My Family...My Life

My Family...My Life

Thursday, February 10, 2011

bacalah.....sebagai renungan di hari Jumaat...

 
 
Tanda Islamnya kita ialah kita mendirikan solat lima waktu.
Tanda berimannya kita ialah dalam solat kita khusyu’ menghadapNya.
Kata Allah swt,
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyu’ solatnya” (Al-Mu’minun:1-3).
Kalau orang beriman itu adalah orang yang khusyu’ solatnya, ini bererti orang yang tidak khusyu’ solatnya adalah orang yang TIDAK BERIMAN?!
“Wahai diri apakah  selama ini kita hanya menipu Allah yang kita sudah beriman sedang solat kita tidak menentu khusyu’nya?”
Kata Nabi saw, pahala solat belum tentu kita dapat sepenuhnya. Ia bergantung kepada kualiti solat yang kita lakukannya:
“Sesungguhnya seorang lelaki apabila selesai menunaikan solat,  tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua ” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a..
Tanyalah diri ” Wahai diri, berapalah bahagian pahala  yang kamu dapat setiap kali  solat dan sudah berapa yang terkumpul sepanjang  bertahun-tahun hidup.” Diri tidak bisa menipu lagi kerana dia tahu solat jenis apa yang dipersembahkan pada Allah selama ini.
Astaghfirullahil ‘Azhim…!!
Kata ulama’:
”Khusyu’ itu tidak datang sendiri tetapi perlu diusahakan secara berterusan. Apabila dapat memilikkinya ia adalah lebih baik dari dapat memiliki seisi dunia”
Kita bertanya lagi pada diri, “Wahai diri yang malang, kamu sudah bekerja keras untuk meraih ijazah. Kamu bekerja bermati-matian untuk mendapat pengiktirafan ketua pejabat. Kamu  berusaha kuat untuk memiliki hati orang yang kamu cintai. Kamu bekerja keras untuk membahagiakan keluarga. Tetapi kamu terlupa berusaha untuk mencari yang lebih bernilai dari seisi dunia iaitu membina khusyu’ dalam ibadah. Bukankah ia penentu kualiti hamba jenis apa kamu di mata Allah.“
Berapa banyakkah kita habiskan wang untuk meraih ijazah? Berapa tahunkah kita membina kerjaya dengan pulang ke rumah hingga larut malam? Berapa ribuan jamkah waktu yang sudah kita habiskan untuk semua itu?
Bilakah kali terakhir kita berusaha secara serius membina khusyu’?
Tubna ila ALlah, wa raja’na ila ALlah, wa nadimna ‘ala ma fa’alna.
Bangunlah. Ambillah sejadah dan pakaian solat. Berbisiklah padaNya,
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allllaaah……….kasihilah aku ….sayangilah aku……aku hambamu ya Allah.”
Tundukkan nafsu. Langkahkan kaki dengan tawadhu’ menuju tempat wudhu’. Tumpukan fikiran kepada Allah yang menunggu kehadhiran hati kita. Biarkan roh kita yang sedang dahaga merasa bahagia di saat ini kerana ia terlepas dari himpitan nafsu. Rasakan kelembutan air menyirami jasad kita. Ia bersih dan membersihkan diri dan dosa2 kita.  Air ciptaan Allah yang sangat lembut dan menyegarkan ini boleh saja menjadi ganas apabila membentuk badai. Namun dalam ganas atau lembut ia tetap tunduk dan akur kepada hukum Pencipta. Ia mungkin saja merasa bahagia diambil untuk berwudhu walaupun selepas itu ia akan mengalir dengan kotoran yang lain.
Air bertasbih, lantai batu yang kita pijak juga bertasbih. Darah kita bertasbih serentak dengan denyutan jantung tiada hentinya. Kini mulut kita sama-sama menyebut “Allah”…..maka bertasbihlah segala yang ada di sekeliling kita dalam rentak yang harmoni yang hanya dapat dirasakan oleh jiwa yang khusyu.
Dengan air wudhu yang masih menitik di badan, tangan ditadahkan dan mulut berbisik pada Tuhannya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri)”
Kita melakukannya kerana Rasullah saw. pernah bersabda
“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))
Inilah langkah-langkah menuju khusyu’ dalam solat. Kita tidak tahu apakah ini adalah wudhu yang terakhir dan solat yang terakhir kerana nyawa kita ada dalam genggamanNya. Saidina Abu Bakar akan menggigil badannya di saat2 begini ketika melangkah menuju solat…kita bagaiamana pula?
Berdiri di atas sejadah penuh tawadhu’, bisikkan lagi dengan tenang,
“ALLLLAAAAHU AKBAR…….Allah, Tuhanku, Engkaulah yang Maha Besar, aku hanya insan kerdil datang menghadapkan diri padaMu, terimalah aku”
Allah itu Maha Pengasih, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Kalau kita datang dengan berjalan Dia akan datang dengan berlari……. Kini Dia sedang melihat dengan penuh rahmah walaupun kita tidak melihatNya. Inilah Khaleq yang tidak pernah bosan mendengar curahan hati hambaNya. Semakin kita rasa bergetar semakin mencurah kasihNya.
Ya. Rabb. Tidak mampu kami melakukannya tanpa bantuanMu. Berikanlah kami hati yang sentiasa mencintaiMu. Hati yang mencintai apa yang Engkau cintai. Hati yang menyayangi orang2 yang Engkau sayangi. Jangan biarkan kami sendiri walaupun sesaat tanpa bantuanMu. Usah biarkan hati kami yang lemah ini dikotori oleh nafsu dan iblis sehingga terhijab doa dan rayuan kami kepadaMu.  Ya Ilahi, berkatilah mereka yang membaca tulisan ini moga mereka mendapat kebaikan darinya.
 
