My Family...My Life

My Family...My Life

Thursday, March 17, 2011

Perihal pengkebumian jenazah...

Assalamualaikum to all...

Sempena malam jumaat ini, marilah kita hayati artikel inspiratif yang saya dapat dari email seorang teman 

Perihal pengkebumian jenazah....

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir
selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang saya nak
utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara
khususnya di US, ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal
di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk di bawa ke tempat lain, misalnya ke kampungnya. Banyak antara kita berbuat begitu.
Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu
tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat.
Jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut
untuk dikebumikan di Kelantan, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak
ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!)..

Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan
beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia
dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak
melakukan maksiat, pada saat kematian pun mayat itu dipaksa
melanggar perintah Allah.

Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan
ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya
bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia
adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya.. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kesihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah. Bila nak bawa balik ke Malaysia , maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum
mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini
suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu di bawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu
difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.
Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam kubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada
ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi.. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan di mana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.


Hal ini sama lah dengan apa yang telah berlaku pada arwah ibu dan bapa ku yang telah bertahun-tahun duduk di Muar Johor tetapi akhirnya kedua-dua jenazah mereka dikuburkan di Kemaman, Terengganu….
Kita hanya dapat merancang hanya Allah sahaja yang dapat menentukannya..


wallahua'lam...







Dunia dan akhirat itu umpama
Rumput dan padi
Tanam padi,rumput kan tumbuh jua
Tetapi tanam rumput, takkan tertumbuhnya padi,
Begitulah jua dunia dan akhirat,
Kejar akhirat, dunia akan dapat bersama,
Kejar dunia, hanya lah dunia semata-mata….

MaMaZuE 

Wednesday, March 16, 2011

This is my story...this is my song...please listen to it....

 


I found a new favourite song. Its called 'Its your love' by Tim Mcgraw and Faith Hill. Its by no means new but only newly discovered by me. I must have been hiding under my rock whilst this song became famous.

Here it is....

The words in this song pierce my soul. They are so true. This is THE song. That one that you would play every time you think about that person or that kind of love. If you were to pick a wedding song, this would be it. Songs have a way to make you dance to a tune that your soul never thought you had. The words pierce you and you feel what the song makes you feel. That's a powerful force, a song.

'Oh it's a beautiful thing don't think I can keep it all in
I just gotta let you know what it is that won't let me go'

Those words put teardrops in my throat as I reminisced over the selfless heart who put time into knowing me. The endless days of waiting and wondering if I'd come, the no.of times he must have been too exhausted to come see to me but he did. I don't know how you know when you love someone. I do know that the fruit of that other person's love will always be obvious. It will always cause you to respond in a positive way. And women respond always, to something. Either to a man's uncommital ways or his genuine love for you. Lets not talk about the number of things he's done publicly to show me that he cares. All those people watching and he could care less. He'll spot me across a packed room because he chooses to look for me. Never because he had to. Always, because he wanted to. If truth be told, I keep responding to the way he reaches out to me more than anything else. I hope he never stops doing that or never stops making me feel safe.

 I wrote this piece to remind myself of how blessed I am that he loves so unselfishly.When it comes to our abilities, his is so obviously great that when you will feel slightly overwhelmed at what you can actually do next to him. He literally can do anything, Personally, I've never struggled with that. I've always felt glad to not compete with him in any way. I don't ever need to.

Its never easy to deal with affairs of the heart. I chose a little while ago to keep choosing love. Not because I have to or because I'm immune to having my feelings hurt. I choose to love because there is someone on the other side of this love who's loving me and that love wont let me go.

We all have a song in our hearts. We can choose to give voice to it or not. We can choose to sing to the Blue's permanently or we can dance to the sound of Pop vibrantly or perhaps we can gently whisper a hymn to calm the soul. We decide though when to sing and how. As much as we would like to think that other people control our circumstances, its actually not entirely true. No one can control your heart which dictates how to feel about a particular issue.

This is my story, this is my song. 


MaMaZuE

Happy Working to all....

Assalamualaikum and peace to all....



Hari khamis dah ni...mesti ramai tertunggu hari jumaat dan selepas itu hari minggu.....bekerjalah ya bagi yang sedang bekerja tu..i cuti-cuti hari ini dan esok setelah berhempas pulas dalam minggu yang sangat membosankan...terkurung dalam Open Court sambil mendengar kes Jenayah sek.39B yang boleh membawa seseorang itu ke tali gantung....

