My Family...My Life

My Family...My Life

Monday, February 14, 2011

so malam ni, berbanyak lah berselawat...jgn dok karoke pulak ye...

Assalamu’alaikum…




Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 56:

Al-Ahzab 33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Sidang pembaca yang dimuliakan,

Tarikh hari ini ialah 12 Rabiul Awal 1431H. Pada hari ini, 1431tahun yang lalu, junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan di dunia ini. Maha suci Allah, Nabi kita dilahirkan di Mekah, beberapa bulan selepas ayahnya Abdullah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Ibu baginda Aminah meninggal ketika beliau masih kecil. Saya percaya semua kita mengaku kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. tetapi kalau ditanya sejauh mana kita mengenali baginda, mungkin ramai juga yang terdiam dan memikir-mikir apa yang dia tahu tentang Nabi junjungan kita ini.

Bersempena dengan hari yang mulia ini, marilah, dalam tazkirah yang sekejap ini, kita sama-sama cuba mengenang dan mengingati seorang manusia agung, yang penuh kebijaksanaan, yang memiliki keperibadian unggul, yang sangat pemaaf, yang sangat penyantun, yang sentiasa bersedia membantu manusia, yang hidupnya yang amat sederhana namun kemuliaan hatinya meruntun hati manusia kepadanya. Tidak dapatlah kita sebutkan semua kelebihannya di sini. Walaupun begitu, saya akan cuba menyebutkan beberapa petikan ayat al-Quran berkenaan nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. antaranya:
Al-Anbiya’ 21:107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.


Pembaca sekalian, Rasulullah s.a.w diutuskan untuk menyampaikan risalah Islam. Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah telah menjadi penyuluh, panduan hidup kepada seluruh umat manusia. Sekiranya manusia mengikuti semua panduan ini dan berpegang teguh kepada syariat, dia akan beroleh ‘al-falah’ atau kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam yang dibawa oleh baginda s.a.w adalah rahmat bagi sekalian alam. Agama Islam bukan untuk kawasan-kawasan tertentu, bukan untuk golongan atau bangsa-bangsa tertentu, bukan untuk warna kulit tertentu tapi untuk seluruh alam. Rahmat dan keadilannya meliputi seluruh kehidupan.
Dalam surah Saba’ ayat 28 Allah berfirman:

Saba 34:28. Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Rakan-rakan ku sekalian,
bukankah telah sampai kepada kita seruan ini? Bukankah utusan Allah yang mulia ini telah menyampaikan kepada kita berita-berita gembira buat orang beriman dan amaran2 kepada orang yang ingkar? Adakah kita telah menerima dan melaksanakannya? Ataupun kita tidak peduli sebagaimana yang disebutkan dalam akhir ayat tadi bahawa – kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu. Disana ada dua jalan, jalan kebaikan dan jalan keburukan. Yang mana satu yang telah kita pilih?

Rasulullah s.a.w. juga menjadi contoh ikutan terbaik dan tiada tolok bandingnya. Tidak perlulah kita umat Islam mencari-cari idola atau role model yang lain dalam hidup ini, apalah ertinya idola yang lain itu jika hendak dibandingkan dengan keperibadian agung yang mana mencontohinya dijanjikan pahala.
Al-Qalam 68:4. Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.
Pengiktirafan daripada Allah, tuhan sekalian alam, pencipta kita terhadap keperibadian dan akhlak baginda s.a.w tidakkah cukup untuk kita meletakkan baginda di tempat teratas sebagai ikutan kita? 

Oleh yang demikian, pendengar sekalian, sama-samalah kita memurnikan kembali kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. Jadikanlah baginda contoh ikutan dalam kehidupan kita sehari-hari. Pelajarilah sirah iaitu perjalanan hidup baginda, supaya kita lebih mengenalinya dan lebih mencintai baginda hari demi hari. Baginda s.a.w sangat mengasihi umatnya sehingga disebut-sebut sebelum wafatnya. Tidak malukah kita untuk mengakui diri ini sebagai umat Muhammad, sedang hidup kita ini sentiasa meminggirkan sunnahnya, asing dengan akhlak yang ditunjukkannya, lupa pada pesan-pesanannya. Semoga tazkirah ini mendatangkan manfaat kepada kita bersama. 

Wabillahi taufiq wal hidayah…..




Just stop and smile for a while......







A young Law student, having failed his Law exam, goes up to his crusty old professor, who is renowned for his razor-sharp legal mind.

Student: "Sir, do you really understand everything about this subject?"
 
Professor: "Actually, I probably do. Otherwise I wouldn't be a professor, would I?"
 
Student: "OK. So I’d like to ask you a question.  If you can give me the correct answer, I will accept my marks as it is. If you can't give me the correct answer, however, you'll have to give me an "A".
 
Professor: "Hmmmm, alright. So what’s the question?"
 
Student: "What is legal but not logical, logical but not legal, and neither logical nor legal? "
 
The professor wracks his famous brain, but just can't crack the answer. Finally he gives up and changes the student's failing mark into an "A" as agreed, and the student goes away, very pleased.
 
