My Family...My Life

My Family...My Life

Monday, April 4, 2011

WHY???????

Hi there......


A very interesting topic to talk about....WHY??? A very common question & we may be using this "why" everyday in our life....

Have you ever asked why? Why do I feel like this? Why am I this way? Why do I have to deal with this? Why do people treat me this way? Why am I here?

I know I’ve asked these question and many others a number of times throughout my short lifetime. In fact, some of these questions are ones I think about every single day. “Why do I feel like this?” is one that frequents my thoughts. Every move I make, even if it’s reaching to the table next to me for a drink, results in aching and shooting pain. “Why do I feel like this?” “Why is it fair?” “Why can’t I be a normal person?” “Why did this have to turn my life upside down?”

I feel pain every day, always feeling sick, and it’s hard for people to understand. I can’t live my life the way I use to; I can barely leave the house. And I always stay by myself in my room, hurting. I can’t be in school, I have trouble doing any of the things I use to do, and I lie awake at nights for hours aching all over. Why? I always ask why. Why me? I can’t live my life so why am I here? My life, my dreams, have been put on hold. I have trouble seeing any future. And I keep asking why.

I miss my old life, the activities I used to do. I miss choir, singing every week; I miss my friends and seeing them as often as I used to. I miss relief from pain.

But even though this plagues my mind every day, I just need to remember one thing: I am here for a reason. We are all here for a reason. We were each made the way we are because this was the way it was supposed to be, no matter what obstacles we encounter. When I think these things now, I always try to think this.

There is a reason I feel this way. Maybe I was put on Earth like this to write, write about how I feel and be here for those who feel the same way. Maybe I’m here to help other not feel alone as I have so many times. Is that why?

Writing is slowly healing me. Even though it can’t take away all the pain, it can take my mind away from it. It can bring a joy to my heart, the joy that went missing a few years back. And the thought that maybe, just maybe, I’m helping others out there makes everything better, makes everything fall into place for me. My life can be a jumbled mess but writing sorts it out. And I can pour each and every one of my feelings into my words, easing the burden of holding it inside.

We were all put here for a reason, no matter what you think. We just need to find that reason, and we all will one day. Each one of us is an essential piece of the puzzle that makes up our world. If one goes missing, the world is never whole. We are more important than we know. And next time you begin to wonder why, tell yourself that. Part of life is finding what we were all put here to do. Remind yourself that whatever it is that feels like a burden on your life is a key part of making you whole and making you who you are and there’s always at least one person out there who understands.

MaMaZuE

Sunday, April 3, 2011

oooopppsss dah 23 tahun rupa-rupanya.....


this song "for the longest time" by Billy Joel that had brought us 2gether till this day....

Assalamualaikum to all... & Salam Sejahtera...
Alhamudulillah dan bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia nya..dapat kita bersama dengan entri pada hari ini...iaitu pada 3hb April, 2011
Alhamdulillah dan aku sungguh berasa amat bersyukur juga kerana pada hari ini genaplah usia perkahwinan ku 23 tahun


Agak lama juga usia perkahwinan ini kerana anak yang sulung pun telah menjangkau umur 21 tahun ...

Kejayaan sampai ke usia ini amatlah dibanggakan tetapi semua ini juga adalah berkat kasihsayang, kesabaran, keyakinan, keredhaan dan kesefahaman yang ditanam pada diri kami yang mengikat tali perkahwinan ini supaya menjadi kukuh sekukuhnya
Segala badai , segala permasalahan , segala pertelingkahan, segala gangguan syaitan, segala bencana yang telah berlaku, kami anggap ianya sebagai pengajaran,sebagai ikhtibar, sebagai panduan, sebagai dorongan, sebagai kekuatan untuk menjadi pasangan yang bahagia hingga kini dan selama-lamanya

Kami merasakan sepanjang 23 tahun perkahwinan, ini kami telah tidak melakukan apa-apa pembaziran dalam kehidupan membina sebuah rumahtangga kerana telah dikurniakan dengan 5 orang jejaka perkasa untuk menyeri dan seterusnya berbakti kepada kami berdua...