Memang 3 hari tu memenatkan dan membosankan, terutama apabila when the hearing of this drug case had turned to be a "Class of Bahasa Melayu"....aduuiiiii....bab "penutup kata....& pembuka kata", huruf dalam kurungan atau dalam bulatan, titik, koma semua menjadi isu yang besar....boring giler!!!! Lagi boring bila peguam dok ulang2 soalan yang sama dan menekan saksi supaya menjawab mengikut kehendaknya.....ntah apa2 lah yang disoal..muakk betul....

Betul lah dia dia ditugaskan untuk membela anakguamnya...betul lah jugak dia diberi amanat untuk menyelamatkan anakguamnya..betul lah yang dia juga perlu berhati-hati dalam pembelaannya tetapi adakalanya ia menghabiskan masa sahaja dan perbicaraan ini akan mengambik masa yang agak lama untuk berakhir....what ever it is..he has to proof his case....so he had tried his very best and looked for the loopholes from the prosecution....

Memang betul, setiap yang dihadapkan di Mahkamah tidak semestinya bersalah...The Court too has to be fair in justice....so we have no choice....

Sebab ke kes ini, semua kerja2 lain terbengkalai, mana list harian dan mingguan nak disediakan, mana nota prosiding melalui sistem CRT untuk dihabiskan....dan 2 assignment ini lah yang memerlukan masa untuk penyediaan,mana nak update diary lagi...

Sibuknya la aku minggu ni...partner sorang cuti pulak...so, hr ni and esok, aku cuti pulak..nasib lah korang....kerja-kerja dah dibereskan but left with one that i need to bring some homework...insyaAllah, I will get it done b4 the wkend ends....

Dok kat rumah pun, masih banyak kerja-kerja yang perlu dilangsaikan....4 of my sons are at home except for one who is still struggling for his matriculation final at UITM Kuantan....kesian si angah...anyway, we are planning to meet him 2moro night....maybe dinner with all of them....best jugak tu....

Sory la bagi kengkawan yang sibuk memanjang kat ofis tu....kerja lah denganpenuh semangat....
penat aku yang berulang alik hari hari ni x habis lagi....campur dengan kerja2 yang melambak tu..nak tunggu memang x kan habis lah.......

ok lah....nak sambung relax kan diri ...he he he


Sambil-sambil bersantai tu, meh dengar lagu ni..it's one of my favourites....


After all, life is WONDERFUL, ISN'T IT!!!

 MaMaZuE

Penyakit kedekut......


Assalamualaikum to all friends...sebelum baca artikel ini...dengar-dengar lah lagu yang indah ini....supaya ia tidak membosankan...he he he

Dalam kehidupan kita mesti kita akan berjumpa dengan orang yang kedekut. Sifat kedekut boleh dilihat di dalam diri individu sama ada sengaja atau tidak sengaja walaupun kita tidak mengenali seseorang itu. Kalau sudah lama mengenali orang itu of course la kita tahu. Kadang-kadang kita akan berfikir..dia ini kedekut ke atau berjimat cermat. Aku tak kisah la kalau orang itu nak berjimat tapi kalau berjimat pau duit orang, macam mana tu? Contohnya masa nak beli makanan dia akan kata berjimat tapi makanan kawan-kawan dia sapu sampai licin tapi beli benda lain boleh. Itukah dinamakan berjimat? 

Tapi sebenarnya kedekut!! Aku tak kisahla kalau mereka ini jenis kedekut ke apa..tapi jangan nak mengepau orang je!! Ini jenis apa pun aku tak tahu.. Contohnya, kita duduk bersama empat orang housemate..kita dah pakat nak share duit untuk barang-barang dapur seperti beras, lauk dan sebagainya tapi ada seorang hamba Allah ini say " aku tak nak share la, aku suka makan dekat luar..korang je la share" tapi cakap tak serupa bikin, time housemate dia makan. dialah nombor 1 ada dekat meja makan dan makan macam gergasi..semua dia makan. Bila tegur dia kata lain tapi makan kemuntahdarah. Pada aku orang macam ini memang tak faham bahasa. Elok halau keluar je..Tapi ini contoh jela..adaptasi dari cerita-cerita rakyat pada masa kini.

