My Family...My Life

My Family...My Life

Monday, May 23, 2016


Assalamualaikum & Good Morning to all,

A new day begins with a smile

Every Morning would be a fresh start to every one

No hush no rush

Every steps begin with a pace


Yess, another day with another part of life

Spend it wisely as we have been given the chance to live another day

A chance that we can spare with all of our beloved ones

create a memorable moment where we can cherish it  in the end



Of Course, we need to dream for success

what matters is success 

and not failure

we try and sometimes it becomes and error 

but that doesn't mean that we failed

do remember that practice makes perfect that encounters success



LOVE U ALL

mAmA zUe

24052016


Sunday, May 22, 2016

Assalamualaikum wbt and a very good morning to all ....

This article was drafted long ago and i had missed this to be published.....

There are so many things that happened in all these years...many obstacles that we should face before we end up our life.  Too many things in mind to think about what is going to happen in the coming years.  due to all the hardships that our family is facing, we are fortunate for being so patient and close to each other to ease all the pain .. we all need to be supportive to each other, talk to each other and think about how to solve all the problem.

Sometimes, when we get crushed up with all the difficulties as they came abruptly in one short, one after another, we get so frustrated.  To my believe, every problems can be solved but it definitely takes time.  Then, there we need patience.  Being patient and always believe in faith can ease the pain. 

To my believe too, that everything happens, happens for a reason.  There must be a solid reason why these obstacles happen in our life.  The path to our destination is not always a straight one. We go down the wrong road, we get lost, we turn back. Maybe it doesn’t matter which road we embark on. Maybe what matters is that we embark.”

“Out of clutter, find simplicity. From discord, find harmony. In the middle of difficulty lies opportunity.”

“Life is not discovery of fate; it is continuous creation of future, through choices of thoughts, feelings and actions in the present.”

Time is the coin of your life. It is the only coin you have, and only you can determine how it will be spent. Be careful lest you let other people spend it for you

I think the purpose of life is to be useful, to be responsible, to be honorable, to be compassionate. It is, after all, to matter: to count, to stand for something, to have made some difference that you lived at all.”








~~ALWAYS BE HAPPY~~~


Love,

MaMa ZuE 

22052016
Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia to all,

Wow.....it has been years since i last wrote here in my blog.. i had been very very busy and time has been so tight up...no time to sit down and write...that's it..nothing much that i could say although there are so many things to write about my life all these while...

Alhamdulillah, till to date, 2 of my sons are married and i have a grandson who is so adorable from my eldest son.  My eldest son got married on 14th February 2014 to a beautiful lady, Khairunnisha bte Ismail who is also a mum to my adorable grandosn....





A beautiful wedding reception held in KL and as well as in Kemaman, Terengganu ~ ~

Got to take off now and i would continue later ~ ~

Love ,

Mama Zue.....





Sunday, December 29, 2013

Assalamualaikum semua....

dah lama tak menulis....tapi hari ini rasa macam nak menulis pulak terutama selepas musibah yang berlaku di Kuantan dan Pahang.  BANJIR....Memang dah sampai ke musimnya tp memang tidak disangka bahawa ianya berlaku dengan sebegitu cepat dan begitu dahsyat sekali.

Pemanduan balik dari tempat kerja pada hari selasa lepas amat tidak dapat dilupakan terutama sekali apabila terpaksa mengharungi air sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Kemaman....memang berdoa dan berdoa agar kereta ku tidak sangkut di mana-mana bahagian jalan.....sungguh mengerikan tetapi aku nekad untuk meneruskan juga pemanduan tanpa menghiraukan keadaan air yang semakin banyak di atas jalan...

Aku sangat bersyukur kepada Mu kerana telah menyelamatkan aku dan keluarga pada waktu tersebut..  Alhamdulillah semua berjalan dengan mudah.  Bekalan letrik langsung tidak terputus walaupun begitu bekalan air telah terputus dalam waktu yang singkat sahaja... Alhamdulillah juga kerana kami sekeluarga bersatu dalam keadaan getir ini.  Semua anak2 ku dari Bukit Besi, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Pekan telah bersatu hati untuk balik menemui aku yang tinggal bersama-sama dengan anak bongsu kerana suami pula sibuk membuka kedai perabutnya untuk memberi perlindungan kepada beberapa orang rakan yang terkandas dalam banjir dan yang telah hilang hartabenda keseluruhannya semasa banjir tersebut.


Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )


mama zue

Saturday, October 6, 2012

LoNg TiMe No HeAr

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh to all....





sesungguhnyer dah lama sungguh x update status kat blog ni tetapi hari ini tiba2 terpanggil untuk menulis setelah sekian lama x berblogging...rasanyer entri terakhir aku adalah pada bulan Julai 2011..

Perggghhhh memang dah lama...

terlalu banyak perkara yang dah berlaku dari tahun lepas hingga ke 2012....tahun 2012 pula dah semakin hampir tamat....ini pun dah masuk bulan Oktober...

Masa berjalan dengan begitu pantas..sepantas kilat...hari berganti hari..bulan berganti bulan dan dalam masa 2 bulan lagi kita akan berganti tahun pula...umur semakn meningkat dan masih tidak tahu samada amal ibadat kita sudah mencukupi tak sebelum menemui noktah kehidupan...

setiap hari kita melalui masa 24 jam dan hanya masa berehat hanya lah selama 6 jam sahaja iaitu semasa waktu kita tido...itupun kalau tido awal...masa selebihnya kita berada di pejabat, masa berulang alik ke tempat kerja (if macam aku ni 2 jam dah terbuang begitu saja kerana being on the road), masa beribadat dan masa untuk makan serta minum...
kalau during waktu bekerja ni memang tiada istilah "REHAT"....

hujung minggu pulak, kadang2 kena bawak balik kerja yang x berhabisan kat ofis ke rumah...tp actualli..masa tu lah nak g marketing, beli barang dapur, nak masak untuk yang tersayang dan mengemas rumah...walaupun aku ni ada bibik, aku masih melakukan perkara2 ini di rumah..bukan macam orang lain yang berlagak macam "MEM" bila ada bibik kat rumah...SORRY lah ya..memang ramai yang macam tu...but NOT ME....


Sebab tu lah aku lebih suka menghabiskan masa bersantai di rumah ku yang serba sederhana ini dari berjalan-jalan ke sana ke mari....sebab aku dah penat driving to and fro ke office setiap hari yang jaraknya adalah lebih kurang 130 km pergi balik...penattt oooi...apa lagi di usia yang akan mencicah ke 50 an ujung tahun ini...

Anyway, setakat ini sahaja lah entry aku buat kali ini...if dipanjangkan umor aku akan tetap menulis untuk menghilangkan stress di kepala ini...ini pun baru siap dengan tugasan untuk membantu my Honourable Judge menyediakan speechnya untuk satu convention about biodiversity di Hyderabad India minggu depan...selagi Y.A. tak pergi selagi itu lah aku ni akan menjadi sibuk memanjang....nak buat camne...

Sekiannn.....



....MaMaZuE...




Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BLN RAMADHAN AL MUBARAK KPD SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

 
Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA 




Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga 'ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.
 
 
 
Bagi mengulangkaji, Niat puasa sebulan dulu selepas isyak (1kali sahaja) dan niat puasa harian (tiap-tiap malam).
LAFAZ NIAT PUASA
cid:0D260E35E9F74EDBA703DBEC7D0CB7DB@MPIDOM.com.my
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa
Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan  ramadhan fardhu atas aku kerana Allah Taala
LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
cid:9B7D20236C2B47C5B8B46AA8C3D427D8@MPIDOM.com.my
nawaitu souma syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala
DOA BERBUKA PUASA
cid:07FE8FA9A5764C0EAB315D445C85F1C7@MPIDOM.com.my
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin
Selamat berpuasa semua!
 
~ Salam Ramadhan Al –Mubaraq~

Thursday, July 21, 2011

si sopak, si botak dan si buta.....

  Cerita Malam Jumaat



Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. 

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak. 

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. 

Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah. 

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin. 

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin. 

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. 

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal. 

MORAL & IKTIBAR

  1. Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur
  2. Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah
  3. Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan
  4. Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur
  5. Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah
  6. Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya
  7. Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.



mAmAzUe