 
 

Sekadar renungan di malam Jumaat....


cerita di bawah adalah sekadar renungan buat semua yang sudi membaca di blog ini...seandainya kita sebagai insan biasa mudah lupa dan lalai tentang beberapa perkara...
moral dari cerita di bawah boleh membuka mata dan hati setiap insan....juga termasuk diri ku sendiri yang masih serba kekurangan dalam bab keugamaan..
marilah kita sama-sama berkongsi ilmu di dunia dan di akhirat...



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”.  Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”.  Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.
  1. Aku sedang berhadapan dengan Allah
  2. Syurga di sebelah kananku
  3. Neraka di sebelah kiriku
  4. Malaikat Maut berada di belakangku
  5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
  6. Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sabda Nabi, “Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya”.


FIKIR-FIKIRKAN LAH SEJENAK

WASSALAM.....

Wednesday, February 9, 2011

ANTARA KESEMPATAN DAN PILIHAN






Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik, Itu bukan pilihan, itu kesempatan..
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan..

Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi, bahkan di saat kita menyedari bahwa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap memilih untuk mencintainya..
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan...

Perasaan cinta, simpatik, tertarik, datang sebagai Kesempatan dalam hidup kita..
Tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Allah dan manusia adalah sebuah Pilihan...

Mungkin kesempatan mempertemukan pasangan jiwa kita dengan kita..
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah pilihan yang harus kita pertanggung jawabkan di hadapan Allah dan manusia.

Kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai.. Tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang belum sempurna.. Dengan cara yang sempurna...

Mari BELAJAR mencintai dan menyayangi suami/isteri/pasangan kita yang belum sempurna dengan cara yang sempurna..

Kerana pasangan kita adalah belahan jiwa kita.. Agar jiwa kita pun menjadi sempurna di hadapan Allah.



Selamat mencintai pasangan Anda 





You’ve been in our lives for so many seasons
I’m pouring my heart out for that very reason
I’ve given you life, my husband & friend
Our love affair shall never end
And though our love has been through the fire
You and only you are my true hearts desire
I pray for the man that is paving the way
For our children each and everyday
A man who is…
FEARLESS
A man who’s…
ADMIRABLE, TRUSTWORTHY,
HEROIC, EXCEPTIONALLY RELIABLE
It’s no wonder why God’s on your side
He gave you the strength to father my sons
And even when we don’t know what to say
Your wisdom consistently saves the day
I opened my heart to you, simply to say…
YOU'RE THE BEST HUSBAND & DAD

 

Tuesday, February 8, 2011

NAS GOES TO SAMURA......

NAS GOES TO SAMURA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Alhamdulillah...akhirnya tercapai lah cita-cita anak aku, Muhammad Nasrul Dzaman untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.....7hb. Februari, 2011, mecatitkan sejarah bagi nya...meninggalkan rumah untuk menuntut ilmu di sekolah yang berprestij tinggi itu iaitu Sekolah Menengah Sains Muar....SAMURA


Dari Tingkatan satu lagi dia dah berazam untuk ke Asrama Penuh tetapi gagal untuk memenhi cita-cita itu kerana gagal untuk mendapat 5 A dalam Peperiksaan UPSR pada tahun 2007 kerana mendapat B dalam Bahasa Inggeris...itu memang perkara yang tidak diduga sama sekali kerana dia juga adalah merupakan murid target 5 A di sekolahnya ketika itu.....


Aku masih ingat lagi peristiwa hari semasa dia mengambil keputusan UPSR bersama ku....tangisannya yang tidak henti-henti kerana terlalu kecewa dengan keputusan yang diperolehi....Guru-guru telah memeluknya dan menyuruh dia bersabar dan UPSR bukan penentuan untuk masa hadapannya...Sebagai ibu, aku faham isi hatinya lalu aku mengingatkannya dan menasihatinya bahawa kegagalan ini bukan beerti dia sudah ketandusan masa kerana masih ada 2 lagi peperiksaan besar yang boleh menjamin masa depannya yang lebih cemerlang.


