My Family...My Life

My Family...My Life

Saturday, January 22, 2011

Pagi Ahad yang penuh kesunyian.....

Assalamualaikum.....

Ahad ini adalah Ahad yang agak sunyi dan tenang....semua anak-anak ke sekolah...suami dengan urusan nya...so, tinggal lah diriku dengan bibik di rumah....masa untuk menulis dan memikirkan apa artikel yang perlu ku cari untuk membimbing diri dan untuk dikongsi bersama....Malam tadi tidur agak lewat kerana melayani anak-anak yang terlalu banyak dengan kerja-kerja sekolah lalu tertidur di bilik mereka.

Pagi ini, setelah menunaikan fardhu Subuh, aku rasa agak keletihan dan terus ke alam mimpi semula dan bangun2, dah pun jam 10.00 pagi....aduiii..begitu lewat sekali hari ini...tetapi ini bukan selalu hanya kadang-kadang pada hari minggu atau hari cuti sahaja....

Apa rancangan ku pada hari ini?  Nak pergi pasar, rasanya dah agak terlalu lewat...lauk basah mungkin ada stok lagi...so, nak masak apa hari ini....itu masalah jugak ni...memang masalah besar bile tibanya hari minggu kerana aku hanya akan memasak pada hari minggu sahaja kerana tidak berkesempatan masa di hari-hari biasa...setiap hari bekerja, aku akan sampai rumah paling awal pun pukul 6.00 petang dan selalunya jam 6.30 petang atau mungkin jam 7.lebih sekiranya perbicaraan kes-kes berlarutan. 

Pada hari-hari biasa, bibik ku ,Umi, akan menyediakan semua makanan untuk pagi, tengahari, petang dan malam.  Hanya pada hari minggu atau pada hari cuti, aku akan ke dapur untuk memasak masakan kegemaran anak-anak ku dan suami ku....Aku agak beruntung kerana mempunyai bibik yang setia duduk bersama ku selama 9 tahun untuk membantu aku dengan kerja-kerja rumah selama ini...Tetapi rasanya, mungkin tidak lama lagi dia juga akan mengundur diri....tidak mungkin untuk selama-lamanya dengan aku.....
Setakat ini, Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah....

Berbalik kepada persoalan nak masak apa hari ni???? Pening sungguh??  Rasanya hari ini, nak masak sup ayam, sambal telur dan sayur sawi goreng ....cukup la kot....Nasib baik jugak semua anak-anak tidak begitu cerewet dengan makanan yang disediakan. ..

Well, mungkin nak cuci kereta pulak lah..kereta macam keluar dari estet dah ni..sbb everyday dok travelling and lalu kat jalan Gebeng tuh ...aduhhhh...habuk tanah merah yang mengotorkan kereta ku...and I am not a person who likes to send my car to the carwash station...I would rather wash it myself...sounds macam rajin jer ek...


Then, mungkin nak kemas bilik study budak-budak ni yang agak bertaburan dan tidak teratur....too many books....too many papers....too many what-nots.....but tak tahu kat mana nak mula....ok lah nanti, i'll think about it....OOOhhh..ada jugak novel2 John Grisham yang masih belum berbaca lagi...maybe i'll start reading my novels again....banyak sangat plan...last2 lepas Zohor, tidok.....lagi lah best...he he he....


Well, everyone, enjoy your sunday and have a nice time with your family and friends!!!!!



2 comments:

  1. Hi K.Zu ..ur writing makes me feel happy & alive .. keep it up & I'll be right here waiting for ur stories. U ended with some menu which give me an idea what to cook ..thks

    ReplyDelete
  2. tq very much......i'll give u more recipes for u to try...u better try the "apple crumble"..it's easy and finger licking good...try yer....

    ReplyDelete