OOHh....tanpa anak perempuan , kami tidak juga menghadapi masalah....tiada apa yang patut dirungutkan kerana rasanya anak-anak lelaki kami juga pandai mengemas rumah, pandai memasak, pandai membasuh baju, pandai serba serbi....hasil didikan kami berdua....well, it's not that easy but it pays....

Di masa-masa akan datang, kami berserah kepada Allah Subhanahuwata'ala ...
semoga  mereka sentiasa mengingati kami sebagaimana kami mengingati mereka
semoga mereka sentiasa menghargai kami sebagaimana kami menghargai mereka,
semoga mereka sentiasa berkasih sayang di antara mereka sebagaimana kami memberi kasih sayang yang sejati dan tanpa berbelah bagi, sama rata kepada mereka,
Semoga mereka mejadi anak-anak soleh, sebagaimana kami telah pupuk kan hal-hal kegamaan kepada mereka...

InsyaAllah, Allah mengetahui segala-galanya, semoga doa-doa kami di makmulkan dan semoga perhubungan kami dieratkan...

Redha dengan apa yang ada...
Redha dengan kepayahan yang diberikan
Redha di atas segala-galanya....

Tiada perkahwinan yang tiada persengketaan....
Malah  setiap persengketaan telah mengajar kami tentang erti sebuah kehidupan.....

Harta dan wang ringgit tidak menjadi ukuran
tetapi kehidupan  dalam kesederhanaan , kepercayaan dan kesabaran adalah
kunci segala-galanya...


ALHAMDULILLAH....




......hasilnya....


as long as we have memories...

Yesterday remains...

as long as we have hope...

Tomorrow awaits..


as long as we have LOVE....

EACH DAY IS NEVER A WASTE....


mAmAzUe

Friday, April 1, 2011

Sifat Anak Derhaka Terhadap Ibu Bapa......


Assalamualaikum.....pagi ini terasa macam nak tulis pasal anak derhaka....Nauzubillah..mintak-mintak kita dijauhkan dari menjadi anak derhaka dan sentiasa memohon kepada Allah Subhanahu wataala, supaya anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan semoga mereka boleh mengawal diri mereka agar tidak terpesong dari keimaman yang telah kita lentur sejak dari kecil lagi....

Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.
Tetapi ada juga anak-anak yang lupa daratan, mereka ini adalah tergolong dari anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.
Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya adalah anak-anak yang tidak mahu berbuat bakti terhadap ibu bapa mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah ingat bahawa kalau tidak kerana ibu bapa mereka, mereka tidak akan lahir di dunia ini.
Oleh itu anda harus ingat kalau tidak kerana ibu bapa anda tidak akan mengecapi hidup yang senang lenang, seperti yang anda hadapi sekarang ini. Kalau tidak kerana penat jerihnya anda tidak akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi.
Tidak guna anda berilmu setinggi langit, jika anda tidak dapat membahagiakan ibu bapa anda sebagaimana dia membahagiakan anda semasa anda memerlukan perlindungan darinya.
Sebenarnya ibu bapa itu bukan mahu disanjung-sanjung setinggi langit atau didukung sebagaimana dia mendukung anda semasa kecil atau disuap nasi ke mulutnya, sebagaimana dia menyuapkan anda semasa kecil lagi. Tetapi sudah cukup anda menghormatinya dengan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap dirinya ketika mereka memerlukan.
Ibu bapa memang mudah berkecil hati jika anda mengeluarkan kata-kata yang kasar terhadapnya, oleh itu jagalah lidah anda jangan sampai terlanjur berkata kasar terhadapnya. Berlemah lembutlah terhadap mereka, walaupun anda tidak setuju dengan sikap mereka. Berunding dengan baik dalam suasana yang jernih akan dapat satu penelitian yang jujur terhadap apa yang dimusykillan.
Jangan anda tidak setuju terhadap ibu bapa anda terus berkeras dan membentak-bentak, ini durhaka namanya. Anak durhaka tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda.
Lantaran jasa orang tua anda tidak akan dapat anda balas, walau sebanyak mana anda memberi perhatian terhadap mereka. Pengorbanan mereka terlalu besar terhadap anda. Mengapa anda tidak boleh memberi kelapangan kepadanya ? Jika rezaki anda melimpah ruah, anda jangan bakhil membiayainya sedapat mungkin yang boleh. Kerana kekayaan atau rezaki yang anda perolehi itu adalah hasil usahanya juga untuk memberi anda hidup dan berilmu.
Kawallah diri anda untuk menjadi insan yang berguna dan tidak durhaka kepada orang tua anda. Jika tidak kerana mereka anda tidak akan bernafas serta ketawa untuk hari ini. Jika anda membelakangi orang tua bererti anda membelakangi apa yang disuruh oleh Allah SWT.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w...
“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” - Riwayat Bukhari.