Yang penting, tekad dan usaha yang gigih semasa di alam sekolah menengah kelak...kerana ianya lebih beerti...cuba untuk menggondol kejayaan semasa Peperiksaan PMR pula kerana ia akan dapat membantu untuk mencerahkan warna-warna kehidupan di alam pembelajaran dan penentuan untuk suatu aliran yang akan membentuk suatu azam dan cita-cita kita....


4 A semasa UPSR adalah satu kemenangan bukan kegagalan....Aku sendiri melihat dia bertungkus lumus semasa menghadapi peperiksaan UPSR dulu....mungkin ada kesilapan pada dirinya dan diriku kerana terlalu berharap dan confident dengan keupayaannya....keyakinan yang melampau pun boleh melemaskan diri sendiri....


So, semasa dia berada di Sekolah Menengah, seperti biasa, aku telah menghantar dia ke kelas-kelas tuition yang dikendalikan oleh guru-guru yang berkaliber,..iaitu guru-guru yang tidak pentingkan wang ringgit tetapi kecekalan untuk melihat anak-anak didik mereka mendapat kejayaan yang cemerlang...Latih tubi dan usaha nya yang tidak kenal erti penat siang dan malam untuk menelaah pelajaran telah betuL-betul memberi kesedaran kepada dirinya kerana dia  memang tidak mahu menunjukkan keyakinan yang melampau di atas apa-apa yang telah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan PMR itu....

Nas adalah seorang anak yang rendah diri, rajin dan baik hati...bukan sahaja di rumah tetapi di sekolah...dia cukup terkenal dikalangan guru-guru dan rakan-rakan sehinggakan terdapat guru-guru yang sungguh terharu dengan pemergian nas ke sekolah berasrama penuh...tetapi tidak kurang juga yang memberi galakan dan nasihat yang bernas...

Nas kuat tidur...itulah yang amat digeruni oleh kami semua sekiranya dia berada di asrama nanti...InsyaAllah, ketika berjumpa dengan abang-abang seniornya, mereka sanggup untuk membantu nas agar tidak terlalai ketiduran kelak....kelakar tapi ianya fakta....

Nas amat bertuah kerana mendapat Sekolah Menengah Sains Muar atau SAMURA kerana ia adalah salah sebuah sekolah terbaik di negara ini...dan menjadi sekolah no.1 terbaik di Johor selama 5 tahun berturut-turut di dalam pencapaian SPM...aku sekeluarga mendoakan agar nas dapat mengikuti pembelajaran di sana dan menjadi bertambah tabah dalam melalui kehidupan di sekolah berasrama penuh dengan bimbingan guru-guru yang semuanya cemerlang...aku mendoakan agar nas terus berjaya dan cemerlang di dalam akademik dan aktiviti co-curiculumnya di sana.....aku juga mendoakan agar anak-anak ku yang lain juga bertambah cemerlang di dalam jurusan masing-masing..kasih sayang yang sejati adalah kepada kesemua anak-anak ku...kasih untuk mereka adalah tidak berbelah bagi....sama rata....


AMIN YA RABBAL A' LAMIN......

Saturday, February 5, 2011

BELAJAR LAH UNTUK MELEPASKAN APA YANG MENJADI MILIK KITA…





Sesuatu yang telah diberikan,
kita fikir itu milik kita..
Sesuatu yang telah didapatkan,
kita fikir itu milik kita..
Sesuatu yang diperoleh,
kita fikir itu adalah milik kita..
Semua milik kita, punya kita dan menjadi hak kita.

Tanpa kita sedari begitu kita terpisah darinya
begitu sakit rasanya..
begitu dalam penderitaannya..
begitu besar kehilangannya..
begitu dalam jurang kesedihannya..

Ia datang tanpa diundang..
Ia pun pergi tanpa berbekas..
Ia yang datang dan pergi, semua bukan milik kita
dan tidak perlu kita menderita kerana melekatinya.

Selagi bersama, berbahagialah..
Selagi memiliki, hargailah..
Selagi ada, rasakanlah..

Sewaktu berpisah, kenanglah..
Sewaktu pergi, relakanlah..
Sewaktu kehilangan, lepaskanlah..