Tapi ini ada satu kisah tauladan. Ada seorang lelaki itu sudah tua sebaya dengan arwah bapa aku (masa tu la) tapi masih bujang lagi. Kenapa dia bujang? aku pun tak tahu tapi cerita ini mungkin salah satu sebab kenapa dia bujang. Bukannya tak ada perempuan nak..banyak tapi dia ini sangat cerewet. kalau dia itu bagus tak apa tapi banyak sanggat kurang. Bukan aku nak mengata tapi ini adalah kenyataan. Dia ini pelat..dia bercakap macam budak-budak yang baru nak bercakap tapi itu bukan lah ukurannya janji hati baik..dan seperti aku cakap tadi bukannya tak ada orang nak..ada... Tapi itu bukan sebabnya .mungkin sebabnya..Ada la orang nak carikan jodoh untuk dia, dia setujula..then dia jumpa la girl ini dan maknya masa dia keluar pergi pekan..so girl ini dengan maknya ajaklah berbincang pasal hal kahwin ni..mereka ajak pergi makan ke KFC sebab privacy la sikit...lelaki itu tadi terus bagitahu orang yang cadangkan mereka kahwin ini nak reject terus perempuan itu sebab dia ingat perempuan itu nak pau dia sebab ajak makan kat KFC..dia boleh kata belum kahwin lagi dah ajak pergi KFC..kalau dah kahwin lagi la teruk!!..

patutla dia tak kahwin lagi sebab KEDEKUT..bila arwah ayah aku cerita hal ini perihal kawan dia ini..i say teruknya..kedekut nak mampus..hahaha...patutla sampai tua tak kahwin-kahwin. Kepada perempuan itu..bagus anda tidak berkahwin dengan orang macam ini nanti merana hidup.Pada aku, KFC apa la sangat..aku yang gaji sikit ni pun boleh belanja kawan-kawan..setakat puluh-puluh ringgit itu bukan banyak..anggap sahaja bersedekah..ingat satu barang kita sedekah..10 barang akan kita dapat kelak..takkan jatuh miskin kalau kita bersedekah.

Aku ini bukan la jenis kedekut tapi tak suka orang yang kedekut dan berkira tapi menyusahkan orang lain seperti suka mengepau-gepau..kalau give and take tak apa tapi kalau asyik nak take je susahla. Kalau dia memang hidup susah tak apa tapi benda lain boleh beli tapi makanan dan minuman amat berkira..sanggup ikat perut dan pau hak orang lain..wei nak berjimat agak-agak la wei tapi jangan nak mengenakan orang lain je.

Aku ini pulak makanan dan minuman memang tak ada nak jimat sangat. Aku tak rela mengikat perut. Kalau memang tak ada langsung itu lain cerita la. Orang kata selagi boleh makan ..go on je..nanti kalau dah terlantar sakit dan dah tua macam-macam kena pantang tapi kena la jaga kesihatan.. Aku ni pula jenis berkira kalau orang itu pun berkira..Contohnya, kalau pergi mana-mana asyik aku je belanja dan engkau kedekut nak mampus next time aku pun buat tak kisah je la...kena la berkira..takkan jadi bodoh nak kena buli je!! so kena la give and take. Pada aku kalau orang asyik belanja aku je..terasa segan la pula..nanti next time aku mesti kena belanja dia barulah hidup harmoni. Begitu juga kalau hidup berjiran..kalau asyik jiran je bagi makanan dekat kita takkan kita tak  ada hati nak balas balik makanan dekat dia walaupun tak minta dibalas. Pada pandangan aku kita perlu saling beri memberi atau give and take. Walaupun ia macam minta balasan sebenarnya ia penting sebagai tanda kehidupan. Tapi kena ikhlas la. Macam orang kata kena la mengenang jasa orang sebagai tanda hidup.

Mungkin benda macam ini mak bapak tak ajar masa azali lagi so anak-anak bila dah besar tau tahu nak berbudi. Kalau kita tak dapat balas budi orang pun kita kena la berbahasa. Bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa. Tapi kalau orang dah berbudi dengan kita tapi kita tak tahu berbahasa dengan orang pun susah juga. Orang ini memang jenis tak berakal walaupun ada otak..Orang lain dah berpenat-penat demi dia tapi bila dah senang, buat tak kenal tapi time susah semua nak minta tolong..hanjing punya peragai. Ini spesies tak tahu bersyukur dan tak tahu berterima kasih. Just tahu manadah dan meminta-minta je.

“Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang meminta-minta”. (Riwayat Al-Bukhari)
 MaMaZuE

Sunday, March 13, 2011

Semoga peristiwa gempabumi boleh mengegarkan jiwa....





Fenomena gempa bumi telah berlaku sejak ribuan tahun dahulu lagi, namun akhir-akhir ini kekerapan berlakunya gempa bumi ini menggambarkan betapa sudah tuanya bumi yang kita diami ini.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi di negara Jepun...dan juga New Zealand....Boleh dikatakan pada setiap tahun, dunia akan bergegar dengan masalah gempa bumi, tanah runtuh, gurung berapi meletup, banjir besar dan macam-macam lagi bencana.....

Allah S.W.T telah mengingatkan kita akan sebuah gempa bumi yang maha dahsyat yang akan berlaku sebagai kemuncak kepada gempa-gempa yang semakin kerap akhir-akhir ini juga sebagai penutup kepada kehidupan dunia yang fana ini:

Surah Al-Zalzalah (THE EARTHQUAKE)- Gempa bumi

Ayat 1
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(When the Earth is shaken to her (utmost) convulsion,)

Ayat 2
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
(And the Earth throws up her burdens (from within),)



Ayat 3
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
(And man cries (distressed): `What is the matter with her?')

Apakah punca semakin kerapnya berlaku gempa bumi ini? adakah faktor bumi itu sudah tua dan semakin tidak stabil? Apakah penjelasan saintifik bagi fenomena ini? Allah S.W.T telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah dengan sebab tangan-tangan manusia sendiri yang merosakkannya sedangkan kita sudah menggalas amanah sebagai khalifah menjaga seisi bumi ini dan timbulnya bencana-bencana alam ini adalah kerana Allah ingin menunjukkan akibat dan balasan hasil kerja kerosakan manusia itu sendiri supaya kita menginsafinya sepertimana firmannya dalam surah Ar-ruum:

Ayat 41
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Mischief has appeared on land and sea because of (the meed) that the hands of men have earned, that ((Allah)) may give them a taste of some of their deeds: in order that they may turn back (from Evil).)


 tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Kesan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Maha Hebat Allah S.W.T yang telah menciptakan langit dan bumi dengan fungsi yang tersendiri, bahkan Allah menciptakan gunung-ganang dan bukit bukau sebagai pasak bumi yang memegang kuat bumi ini supaya lebih stabil dan kukuh. Allah berfirman dalam surah Luqman:

Ayat 10
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

(He created the heavens without any pillars that ye can see; He set on the earth mountains standing firm lest it should shake with you; and He scattered through it beasts of all kinds. We send down rain from the sky and produce on the earth every kind of noble creature, in pairs.)


Allah turut berfirman dalam surah An-Nazi'at ayat 32:


Ayat 32
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
(
And the mountains hath He firmly fixed)


Maha Suci Allah S.W.T yang telah menjadikan gunung-ganang dan bukit-bukau sebagai pendulum yang menyerap hayunan atau goncangan kesan dari gempa bumi yang berlaku, dan gunung-ganang ini bertindak ibarat pancang besi yang ditanam dalam-dalam bagi mengukuhkan binaan sebuah bangunan. Gunung-ganang yang terpasak ke dalam bumi sehingga ke garisan-garisan sesar gempa bumi bertindak secara natural dengan menyerap hayunan lalu merendahkan frekuensi gegaran yang berlaku.

 Teori pendulum ini telah digunapakai oleh ramai jurutera pembinaan bangunan tinggi bagi menyerap hayunan dan gegaran yang berlaku dalam sesebuah bangunan pencakar langit. Antara yang termasyhur ialah bangunan Taipei 101 yang menggantung sebuah bola pendulum di tengah-tengah puncak bangunan tersebut bagi menyerap hayunan sekiranya berlaku gempa bumi atau gegaran akibat tiupan angin taufan.

Pendulum dalam bangunan Taipei 101
Bola pendulum gergasi dalam bangunan Taipei 101
Namun amat malang sekali bagi manusia yang pandai memanipulasi teknologi ini tetapi dalam masa yang sama telah melenyapkan sebilangan besar pendulum gergasi bagi menyerap hayunan yang berlaku dalam bumi iaitulah gunung-ganang dan bukit-bukau. Hari demi hari, gunung-ganang dan bukit-bukau ditarah dan dipotong bagi mendapatkan hasil mineralnya, atau untuk tujuan pembangunan kawasan baru, kawasan perumahan elit, pembalakan dan sebagainya.