The professor continues to wrack his brain over the question all afternoon, but still can’t get the answer. So finally he calls in a group of his brightest students and tells them he has a really, really tough question to answer: "What is 
legal but not logical, logical but not legal, and neither logical nor legal? "
 
To the professor's surprise (and embarrassment), all the students immediately raise their hands. 
 
"All right" says the professor and asks his favourite student to answer. 
 
"It's quite easy, sir" says the student "You see, you are 75 years old and married to a 30 year old woman, which is legal, but not logical. Your wife has a 22 year old lover, which is logical, but not legal. And your wife's lover failed his exam but you've just given him an "A", which is  neither legal, nor logical !!!!!!"

 
MaMaZuE

Sunday, February 13, 2011

menjelang maulidur rasul.......

HAYATILAH KISAH MAULIDURRASUL 

Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tampil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagi kudan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
>
>Wahai Ali, bagi

itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. 


Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”
Untuk menjadikan kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera sangat memerlukann manusia-manusia seperti itu. Dalam keadaan apa sekalipun, dia akan membuat yang terbaik; apa pun peranan dan tugas yang diberikannya, dia akan menjadi manusia dan keadaan di sekelilingnya menjadi bahagia dan sejahtera.
Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah.
Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)
Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin, contohnya seperti ini:
Hinggap di tempat yang bersih dan menghirup apa hanya yang bersih sahaja.
Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.
Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:

Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

Mengeluarkan yang bersih.
Siapa yang tidak tahu madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Lebah sangat kaya dengan kebaikan,sedangkan dari organ tubuh pada binatang lain, mereka hanya mengeluarkan sesuatu yang menjijikan.

Begitu juga seorang mukmin, kita haruslah menjadi manusia yang produktif dengan kebaikan. “
Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan (khair), supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.


Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.

Tidak pernah merosakkan.
Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

Bekerja keras
Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras?
“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7)
Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan.


Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan

Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman. 


“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)


Terima kasih kerana telah melawati blog ini dan menghayati selengkar kisah-kisah Nabi Junjungan kita Muhammad kekasih Allah semoga dapat membimbing kita ke jalan yang benar dan seterusnya mendorong kita kepada segala kebaikan di dunia dan akhirat....semoga kita mendapat hikmah dan hidayah dalam menjalani kehidupan di dunia yang serba canggih dan penuh dengan liku-liku yang berduri ini...semoga kita lebih tabah dalam mengharungi ombak-ombak kehidupan dengan penuh keyakinan dan ketabahan...





“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”


Assalamualaikum kawan-kawan semua,


Semalam pergi tengok nas  kat SAMURA, sebab nak lepaskan rindu walaupun baru seminggu berpisah dengan nya....setiap hari, sekiranya di rumah, nas adalah anak yang paling rajin, "humble", "obliging" dan he'll always smile & tidak pernah mengeluh apabila di suruh membuat sesuatu...rupanya perkara ini pun berlaku di sekolah-sekolah nya dahulu...dia selalu mendampingi guru-guru di bilik guru untuk membantu mereka atau berborak kosong dengan guru-gurunya...

Syukur, Alhamdulillah, nas memang amat gembira berada di SAMURA...tiada sedikitpun masalah yang dihadapinya di sana malah menganggap semua rakan-rakan senior dan baru adalah seperti sebuah famili...dia sungguh menghormati senior-seniornya  dan mengagumi kelebihan dan kecekalan mereka.

Walaupun sessi pembelajaran masih belum bermula kerana baru habis dengan minggu orientasi, nas telah pun merasakan kehangatan untuk belajar di dunia baru ini dengan penuh semangat yang berkobar-kobar...

I salute nas for that kind of spirit....eventhough he has some worries about the challenges he''ll be facing over there in the coming days....but i know nas, he can do it but must be supported and guided esp by his senior brothers and wonderful teachers out there...

He told us that he's joining GAMELAN, RUGBY AND TENNIS for his co curriculum and games...wow...marvellous...very enthusiastic!!  By joining GAMELAN and being active in it, he will have the opportunity to follow the school trip within Malaysia and overseas....that's great and that's his dreams.....he says he will try to manage his time well there as studies for his next year 's SPM will definitely be in mind....

Another thing about his cheerfulness yesterday, was that he managed to get no. 3 for the "Kejohanan Merentas Desa 2011" for the school...Surprisingly......dia bagi point kat rumah "sarjana"..hebat gak..sama hebat menandingi abang dia, si Acik (Land Rover) for being a champion in school rentas desa this year and continously every year and now is representing the daerah and later for the negeri....Acik is a runner from his primary school days till today....thumbs up to my dear achik too and he had collected a number of medals...same goes to nas.....


We reached muar about noon and spent our time together wandering in Muar town, eating, shopping and talking with him for several hours and left him at about 5.00 pm....he was so bubbly and full of excitement meeting us yesterday....well, maybe we'll come again around end of the month and try to bring his other brothers along.....none of them could follow us yesterday coz of them schooling, classes and too busy with their study chores.....never mind, there are other days ahead of us....














 MaMaZuE