Salam ceria hari Sabtu.....and a good saturday morning to all friends and families.....
"Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
Mentatoo lengan seperti orang
Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke
Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .
WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.
Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.
Segala yang baik datangnya dari Allah Azza Wa Jalla, segala yang kurang baik adalah dari kelemahan diri saya sendiri......
Wassalam......
No comments:
Post a Comment