Kerosakan dari tangan-tangan manusia

Maka tidak hairanlah akhir-akhir ini, semakin kerap berlakunya gegaran gempa bumi dan semakin tidak berdaya bumi untuk menyerap gegaran tersebut serta meneutralkannya kembali. Bahkan tidak mustahil negara yang tidak berada dalam garis sesar gunung berapi dan gempa bumi seperti Malaysia pun boleh menerima nasib yang sama seperti Padang sekiranya gunung dan bukit bukau kita terus di tarah dan di runtuhkan. (nauzubillahi min zaalik).

Terimalah akibat dari perbuatan kita sendiri yang merosakkan bumi ciptaan Allah dan sedar tak sedar kita semua sedang menuju kehancuran total menjelang hari kiamat nanti sebagai kemuncak hasil kerosakan yang telah kita lakukan ke atas muka bumi.


Filem box-office 2012 yang sedang hangat di pawagam kini turut menggambarkan kemusnahan bumi akibat kombinasi bencana alam termasuk super gempa bumi. Namun tidak sepatutnya kita mempercayai filem tersebut sebagai gambaran sebenar berlakunya kiamat kerana turut digambarkan ada di antara mereka yang terselamat dari bencana tersebut dan cuba membina kehidupan dan meneruskan survival kewujudan manusia, sedangkan menurut Al-Quran, apabila berlakunya kiamat, tiada masa lagi untuk menyelamatkan orang lain, bahkan semua manusia sibuk menyelamatkan diri masing-masing dan pastinya tiada seorang pun yang terselamat.

“(Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”
(Al-Qaari’ah : 4-5)

"Bagi seorang yang beriman pencarian tentang bila berlakunya hari kiamat adalah merupakan kerja sia-sia, malah ia boleh membawa kepada kesesatan akidah. Justeru apabila Nabi s.a.w ditanya oleh Jibril a.s tentang bila berlakunya kiamat, Baginda menjawab: “Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya. Kerana baginda s.a.w hanya dimaklumkan tentang tanda-tandanya sahaja”. Tarikh berlakunya kiamat hanya menjadi rahsia Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa." -ohislam.com

Gambaran bala bencana besar ini juga menurut mereka, diambil dari kalendar puak Maya, sedangkan Al-Quran telah menjelaskan kejadian Kiamat ini dengan lebih jelas dan berulang kali. Juga sudah menjadi kebiasaan pihak barat membikin filem yang menggambarkan mereka boleh selamat dari apa jua perkara hatta melawan kekuasaan Tuhan. Poster yang menggambarkan planet-planet ibarat pendulum yang berlaga turut menggambarkan tangan makhluk asing yang mencetuskannya, sekali lagi mahu menafikan fenomena bencana ini adalah dari hakikat kekuasan Allah.

Walaupun begitu, adalah baik sekiranya dengan melihat keadaan kehancuran bumi dari filem ini membuatkan kita berasa insaf dan ingat bahawa suatu masa nanti pasti juga bumi akan musnah dan tiada siapa di dalam dunia ini yang akan terselamat. Alangkah baiknya jika filem ini dapat dikaitkan dengan surah Az-Zalzalah, At-takwir, Al-insyiqaq dan banyak lagi surah dari Al-Quran, bukannya kalendar ramalan puak Maya. Pastinya seluruh dunia akan menyedari bahawa "We were warned" yang menjadi tagline filem tersebut bukanlah amaran dari ramalan kalendar Maya tersebut namun Amaran dari pencipta Dunia ini iaitu Allah yang Maha Kuasa. Apakan daya, filem sehebat ini bukan dihasilkan oleh umat Islam.

Walaupun Al-Quran dan sunnah sendiri tidak pernah menyatakan secara spesifik tarikh berlakunya kiamat namun wajib ke atas kita mempercayai bahawa kiamat pasti terjadi dan pastinya hari demi hari dunia semakin hampir dengan kemusnahannya yang total.


Bumi menangis

Kalau di zaman Nabi kita lebih 1400 tahun dulu dalam peristiwa Isra' dan Mikraj sudah digambarkan bumi ini ibarat si tua berbongkok tiga, maka hari ini mungkin bumi yang sudah berusia 4.6 billion tahun (menurut kajian sains) sudah pasti menjadi si tua yang nazak dan menunggu saat kematiannya.

MaMaZuE