My Family...My Life

My Family...My Life

Tuesday, February 8, 2011

NAS GOES TO SAMURA......

NAS GOES TO SAMURA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Alhamdulillah...akhirnya tercapai lah cita-cita anak aku, Muhammad Nasrul Dzaman untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.....7hb. Februari, 2011, mecatitkan sejarah bagi nya...meninggalkan rumah untuk menuntut ilmu di sekolah yang berprestij tinggi itu iaitu Sekolah Menengah Sains Muar....SAMURA


Dari Tingkatan satu lagi dia dah berazam untuk ke Asrama Penuh tetapi gagal untuk memenhi cita-cita itu kerana gagal untuk mendapat 5 A dalam Peperiksaan UPSR pada tahun 2007 kerana mendapat B dalam Bahasa Inggeris...itu memang perkara yang tidak diduga sama sekali kerana dia juga adalah merupakan murid target 5 A di sekolahnya ketika itu.....


Aku masih ingat lagi peristiwa hari semasa dia mengambil keputusan UPSR bersama ku....tangisannya yang tidak henti-henti kerana terlalu kecewa dengan keputusan yang diperolehi....Guru-guru telah memeluknya dan menyuruh dia bersabar dan UPSR bukan penentuan untuk masa hadapannya...Sebagai ibu, aku faham isi hatinya lalu aku mengingatkannya dan menasihatinya bahawa kegagalan ini bukan beerti dia sudah ketandusan masa kerana masih ada 2 lagi peperiksaan besar yang boleh menjamin masa depannya yang lebih cemerlang.


Yang penting, tekad dan usaha yang gigih semasa di alam sekolah menengah kelak...kerana ianya lebih beerti...cuba untuk menggondol kejayaan semasa Peperiksaan PMR pula kerana ia akan dapat membantu untuk mencerahkan warna-warna kehidupan di alam pembelajaran dan penentuan untuk suatu aliran yang akan membentuk suatu azam dan cita-cita kita....


4 A semasa UPSR adalah satu kemenangan bukan kegagalan....Aku sendiri melihat dia bertungkus lumus semasa menghadapi peperiksaan UPSR dulu....mungkin ada kesilapan pada dirinya dan diriku kerana terlalu berharap dan confident dengan keupayaannya....keyakinan yang melampau pun boleh melemaskan diri sendiri....


So, semasa dia berada di Sekolah Menengah, seperti biasa, aku telah menghantar dia ke kelas-kelas tuition yang dikendalikan oleh guru-guru yang berkaliber,..iaitu guru-guru yang tidak pentingkan wang ringgit tetapi kecekalan untuk melihat anak-anak didik mereka mendapat kejayaan yang cemerlang...Latih tubi dan usaha nya yang tidak kenal erti penat siang dan malam untuk menelaah pelajaran telah betuL-betul memberi kesedaran kepada dirinya kerana dia  memang tidak mahu menunjukkan keyakinan yang melampau di atas apa-apa yang telah dilakukan untuk menghadapi peperiksaan PMR itu....

Nas adalah seorang anak yang rendah diri, rajin dan baik hati...bukan sahaja di rumah tetapi di sekolah...dia cukup terkenal dikalangan guru-guru dan rakan-rakan sehinggakan terdapat guru-guru yang sungguh terharu dengan pemergian nas ke sekolah berasrama penuh...tetapi tidak kurang juga yang memberi galakan dan nasihat yang bernas...

Nas kuat tidur...itulah yang amat digeruni oleh kami semua sekiranya dia berada di asrama nanti...InsyaAllah, ketika berjumpa dengan abang-abang seniornya, mereka sanggup untuk membantu nas agar tidak terlalai ketiduran kelak....kelakar tapi ianya fakta....

Nas amat bertuah kerana mendapat Sekolah Menengah Sains Muar atau SAMURA kerana ia adalah salah sebuah sekolah terbaik di negara ini...dan menjadi sekolah no.1 terbaik di Johor selama 5 tahun berturut-turut di dalam pencapaian SPM...aku sekeluarga mendoakan agar nas dapat mengikuti pembelajaran di sana dan menjadi bertambah tabah dalam melalui kehidupan di sekolah berasrama penuh dengan bimbingan guru-guru yang semuanya cemerlang...aku mendoakan agar nas terus berjaya dan cemerlang di dalam akademik dan aktiviti co-curiculumnya di sana.....aku juga mendoakan agar anak-anak ku yang lain juga bertambah cemerlang di dalam jurusan masing-masing..kasih sayang yang sejati adalah kepada kesemua anak-anak ku...kasih untuk mereka adalah tidak berbelah bagi....sama rata....


AMIN YA RABBAL A' LAMIN......

No comments:

Post a Comment