My Family...My Life

My Family...My Life

Friday, January 14, 2011

saat dahi tidak lagi menyentuh sejadahNYA...........

 saat dahi tidak lagi menyentuh sejadahNYA........... 

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia..... .

Assalam Mu'alaikum Wbrth!

Sudah Bersediakah Kita Semua Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah diri kita sebelum kita dimandikan!
Berwudhu'lah kita sebelum kita diwudhu'kan!
Bersolatlah kita sebelum kita disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih ....

Selepas itu jasad kita akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat
dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud kita yang telah luput?

Sungguh tertipulah diri kita jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru diriku dan sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah diri kita ke tikar Solat....
Sebelum kita diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah diri kita ke masjid....
Sebelum kita diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosa kita di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah diri kita sebelum kita disucikan!
Sedarlah kita sebelum kita disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kita sebelum kita ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!  > Beristighfarlah kita sebelum kita diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kita berada....
Kita tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!


Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggil kita buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kita dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kita insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usul kitayang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkat kita ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirnya kita bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!


' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'

No comments:

Post a Comment