Saat jodoh telah berakhir, relakanlah, lepaskanlah. Setiap orang terlahir di dunia ini dengan tangan kosong, "pergi" pun kelak juga tidak akan membawa apa-apa. Ketika peranannya berakhir, sampai di sanalah scenario kehidupannya. Segala sesuatu tidak kekal adanya. Itulah hidup..


sedari lah kita semua apa yang kita lihat adalah milik NYA....
kecantikan alam ini adalah dari NYA....

sedari lah kita kebesaran dan keagungan Allah Subhanahu wataala
nikmatilah apa yang ada di dunia ini sementara masih hidup...
tetapi jangan lah kita lalai akan tanggungjawab kita terhadapNYA...

sekadar renungan dan untuk muhasabah diri sendiri juga
yang serba kekurangan ini.....



Friday, February 4, 2011

farewell BBQ..just between us...DZ's fly



last nite, we had a mini gathering between us...
since, nas will be leaving soon ....

well, those were the best and sweetest moment we had spent together when all of us are in da house...

maybe, after these, we can only meet during the school semester break...and if only the uni's are having the same date break....

sedih campur gembira bile mengenangkan nas nak pergi ke sekolah asrama penuh di muar ni..
everybody felt the same....

Along left the house for the MRSM at an earlier age which was when he was not even 13 years old...
but he survived till he reached the age of 17.....
studying far away from us...

what we wanted was him to be independant and we used to go and visited him although he was in MRSM Besut nor MRSM Kuala Lipis...that strengthened our bond of relationship between the boys and us, the parents....

some parents denied their children studying in the Boarding schools coz some said that they'll grow without their parental love and the relationship within the family would be far apart and jeopardized...

No....it didn't happen to us....the separation makes our love towards him grows even more fonder ...even closer...
Why???

because eventhough he was far away from us, we always made a point to go and visit him often...at least once a month or twice a month...all in the family will join the crowd...I prepared my own food and ate with them ......we had fun eventhough the time was very limited and when we left, there were always tears in our eyes and his....

now, same thing is going to happen to Nas...
we'll definitely be there for him....

No worries, Nas,
we love u so much and we'll support u forever in your studies...

do well, study hard and diligently....
you have got 2 years to settle down and think about your future...

bear in mind...
that nothing of value comes without sacrifices...

to all my children....

always do your best ..
what you plant now, u will harvest later....





Merisik dan bertanya khabar......




"Kami datang hanya nak jalan-jalan dan bertanya khabar " tetapi terkejut jugak bila didapati ada 3 bekas iringan yang dibawa......aduuuuiiii...macam-macam hal....

Aku diberitahu untuk berkumpul di rumah mertua untuk masak-memasak dan makan beramai-ramai sempena hari cuti ini...juga diberitahu terdapat  kumpulan 3 beranak dari Melaka untuk datang jalan-jalan sambil bertanya khabar....salah seorang dari mereka ini adalah rakan adik ipar bongsu ku....wah !!! ini mesti ada maksud yang tersurat dan tersirat  walaupun tidak secara rasmi....

Kami tidak pun menyediakan apa-apa bekas untuk dibalas secara rasmi...niat di hati, datang dan sempena waktu tengah hari, kami ajak makan nasi sahaja lah...


Al maklumlah, dengan musim yang tidak menentu ni, tak adalah hidangan yang istimewa...nak dapat ikan yang fresh pun susah waktu gini...hidangan ringkas kami hanyalah ayam kampung masak lemak cili padi, sayur pucuk paku goreng dan ikan goreng sahajalah nampaknya....

Tidak sempat lah nak menyediakan kuih muih....hanya ada kuih tepung pelita (aku beli), dan kuih akok (aishah beli)...ha ha ha....walau bagaimanapun,,,,meriah lah gak....terutama apabila kebanyakan adik beradik suami ku balik untuk memeriahkan suasana tengah hari jumaat ini....


selepas berborak , bergelak ketawa & berkenal sapa..maka dengan rendah dirinya emak si empunya diri telah memberitahu hajat utama mereka ke sini.....

kan dah kata....memang ada niat untuk menyunting si "mass mek bunga"  ni....
oh..rupanya dah disediakan dengan sebentuk cincin untuk di sarungkan ke jari mass mek bunga...apa-apa aje lah....

mulalah perincangan untuk menetapkan satu tarikh pertunangan antara mereka berdua.....wahhh.....ada jamuan lagi lah ni...apa-apa pun kita tunggu bab yang akan datang.....sebab cerita ini akan bersambung....

sebagai kakak ipar, aku mendoakan agar mass mekbunga ni di tetapkan hati dan perasaan terhadap jejaka idaman nya si jamaludin sahak...
semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga berjaya tiba ke kemuncak nya...
maksud ku ke jinjang pelamin.....



 hanya satu saja peringatan untuk mereka berdua....
walaupun telah kenal berpuluh tahun, selagi tidak tinggal di bawah satu bumbung, selagi itu lah kita tidak mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.....
bersedialah kamu berdua menghadapi masa-masa yang akan datang bersama....
kita hanya merancang, Allah sahajalah yang menentukan......