My Family...My Life

My Family...My Life

Thursday, January 27, 2011

Malam Jumaat...please read....



Bila sebut jer malam jumaat, semua dok fikir yang bukan-bukan....
dok fikir pasal perkara-perkara sunat untuk dilakukan pada malam Jumaat....terutama kepada yang dah kahwin tu...
Anak-anak pulak amat sensitif bila sebut malam Jumaat....nak mintak tolong tutup pintu pagar pun jadi takut bila teringat malam Jumaat....ngeri...seram sejuk...apa taknya cerita hantu mesti melibatkan malam jumaat...dikatakan hantu selalu berkeliaran pada malam jumaat...betul ker....wallahualam...

Namun demikian, JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah.

Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:


Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)


Membaca surah al-Kahfi.

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)


Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.

Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.

Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.

Antara kepentingannya adalah:


Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam.


Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.

Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.

Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antaranya adalah:


Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk.

Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Dengar lah anak-anak ku sekalian,

Segeralah  ke masjid dengan penuh ketenangan. Tetapi apa yang selalu berlaku adalah kebanyakan umat akan ke masjid pada saat-saat akhir...ada tu sanggup duduk di luar masjid sementara menunggu Imam membaca surat di rakaat pertama , baru lah terhegeh-hegeh masuk masjid....Terdapat juga kalangan yang dok pakai baju melayu tetapi dok melepak atau merempit....mak bapak ingat anak pakai baju melayu pergi sembahyang Jumaat...malangnya dok berkeliaran....

Ingatlah ,mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas akan mendapat pahala berlipat ganda....Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)






Wednesday, January 26, 2011

Life Still Has A Meaning..short but meaningful...

Let's stop and think about what life is...

you have the chance to move on and go ahead move on...

never stop living....

coz when the right time comes.....

we'll automatically be all alone.....

that is when our heart stops beating......





If there is a future there is time for mending-
Time to see your troubles coming to an ending.

Life is never hopeless however great your sorrow-
If you're looking forward to a new tomorrow.

If there is time for wishing then there is time for hoping-
When through doubt and darkness you are blindly groping.

Though the heart be heavy and hurt you may be feeling-
If there is time for praying there is time for healing.

So if through your window there is a new day breaking-
Thank God for the promise, though mind and soul be aching,

If with harvest over there is grain enough for gleaning-
There is a new tomorrow and life still has meaning.





Tuesday, January 25, 2011

Feel the Splendor.....

Hi friends......i just thought of sharing something light and easy before tonite ends...before i start to dream...before i start with a new day tomorrow....hopefulli, we'll be again here tomorrow with Allah's will....insyaAllah.....
 
 
 
There is plenty of time, for there is now and you have it all available to you. There is nothing to regret, for the past is now finished.
 
Any anxiety you feel is only speculation about what has never happened yet. Let go of what is not even real, and give your grateful attention to the opportunity that is now.
 
Elevate your wishes and plans about someday into action you take on this day. Your dreams come to life the moment you begin to move toward them.
 
Fill this moment with effort and purpose, with wonder, kindness, joy and love. You are precisely as rich as you imagine and allow yourself to be, so choose to be extraordinarily rich at all times.
 
Keep yourself grounded in what's truly important. Then you'll have the courage to move gracefully beyond what's familiar and create new value.
 
Right now is when you're gloriously alive, aware and able to feel the incomparable splendor that is life. Remind yourself of all you have, and you'll transform it into even more.



"may tomorow comes in harmony" 



Sunday, January 23, 2011

Silence

Before the nite ends.....this poem is for everyone to read...
try to get its meaning out of it....
nite in peace...and wake up in harmony.......

"The silence speaks to me again
Encouraging me, discoursing me
Shall I, shall I not
Will I, will I not
Is this in inspite of?
On because of the silence?

Did you say something?
I did not hear you
Did I say something?
I think I did
But I do not hear myself even
For I speak into a silence

What did I mean to say?
What did you want to hear?
Shall I say what you want to hear?
Or is it that when I say what I say
You will hear what you want to hear?

Is all this noise the silence and is the silence that
which is really there?
Is it silent because we dont hear?
Inspite of each of us talking?
Can you live with the silence?
When there is nothing but silence within
When you are all alone in the grave?


This poem is about communication, or the lack of
it.
It is about listening or the lack of listening.
It is about feeling alone.
It is about being able to listen to the voice of
guidance from within ourselves.
It is about getting ready for the final silence"




Bisikan Dunia



Tika muazzin melaungkan azan,

Remaja muslim masih berkeliaran,,

Bagaikan laungan kosong tidak bermakna,

Tidak diendahkan pendengar

Solat dikira amalan orang tua,

Dosa dan pahala bukan persoalan,
Betapa ego dan tulinya mereka,

 
Walaupun mengetahui kewajipannya

Tika muazzin melaungkan azan,

Pasangan belia muslim berarakan,

Melintasi sebuah rumah ALLAH,

Menyertai pesta di panggung dan lebuh raya,


Bagaikan ianya adat yang utama,

Mati tak pernah menggerunkan mereka,

Takwa itu sesuatu yang memalukan,

Betapa butanya mereka


Tika muazzin melaungkan azan,

Muslimin-muslimah berpusu-pusu,

Ke pasar malam dan pasaraya,

Menyahut tawaran istimewa,

Bagai itulah waktu afdal berbelanja,

Akhirat begitu jauh di hati mereka,

Iman kian tipis dan pudar,

Betapa alpanya mereka

Semakin canggih penunjuk waktu,

Semakin lantang pembesar suara,

Semakin tersergam rumah-rumah ALLAH,

 
Namun…telah dibutakan,ditulikan oleh

“Bisikan Dunia”.