 Sungguh sayu rasa hati ini apabila melihat semula iklan raya petronas ni.....menitis air mata , jika anak atau menantu memperlakukan kita sebegini apabila kita dah tua nanti....Aku pernah melalui saat-saat indah menjaga kedua-dua ibu bapa angkat yang telah membesarkan aku....Arwah bapa ku telah pun terlalu uzur ketika kami membawa dia pulang ke rumah kami  tetapi aku dan suami telah menjaganya dan ibu sehingga mereka menghembuskan nafas terakhir mereka di kediaman kami. Aku berasa amat bersyukur kerana telah mengurniakan aku seorang suami yang telah membenarkan aku membawa ibu bapa ku yang telah tua dan uzur untuk tinggal bersama kami. Aku juga bersyukur kerana semasa itu, kami telah pun mempunyai "umi" yang menjaga ibu bapa ku dengan  penuh kasih sayang dan menganggap mereka seperti ibubapanya sendiri... Dia telah menguruskan mereka semasa ketiadaan kami.... Sekarang ini sudah lebih kurang 7 tahun bapa ku pergi dan 2 tahun pemergian ibu....Walaupun mereka bukan ibubapa kandungku tetapi aku rasa puas kerana telah dapat memelihara mereka semasa mereka tua dan uzur... hanya dengan cara itu sahaja aku dapat membalas jasa-jasa mereka......lagipun mereka memang tidak mempunyai anak-anak lain selain dari diri ku...Mereka adalah bapa dan ibu saudaraku yang telah mengambilku sejak aku berumur beberapa hari......Arwah abah adalah abang sulung kepada ibu kandungku....dan arwah ibu kandungku adalah adik bongsunya....Semoga roh-roh mereka di cucuri rahmat dan diletakkan di samping orang-orang yang beriman.....Kita hanya mampu berusaha dan berdoa dan hanya Allah sahaja lah yang dapat menentukan masa depan kita sebagai orang tua kelak!!!!


MaMaZuE



KISAH AYAT SERIBU DINAR



Ayat Seribu Dinar sering dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan perlindungan diri. Bagaimanakah ayat ini boleh dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar?


Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir a.s. Dalam mimpi tersebut, Nabi Khaidhir a.s. memerintahkan pedagang tersebut untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama, pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi tersebut adalah mimpi yang benar. Atas keyakinan tersebut, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khaidhir a.s. sekali lagi. Kali ini, Nabi Khaidhir mengajarkan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Sejak itu, pedagang tersebut sentiasa mengamalkan ayat berkenaan.

Setelah beberapa lama, pedagang tersebut berlayar merentasi laut untuk pergi berdagang di tempat yang jauh. Dalam pelayaran tersebut, kapal pedagang tersebut dilanda taufan yang sangat dahsyat. Pedagang tersebut hanya mampu bertawakkal kepada Allah s.w.t. sambil membaca ayat yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir a.s. dengan tidak berhenti-henti. Taufan itu sama sekali memusnahkan kapal tersebut menyebabkan kesemua penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut. Apabila taufan itu telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang sama sekali tidak rosak. Pedagang itu mengucapkan syukur ke hadhrat Allah dan menginsafi fadhilat ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Pedagang tersebut meneruskan aktiviti perdagangannya dengan penduduk negeri tersebut sambil terus mengamalkan membaca ayat 2-3 Surah At-Talaq tersebut, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya yang menyebabkan ayat yang diajar oleh Nabi Khaidhir a.s. itu digelar ayat 1000 dinar.

