My Family...My Life

My Family...My Life

Tuesday, February 15, 2011

I like this story......spare some of yr time to read this...





I just love it when someone passes me something via an email...so incredibly touching . If you don’t get affected by this consider yourself heartless. This is the best message for those of us who are too busy to notice life under our noses.


Tis the season to recognize, be aware and to make a difference in someone’s life – who will you bless with inspiration?
Happy reading and may you be touched by this as I was….






A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: 'I am blind, please help.' There were only a few coins in the hat.




A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words. 


Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, 'Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?'

The man said, 'I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.'
What he had written was: 'Today is a beautiful day and I cannot see it.' 


Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?

Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.

Invite others towards good with wisdom. Live life with no excuse and love with no regrets. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.


Great men say, 'Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness.... In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.'

The most beautiful thing is to see a person smiling...
And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!

May God bless you abundantly today and forever and ever....





for reading the story......


....MaMaZuE... 



Monday, February 14, 2011

Comel betul si Adam.......

Assalamualaikum.....





Hari ini, anak saudara sebelah suami ku Musa nak datang bersama isterinya Afida dan akan membawa bersama anak mereka, Adam....

Untuk meraikan kedatangan mereka, aku pun puas jugak memikirkan apa yang nak dihidangkan kepada mereka...mula-mula ingat nak masak mee bandun tetapi rasanya takut tulang dan daging tidak dapat yang fresh kat pasar hari ini...lagipun nak tunggu rebusan tulang dan daging akan memakan masa yang agak lama...so fikir punya fikir , akhirnya aku masak lontong dengan nasi empet bersama sambal ikan bilis...enak gak kan.....

Mereka sampai lebih kurang jam 12.00 tengah hari..sukanya aku tengok si Adam yang begitu ceria dan langsung tidak dengar pun suara dia merengek atau menangis....happy sentiasa macam ibu dan ayah nya...

Adam langsung tidak takut dengan kehadiran semua orang..dia akan sentiasa tersenyum dan melompat-lompat kegembiraan bila diagah dan di panggil....gerammnya kat Adam...sesuai betul dengan namanya yang ringkas....


Actualli, seronok tengok Musa dan Afidah yang sentiasa mesra dan manja walaupun dengan kehadiran Adam sebagai pelengkap rumahtangga....Memang they are meant for each other....insyaAllah...



So, sambil dia orang  menikmati hidangan masakan lontong , Adam di jaga oleh Kak Umi ...kami terus berbual-bual dan berborak-borak dan langsung tidak kedengaran suara Adam..rupanya si Adam telah tertidur dalam pelukan dan genggaman kak Umi...bestnya...senang betul budak ni...langsung tidak meragam atau membuat ibu dan ayah nya gelisah....Alhamdulillah...memang Adam seorang anak yang baik dan comel.....

Di doakan agar Adam menjadi seorang anak yang baik, soleh dan beriman di samping ibu bapa tercinta....semoga Adam mendapat adik-adik yang semacam Adam gak....


Semoga Musa dan Afida berbahagia dan ceria sokmo.....


~~~~~~********~~~~~~~~
 



10 surah mujarab dari Rasulullah.....baca dan hayatinya...






 Assalamualaikum kepada semua....semoga mendapat sedikit ilmu dari post hari ini...



1. Surah Al-Fatihah
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. Surah Yaasin
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. Surah At-Dhuhan
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. Surah Al-Waqi'ah
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. Surah Al-Khauthar
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. Surah Al-Khaafiruun
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. Surah Al-Mulk
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. Surah Al-Ikhlas
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya:
"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. Surah Al-Falaq
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. Surah An-Nas
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

Surah An-Nas ini juga adalah surah penerang hati. 


Sempena Hari Maulidur Rasul ini, berdoalah kita kepada Allah yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Penyayang agar di beri ketaqwaan dan keyakinan di dalam menjalani ibadah-ibadah dalam kehidupan sseharian..Beramal lah kita demi untuk kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat...berselawat lah kita memuji kebesaran Nabi Muhammad Salallahualaihi wassalam...Semoga dengan apa yang diposkan di blog ini dapat memberi kita petunjuk ke jalan yang lebih baik dari jalan-jalan yang telah kita tempuhi sepanjang zaman ini...Jadilah Nabi Muhammad S.A.W. sebagai idola sejati dan mengamalkan apa-apa yang boleh, mungkin tidak dapat kesempurnaan sepertinya tetapi mungkin dapat memperbaiki kekurangan diri yang ada...





MaMaZuE