Kelalaian ini lah yang telah membuat semua golongan manusia lupa

akan tanggungjawab mereka di dunia....

manusia lupa untuk memberi kesyukuran dengan

apa yang telah dikurniakan kepada mereka....

kekayaan, kepandaian dan kecantikan telah menutup pintu hati segolongan manusia ini....

Wallahualam.....



Saturday, January 22, 2011

Pagi Ahad yang penuh kesunyian.....

Assalamualaikum.....

Ahad ini adalah Ahad yang agak sunyi dan tenang....semua anak-anak ke sekolah...suami dengan urusan nya...so, tinggal lah diriku dengan bibik di rumah....masa untuk menulis dan memikirkan apa artikel yang perlu ku cari untuk membimbing diri dan untuk dikongsi bersama....Malam tadi tidur agak lewat kerana melayani anak-anak yang terlalu banyak dengan kerja-kerja sekolah lalu tertidur di bilik mereka.

Pagi ini, setelah menunaikan fardhu Subuh, aku rasa agak keletihan dan terus ke alam mimpi semula dan bangun2, dah pun jam 10.00 pagi....aduiii..begitu lewat sekali hari ini...tetapi ini bukan selalu hanya kadang-kadang pada hari minggu atau hari cuti sahaja....

Apa rancangan ku pada hari ini?  Nak pergi pasar, rasanya dah agak terlalu lewat...lauk basah mungkin ada stok lagi...so, nak masak apa hari ini....itu masalah jugak ni...memang masalah besar bile tibanya hari minggu kerana aku hanya akan memasak pada hari minggu sahaja kerana tidak berkesempatan masa di hari-hari biasa...setiap hari bekerja, aku akan sampai rumah paling awal pun pukul 6.00 petang dan selalunya jam 6.30 petang atau mungkin jam 7.lebih sekiranya perbicaraan kes-kes berlarutan. 

Pada hari-hari biasa, bibik ku ,Umi, akan menyediakan semua makanan untuk pagi, tengahari, petang dan malam.  Hanya pada hari minggu atau pada hari cuti, aku akan ke dapur untuk memasak masakan kegemaran anak-anak ku dan suami ku....Aku agak beruntung kerana mempunyai bibik yang setia duduk bersama ku selama 9 tahun untuk membantu aku dengan kerja-kerja rumah selama ini...Tetapi rasanya, mungkin tidak lama lagi dia juga akan mengundur diri....tidak mungkin untuk selama-lamanya dengan aku.....
Setakat ini, Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah....

Berbalik kepada persoalan nak masak apa hari ni???? Pening sungguh??  Rasanya hari ini, nak masak sup ayam, sambal telur dan sayur sawi goreng ....cukup la kot....Nasib baik jugak semua anak-anak tidak begitu cerewet dengan makanan yang disediakan. ..

Well, mungkin nak cuci kereta pulak lah..kereta macam keluar dari estet dah ni..sbb everyday dok travelling and lalu kat jalan Gebeng tuh ...aduhhhh...habuk tanah merah yang mengotorkan kereta ku...and I am not a person who likes to send my car to the carwash station...I would rather wash it myself...sounds macam rajin jer ek...


Then, mungkin nak kemas bilik study budak-budak ni yang agak bertaburan dan tidak teratur....too many books....too many papers....too many what-nots.....but tak tahu kat mana nak mula....ok lah nanti, i'll think about it....OOOhhh..ada jugak novel2 John Grisham yang masih belum berbaca lagi...maybe i'll start reading my novels again....banyak sangat plan...last2 lepas Zohor, tidok.....lagi lah best...he he he....


Well, everyone, enjoy your sunday and have a nice time with your family and friends!!!!!



Live a Life That Matters....simply beautiful one......

SIMPLY BEAUTIFUL

SIMPLY MEANINGFUL


Live a life that matters

Ready or not, someday it will all come to an end.

There will be no more sunrises, no minutes, hours or days.

All the things you collected, whether treasured or forgotten, will pass to someone else.

Your wealth, fame and temporal power will shrivel to irrelevance.

It will not matter what you owned or what you were owed.

Your grudges, resentments, frustrations, and jealousies will finally disappear.

So, too, your hopes, ambitions, plans, and to-do lists will expire.

The wins and losses that once seemed so important will fade away.

It won't matter where you come from, or on what side of the tracks you lived, at the end.

It won't matter whether you were beautiful or brilliant.

Even your gender and skin colour will be irrelevant.

So what will matter? How will the value of your days be measured?

What will matter is not what you bought, but what you built;

Not what you got but what you gave.

What will matter is not your success, but your significance.

What will matter is not what you learned, but what you taught.

What will matter is every act of integrity, compassion, courage or sacrifice that enriched,

empowered or encouraged others to emulate your example.

What will matter is not your competence, but your character.

What will matter is not how many people you knew, but how many will feel a lasting loss when you're gone.

What will matter are not your memories, but the memories that live in those who loved you.

What will matter is how long you will be remembered, by whom and for what.

Living a life that matters doesn't happen by accident.

It's not a matter of circumstances but of choice.

*Choose to live a life that matters!*


Live simply
Love generously
Care deeply
Speak kindly
Leave the rest to God.......