Sama-sama lah kita mengamalkan ayat 1000 dinar ini agar kita dimurahkan rezeki...diberikan rezeki yang halal ...serta mendapat fadhilat dari ayat ini...INSYAALLAH.....




MaMaZuE


Thursday, March 31, 2011

Di sebalik April Fools' Day....

Esok 1 hb April.......
Banyak orang kita terutamanya yang beragama Islam sekarang ni bila tiba 1 April, ada saja benda nakal nak dibuat untuk mengenakan orang. Kononnya 1 April ialah April Fools' Day. Dan kononnya juga hari ni adalah hari yang diperuntukkan untuk membuat perkara-perkara nakal.

Kepada korang yang fikir macam tu, kepala hotak ko aku nak cakap! Korang tu yang "fool". Korang tau tak sejarah di sebalik "hari bengong' ni? Kalau tak tahu, meh aku bagitau supaya korang tau apa sebabnya kita tak boleh sambut April Fool.

Sebenarnya, April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!

Jadi sebagai pesanan akhir, "Tolong jangan sambut April Fool!"


MaMaZuE

Wednesday, March 30, 2011

SMS yg amat menyentuh hati ini....



Assalamualaikum semua..

I'd not been updating my blog for 2 days as time had been quite tight up lately...
Today, something has inspired me to write....just because of an sms which i received from my so called "anak angkat" who is now working as a Legal Assistant in Seremban...& whom i had not met for about a year or so.....

Her sms had brought me into tears...touched by those simple words which was sent 2 me....it was as follows :

"Salam aunty,i always read ur blog..hope everything will be ok..u r a strong woman..i'll try to be like u...tqah syg aunty macam mak tqah sendiri....." 

She is actually a very kind,helpful, loving person with a background full of histories...She had sufferred in her life due to family destruction...She is a bright girl but due to the obstacles faced by her during her school life, she had only managed to take up a diploma in law in one of the local universities. She would really wanted to pursue her studies but she was not financially equipped to do so...I managed to help her out during her diploma studies as i, too have my own obligations but  she managed to get thru it...despite the pain and sorrows which she had to go thru during her studies at that time...I had always given her the courage to move on in times of her difficulties..she always cried upon  my shoulders and told me how she missed the love of a mother...I shared my experiences with her and she notified that she love me so much....OOOOhhh..i missed her  a lot coz she is also a very strong girl  with strong spirit ....There is something special about her  that makes me and my husband will always remember her forever in our life...that "something" is something which i just could not reveal it here.....

She is a girl with strong heart...she has to look after her grandparents whereby her grandfather is now paralized, her kid sister and a kid brother (both comes from different father ) and a sickly mum...
Nevertheless, she has a father but married with 2 or 3 other wives & stayed somewhere else.......OMG...she is really strong..and i just can't imagine how she survives now where she has to bear everything for the family....She is now in charge of the family...
My doa for u.......
 
"Ya Allah, Ya Tuhanku, berikan lah dia kekuatan dan ketabahan untuk melalui segala dugaan dalam menempuhi kehidupan yang begitu penuh dengan ranjau berduri ini..Amin
.
Ya Allah, Ya Tuhanku, rahmatilah dan berkatilah dirinya dan keluarganya dan aku memohon kepada Mu Ya Allah agar dia mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat...Amin

Ya Allah, Ya Tuhanku, murahkan rezekinya dan berikanlah dia ketakwaan dan keyakinan dan semoga dia di pimpin ke jalan yang benar......."  Amin

 No matter how hard life is, we should be very thankful for what had been to showered to us ....

To my dearest girl...& to all the strong women and all the women of strength out there....this is specially dedicated to all of u...



A strong woman works out every day to keep her body in shape ...
but a woman of strength kneels in prayer to keep her soul in shape...
A strong woman isn't afraid of anything ...
but a woman of strength shows courage in the midst of her fear...
A strong woman won't let anyone get the best of her ...
but a woman of strength gives the best of her to everyone...
A strong woman makes mistakes and avoids the same in the future...
a woman of strength realizes life's mistakes can also be God's blessings and capitalizes on them...
A strong woman walks sure footedly ...
but a woman of strength knows God will catch her when she falls...
A strong woman wears the look of confidence on her face ...
but a woman of strength wears grace...
A strong woman has faith that she is strong enough for the journey ...
but a woman of strength has faith that it is in the journey that she will become strong...



