plotted, had happened. They are the very cruel faces who will not give any consideration to human feelings.

Another type will try to keep the promise, but in some point they may not be able to fulfill that. So what they will do is they will give some other offers instead of the one they have given previously. But still there is not a 100% mind to do so. They are a group who bothered about people who feels anything wrong. Gradually they will transfer to a group of people who belongs to the third category.

The third category people are the one who will never face the person to whom they have given the promise. They are cowards without a back bone. They want to get everything but do not want to lose anything. They will utilize others for their own personal benefits and will not give face to them after the fulfillment of their needs. The second category people which I have explained above gradually transforms to this category in the future.

Apparently most of the offerings will not happen in the right time, right place and in the right mode. These are my view points and there may be another face for this discussion like the two sides of a coin. So anyone can discuss their views, thoughts, experience or truths through comments.




hugs & kisses from me...

mAmAzUe.... 

Friday, June 24, 2011

Kebajikan yang tak berakhir......The actions which outlives you.....



Salam to all...these are very important tips for all of us and really, really, really if u follow the actions, they would really outlive u and u'll have a better side of life....do it and remember to do it sincerely and truthfulli...u'll definitely gain from the all the deeds....learn to appreciate and learn to accept the gratitude of others coz all these counts too!!!!



1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.


2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

Donate a wheelchair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.


3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

Share constructive reading material with someone.


4. Bantu mendidik seorang anak.

Help in educating a child.


5. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah.

Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.


6. Berkongsi CD Quran atau Do’a.

Share a dua or Quran CD.


7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

Participate in the building of a mosque.


8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

Place a water cooler in a public place.


9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, Anda dapat hasanah.

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.


10. Khabarkan ilmu ini kpd org lain. Jika orang yg mendpt pesanan ini menjalankan salah satu dari yang di atas, anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.


Insya’Allah.

 MaMaZuE

Sebuah cerita tauladan yang menarik.....

 Assalamualaikum kepada semua.....salam sejahtera....



Memang rasanya tidak berblog ni sebab kesempitan masa.....tp nak jugak share satu cerita pada hari ini...a very good one to teach each and everyone of us about life....it has a good moral & hope everybody boleh dapat impact dari cerita ini.....baca dan renungkan sendiri.....



Alkisahnya, pada suatu hari, ada seorang profesor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu adalah seorang tua yang begitu pendiam. Profesor itu memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun si profesor itu membuat kajiannya. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata dalam hati, "Hmm... Pasti ribut melanda sebentar lagi..."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat," kata profesor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah profesor itu menegur si pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" tanya profesor itu.

"Hampir seumur hidup saya," jawab si pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Seumur hidup kamu?" tanya profesor itu lagi.

"Ya."

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain daripada mendayung sampan?"

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, profssor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25% daripada usia kamu. Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepalanya lagi.

"Kasihan... Kamu dah kehilangan 50% usia kamu. Kamu tahu fizik?" profesor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan... Kamu sudah kehilangan 75% daripada usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan," kata profesor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Profesor dan pendayung sampan itu terpelanting. Sempat pula si pendayung sampan itu bertanya kepada si profesor, "Kamu tahu berenang?"

Profesor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100% nyawa kamu," kata si pendayung sampan sambil berenang menuju ke pantai.

Iktibar Cerita:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya daripada kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri: Untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?



MaMaZuE

Sunday, June 19, 2011

You are wonderful



Everybody knows.....
You can't be all things to all people.
You can't do all things at once.
You can't do all things equally well.
You can't do all things better than everyone else.
Your humanity is showing just like everyone else's.

So.....
You have to find out who you are, and be that.
You have to decide what comes first, and do that.
You have to discover your strengths, and use them.
You have to learn not to compete with others,
Because no one else is in the contest of being YOU.

And then.....
You will have learned to accept your own uniqueness.
You will have learned to set priorities and make decisions.
You will have learned to live with your limitations.
You will have learned to give yourself the respect that is due.
And you'll be a most unique and happy human being.

Always believe.....
That you are a wonderful, unique person.
That you are a once in all history event.
That it's more than a right, it's your duty to be who you are.
That life is not a problem to solve, but a gift to cherish.
And you'll always be able to stay one up on what used to get you down!


mAmAzUe