 MaMaZuE


Sunday, March 27, 2011

Masa itu Emas....

Assalamualaikum semua.....



Hari ini, rasa macam nak cakap pasal masa .  Masa yang sesungguhnya amat berharga pada setiap insan di muka bumi ini. Terutama di hujung minggu, sepatutnya aku duduk berehat dan bersantai sahaja kerana masa-masa lain terutama waktu bekerja adalah terlalu padat dan amat kekurangan masa untuk merehatkan minda.  Tetapi aku duduk kat rumah ni menghabiskan kerja-kerja pejabat yang mungkin tidak dapat diselesaikan pada waktu pejabat yang terlalu suntuk terutama apabila terikat masa di dalam "open court" untuk membantu di dalam pendengaran kes.  Aku bukan lah seorang dato' hakim tetapi kami adalah merupakan seseorang yang penting untuk berada bersama di dalam sesuatu prosiding Mahkamah. Akibatnya kerja-kerja lain menjadi tertangguh dan akan berhimpun seperti gunung ganang yang tinggi. If nak perkatakan mengenai kerja ini, memang lah tidak akan ada akhirnya. Setiap hari, ada sahaja yang baru...

Terkadang masa yang ada sesakali tidak dimanfaatkan, kadang masa pergi dengan begitu sahaja, walau pepatah cukup petah membicarakan, masa itu emas.

Pepatah mengatakan lagi

" Masa itu seperti pedang, jika kita tak memotongnya ia akan memotong kita"

Mengapa saya berbicara tentang masa???

Kerana masa inilah yang sedang berjalan, tidak akan sesekali mengundur. Segala apa yang telah berlalu, tidak mungkin dapat dikembalikan walau sesaat. Dengan sepenuh hati, setulus jiwa ingin mengukir kata-kata sebagai permata, walau ia tidak berkilau dalam hati semuanya.

Masa inilah yang sedang membawa saya menulis coretan ini, kerana kehadirannya amat berharga walau sesaat. 24 jam itu dimiliki oleh semua orang, kitalah yang selayak mengaturnya. Apakah ia dijalan kebaikan atau sebaliknya. 24 jam yang diberi ALLAH ini dalam sehari adalah kita hargai. Soroti lah apa yang kita sedang lakukan dalam 24 jam ini.

Manfaatnya banyak atau sedikit???(Pertanyaan untuk diri ini juga)

 
Berapa potong ayat AL-Quran yang kita baca sehari?? seimbangkah ia..

 
Kembali ke negeri abadi kelak, 24 jam ini yang akan ditanya,Apakah yang telah kita habiskan dengan masa? ALLAH....

Mungkin sejajar arus modenisasi, kemajuan juga serba serbi. Jadi masa mungkin lebih singkat. Kadang2 leka bergym, kadang2 berfacebook,kadang2 berblog ,dan juga banyak lagi kadang2 yang merintis kemungkinan tentang masa itu.

Tak mengapa, tak salah semua itu, tapi sekali lagi cuba kita hayati manfaatnya banyak atau sedikit?? banyak memberi kebaikan atau keburukan?




Sensitiflah tentang masa, masa emas itu perlulah kita nilainya dengan nilai yang paling berharga.

Bagi pelajar, ramai terlepas hantar assgment kerana masa itu...
Bagi pekerja, ramai yang lewat datang kerja kerana masa itu...
Bagi manusia ramai yang melewatkan menunaikan amanah TUHAN kerana masa itu...

Kerana masa itu..ramai yang mungkin boleh terlepas segala2nya. Mungkin juga nyawa dengan izinNYA. Tak ingin mencoret panjang, kerana ia mungkin perkataan yang berulang2.

KERANA MASA ITU...


~Sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak yang melalaikan~

P/s : Seutama2 pesanan ini untuk diri ini.